Wartawan Ini Ded4h Apa Akan Jadi Jika Ismail Sabri Menjadi Perdana Menteri
loading...

KALAULAH ISMAIL SABRI JADI PERDANA MENTERI…

Wartawan Ini Ded4h Apa Akan Jadi Jika Ismail Sabri Menjadi Perdana Menteri



Ketika aku tulis status ini, khabarnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dah dapat sokongan 115 ahli parlimen sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL MENARIK:Tragedi Kepala Air & Tanah Runtuh di Titi Hayun, 1 Meninggal Dunia & 3 Mangsa Masih Hilang
loading...


Kalau jumlah itu betul, maknanya jumlah itu mencukupi untuk Naib Presiden UMNO tersebut mendapat sokongan majoriti di parlimen.

Pun begitu dalam ‘tempoh genting’ ini macam-macam boleh berlaku. Mungkin beliau yang akan duduk di kerusi PM, dan mungkin juga orang lain.

Secara peribadi, aku mula mengenali dan bertemu ‘face to face’ dengan Ismail Sabri adalah sekitar 2001.

Ironinya kami bukan bertemu di pejabatnya yang indah ataupun hotel lima bintang, tetapi di Balai Polis Tun H.S Lee yang depan Stadium Merdeka dulu hehehe.

Masa tu beliau bersama rakan-rakan UMNOnya buat report polis, kes apa aku pun dah tak ingat. Rambutnya hitam lagi, bukan macam sekarang uban penuh atas kepala.

Jadi Menteri pun belum ketika itu.

Aku tulis pasal Ismail Sabri kerana sepanjang aku jadi wartawan, itulah pertama kali aku interview beliau dan TAK PERNAH lagi sehingga sekarang hahahaha.

Bukan saja interview, seingat aku hanya TIGA KALI je aku jumpa beliau.

Pertama masa kat balai polis itu, kedua aku terserempak dengan beliau masa jalan sorang-sorang kat shopping complex di The Curve, Damansara dan yang ketiga di satu majlis buka puasa dua tiga tahun lepas (gambar kat bawah tu)

Terus terang aku katakan, sepanjang aku jadi wartawan dan editor, bertemu, berbual dan menemuramah pak-pak Menteri ni boleh dikatakan selalu tetapi entah mengapa, Ismail Sabri adalah Menteri yang aku jarang sangat berjumpa dan dapat interview.

Bukan sebab beliau sombong atau tak mesra media, tetapi mungkin ditakdirkan kot memang aku tak berkesempatan untuk berbuat demikian dengan lelaki berusia 61 tahun itu.

Mungkin ada hikmahnya kot, sekurang-kurangnya bila aku tulis benda ni, aku takdelah bias.

Begini.

Andai kata betullah beliau jadi Perdana Menteri, terus terang aku katakan, beliau ‘cukup layak dan cukup sifat’ untuk menjawat jawatan tersebut apatah lagi masa pandemik ini.

Ismail Sabri, bekas peguam lulusan undang-undang dari Universiti Malaya itu bukan kecik-kecik anak ye.

Beliau dah pernah menjadi Menteri kepada lima kementerian besar.

Pernah jadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum terbaru menjadi Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan) dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga tak banyak kontroversi atau skandal sana-sini.

Aku ingat lagi, masa jadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, beliaulah orangnya yang melancarkan ‘jihad memerangi orang tengah’ hingga mencetuskan kesedaran di kalangan petani, penternak dan nelayan seluruh negara. Masa jadi Menteri Pertanian, at least 200 buat Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PHP) bagi memerangi orang tengah.

At one time, melalui PHP, seramai 40,000 petani, penternak dan nelayan terlibat dalam urusan pembekalan hasil pertanian di setiap pusat pengumpulan yang diwujudkan dan dapat menghasilkan 62,400 tan metrik hasil pertanian dengan nilai jualan sehingga RM250 juta!

Masa jadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri lah yang mencetuskan idea untuk mewujudkan MARA Digital Mall bagi membolehkan orang Melayu menguasai peniagaan ICT. Pada satu ketika MARA Digital Mall pernah untung sampai RM18 juta! Tetapi sayang bila beliau dah tak jadi Menteri, semuanya dah ‘layu’ macam tu saja.

Daripada segi personaliti pula, semua yang kenal Ismail Sabri akan mengakui beliau jenis orang yang cool dan tenang saja. Bukan jenis berlagak tak tentu hala.

Jarang sangat beliau mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi. Kalau berucap tu takdelah berdegar-degar tetapi ada ‘isi’.

Memang masa pandemik ni, beliau antara yang sering dikecam tetapi semua orang tahu betapa beliau antara Menteri paling produktif dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada bahunya.

Aku bukan nak up lebih-lebih, ini pun belum tentu lagi beliau akan jadi Perdana Menteri, tetapi kalau tanya aku, seandainya beliau terpilih, aku yakin beliau akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik berdasarkan pengalaman dan kebolehan yang dimilikinya.

Tetapi biasalah, kalau kita boleh senaraikan 1,001 kelebihan, orang lain pun boleh senaraikan 1,001 kelemahan beliau.


loading...


Namun bagi aku kalau kita terus asyik menyalahkan itu dan ini, sampai ke sudah kita tak akan bergerak ke mana-mana.

At least di FB aku ni, aku tulis apa yang aku rasa. Mungkin aku betul dan mungkin juga aku salah.

Mungkin kalau korang rasa Anwar Ibrahim, Dr. M, Ku Li atau siapa saja lebih layak jadi PM, korang boleh tulis pasal depa kat wall masing-masing. Nak gak aku baca.

Sekurang-kurangnya ini pemerhatian aku sebagai orang yang tak rapat dengan beliau. Tak rapat seperti mana komer dengan dia juga.

Wallahualam bissawab.


kredit: Syahril A. Kadir

Umno sebulat suara sokong Ismail Sabri calon PM

Umno dikatakan mencapai kata sepakat untuk menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber Umno, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli-ahli parlimen parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beberapa sumber – termasuk dari kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi – memberitahu Ismail Sabri akan mendapat sokongan semua 38 ahli parlimen parti terbabit.

Katanya langkah itu diambil sebagai usaha mengelakkan perpecahan berlaku dalam Umno.

Semenara itu ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah, dalam hantaran di Facebook berkata, dengan sokongan tersebut ahli parlimen Bera itu dijangka akan memiliki sokongan 115 ahli parlimen.

Jika menjadi kenyataan, jumlah itu mencukupi untuk naib presiden Umno terbabit mendapat sokongan majoriti di parlimen.

Sementara itu Azalina Othman Said ketika ditanya mengenai keputusan itu mendapat persetujuan MKT Umno menjawab: “Ya”.

Sementara itu Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, berkata keutamaan baginya ialah kestabilan politik negara dan berharap keputusan yang akan dibuat Yang di-Pertuan Agong nanti dapat mewujudkan keadaan itu.

Hal itu kerana, katanya, negara perlu memberi tumpuan kepada isu yang lebih penting iaitu menangani pandemik Covid-19.

“Cukup-cukuplah berpolitik,” katanya yang ditemui media selepas pertemuan dalam kalangan ahli parlimen Umno malam ini.

Selepas Agong membuat keputusan, katanya, semua pihak perlu memberi fokus kepada agenda negara dan bangsa.

“Kita tak boleh benarkan politik negara sebegini rupa selama-lamanya. Banyak kerja lain kita kena buat,” katanya.


Kredit -trending sgt via ROSE MERAH

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم