Gelandangan Bakar Pakaian Jiran Gara-Gara Saudara Tak Nak Bukak Pintu

Kerana anak saudara tidak membuka pintu, seorang gelandangan telah bertindak diluar kawalan selepas dia dikatakan telah membakar pakaian milik jiran anak saudaranya itu di Blok H, Flat Sri Perantau, di sini, baru-baru ini.

Gelandangan Bakar Pakaian Jiran Gara-Gara Saudara Tak Nak Bukak Pintu



Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam satu kenyataan, jiran tersebut yang merupakan seorang suri rumah berusia 69 tahun itu telah melaporkan hal terbabit selepas terbau asap yang datangnya dari bahagian depan rumahnya.

ARTIKEL MENARIK:Misteri! Lelaki Cemas Tiba-Tiba Keluar Haba Panas Dari Bawah Lantai Rumah


Jelasnya, pengadu terbau asap yang datang dari luar rumahnya lalu melihat seorang lelaki yang dikenalinya sedang memegang baju miliknya yang dijemur di luar rumah dalam keadaan terbakar. Sebelumnya, pengadu telah melihat lelaki tersebut telah membakar pinggang mangkuk serta penyapu yang berada di hadapan rumah sambungnya lagi.

Menurut laporan Awani, suspek telah berjaya ditahan jam 4.30 petang pada hari yang sama di sebuah taman permainan berhampiran lokasi kejadian di Blok J di flat berkenaan.

Shamsul Amar memberitahu hasil siasatan polis mendapati suspek mengakui terlibat dalam kejadian terbabit serta turut mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah dan jenayah.


loading...


Jelas Shamsul Amar, rekod lampau suspek membabitkan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 380 Kanun Keseksaan Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya.

Suspek dikatakan belum lagi menjalani ujian saringan air kencing dan tidak menolak kemungkinan bahawa mungkin mengalami masalah gangguan mental.

Suspek dilaporkan akan direman selama 5 hari iaitu bermula Khamis di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian  via KHALIFAH MEDIA NETWORKS


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم