Tahniah diucapkan buat penyanyi, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, yang telah pun selamat bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.
Pasangan sama cantik sama padan itu diijabkabulkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur oleh Imam Masjid Usamah Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi, Mad Tahil.
ARTIKEL MENARIK:“Mungkin Di Luar Nampak Kuɑt, Dalm H4ti Siapa Tahu?”-Raissuddin Ziarahi Pus4ra Siti Sarah, Genap 40 Hari Arw4h Pergi
Penyanyi lagu Eh ini menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula dirahsiakan.
Tampil sedondon mengenakan persalinan hitam bersongket, majlis diraikan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
“Alhamdulillah semuanya sudah pun selamat, dengan sekali lafaz. Mohon maaf kepada rakan media kerana semuanya dilakukan saat akhir.
“Kami dapat tarikh nikah petang Jumaat kira-kira jam 4.30. Dalam tempoh dua hari nak buat persiapan boleh dikatakan kelam-kabut juga. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan semuanya.
“Kami uruskan semua… Apapun, terima kasih atas ingatan dan doa kalian,” katanya.
Pasangan ini turut rancang mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka Disember depan.
Ditanya mengenai apakah yang membulatkan hati untuk berkahwin meski masih baru kenal di antara satu sama lain, ini jelas Yusuf;
“Yang pasti kami tidak mahu bercinta lama-lama sangat. Malah saya sendiri pun mahu tamatkan zaman bujang pada usia 29 tahun. Nur (Zizi) sama juga dengan saya, tak mahu berlaku hal-hal maksiat insyaAllah.
“Jadi kami rancang bernikah awal, meski baru dua bulan kenal. Saya ada nyatakan hasrat untuk berkahwin pada ibu terlebih dulu memandangkan dia agak susah untuk benarkan saya kahwin.
“Tapi bila saya suarakan hajat itu, dia minta saya untuk kahwin cepat. Jadi dari situ rasa merasakan bila sudah dapatkan restu kedua orang tua, ia mesti ada satu hal baik yang akan berlaku. Jadi saya saya teruskan.
“Sekurang-kurangnya bila saya berkahwin, dapat elakkan dari berlaku benda yang tak baik, insyaAllah. Alhamdulillah dipermudahkan meski kalau nak diikutkan saya sendiri masih lagi baru dalam industri seni,” kata Yusuf.
Ditanya mengenai cahaya mata, Zizi berkata dia dan Yusuf bersedia menerima zuriat dalam masa terdekat.
“Kami tidak merancang, kalau ada rezeki awal alhamdulillah. Kami terima seadanya,” kongsi Zizi yang masih tiada perancangan mengenai bulan madu setakat ini kerana masing-masing masih terikat dengan komitmen kerjaya.
Kredit -Media Hiburan.
إرسال تعليق