Berlaku satu kejadian misteri melibatkan sebuah rumah di Desa Kedaton, Kalianda, Lampung selepas seorang lelaki melaporkan rumahnya tiba-tiba sahaja mengeluarkan haba panas secara tiba-tiba dari bawah lantai, baru-baru ini.
Sukarman, 61, telah memberitahu bahawa tiba-tiba sahaja lantai di rumahnya itu berubah menjadi panas dan ia tidak berlaku sebelum ini.
ARTIKEL MENARIK:Kemalangan Dua Beranak. Anak Maut Tercampak, Ibu Dikejar Ke Hospital
Menurutnya, dia menyedari bahawa lantai tersebut berasa panas ketika dia selesai menunaikan solat, dan ketika itu dia telah membaringkan badannya dan ia terasa baik seperti diurut.
Fenomena ‘haba’ tersebut difahamkan sudah berlaku kira-kira lebih kurang seminggu lebih menurut laporan Tribun News.
Sukarman juga dikhabarkan telah membuat eksperimen mengenai fenomena misteri ini selepas dia dikatakan meletakkan anak ayam di dalam bilik semalaman bagi melihat sama ada panas tersebut datang dari gas asli atau tidak.
Katanya, ketika hujan turun juga intensiti panas meningkat di ruang tersebut lalu dia yang berasa takut dan cemas bertindak untuk mendapatkan bantuan kerana takut akan berlaku sesuatu.
Dia juga menceritakan telah melakukan eksperiman lain seperti meletakkan tuala basah di lantai terbabit dan ia menunjukkan hasil yang agak mengejutkan kerana tuala tersebut dikatakan kering selepas dua jam diletakkan di lantai terbabit.
Diajuga berharap agar pihak yang berkaitan segera datang memeriksa keadaan aneh yang berlaku di rumahnya itu kerana ia mungkin petanda yang tidak baik buatnya serta penduduk sekitar.
Sementara itu, Ketua Bahagian Bomba dan Penyelamat Kabupaten Lampung Selatan, Rully Fikriansyah, mengatakan bahawa dia telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan telah memeriksa rumah itu.
Menurutnya, setelah melakukan pemeriksaan, didapati haba tersebut memang terdapat di ruangan terbabit selain memaklumkan bahawa suhu bilik itu juga menjadi tidak normal selain menyifatkan fenomena ini tidak sepatutnya berlaku.
Pelbagai andaian telah dilakukan oleh pasukan penyelamat dan salah satu faktornya mungkin disebabkan oleh aliran sulfur di Gunung Rajabasa.
Namun, mereka tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut berpunca dari aliran sulfur tersebut namun mereka tidak menolak kemungkinan fenomena terjadi disebabkan oleh hal itu.
Dikhabarkan pihak pasukan penyelamat sedang menjalani pemeriksaan serta siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan ia juga dikhabarkan telah dilaporkan kepada pihak Pejabat Tenaga dan Sumber Daya Mineral Wilayah Lampung.
Sumber: Tribun News via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
إرسال تعليق