Pihak Berkuasa Beritahu Perkembangan Terkini Kes Sajat Proses Ekstradisi Dan Kad Pelarian Yang Menjadi Tanda Tanya

Bukit Aman hari ini mengedarkan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dipegang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat selepas didedahkan akhbar ini sejak Isnin lalu.

Pihak Berkuasa Beritahu Perkembangan Terkini Kes Sajat Proses Ekstradisi Dan Kad Pelarian Yang Menjadi Tanda Tanya



Selain itu, gambar Nur Sajat ketika disoal siasat pihak Imigresen Thailand ketika ditahan pada 8 September lalu di kondominium di Bangkok turut diedarkan.

ARTIKEL MENARIK:Tak Sanggup Nak Tengok Video Mirip UEL Selepas Ada Yang Create Group Di Telegram Sampai Cecah 20k Subsciber


Untuk rekod, Harian Metro memetik sumber mendedahkan kad pelarian Nur Sajat bernombor 815-21C00071 itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.

Laporan itu menyebut Nur Sajat sedang dibantu negara tertentu dan pertubuhan antarabangsa termasuk UNHCR di Bangkok dan Malaysia untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.


Skuad Khas Harian Metro turut mendedahkan, proses pengeluaran kad pelarian berkenaan agak kontroversi disebabkan proses Nur Sajat mendapatkannya dalam masa singkat berbanding pelarian lain.

Malah, UNHCR di Malaysia juga pernah dilanda kontroversi kerana dilaporkan menjual kad pelarian itu hanya dengan harga RM120 pada 2016.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihak Imigresen sudah membatalkan pemilikan pasport antarabangsa Nur Sajat yang mana selepas itu dia turut memohon kad UNHCHR di Bangkok.

Menurutnya, dalam proses permohonan itu akhirnya beliau mendapat status pelarian terbabit.

“Beliau (Nur Sajat) kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi membantunya berpindah ke negara terbabit.

“Nur Sajat juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Kenyataan Abd Jalil itu sekali gus mengesahkan laporan bersiri secara eksklusif akhbar ini sejak disiarkan Isnin lalu.

Dalam perkembangan sama, Abd Jalil berkata, kes Nur Sajat ini kecil saja membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis iaitu menghalang penjawat awam, sebab itu beliau dinasihatkan pulang.

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.


loading...


“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, keluarga Nur Sajat juga diharap dapat membantu menasihatkannya supaya pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah syariah yang tidak seberat mana.

“Kita yakin keluarga boleh bantu menasihatkannya untuk pulang ke negara ini,” katanya.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan misteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan. Dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Nur Sajat boleh diekstradisi

Proses ekstradisi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman boleh berlaku kerana dia sudah melanggar perundangan yang sama di dua negara.

Sumber keselamatan berkata, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat sudah melanggar akta imigresen di Malaysia kerana tidak mengikuti pintu keluar yang sah untuk ke Thailand.


“Nur Sajat juga masuk ke Thailand dengan tidak menggunakan pintu masuk yang sah negara berkenaan, jadi dia sudah melanggar dua perundangan sama di dua negara.

“Secara teknikalnya, proses serah balik atau ekstradisi ini boleh berlaku kerana kesalahan yang dilakukan Nur Sajat sudah melanggar dua perundangan sama untuk dua negara berbeza, ini antara kriteria utama dalam proses ekstradisi.

“Dia keluar dari Malaysia melalui jalan tikus, ia satu kesalahan imigresen Malaysia, masuk pula ke Thailand turut melalui lorong tikus, sekali gus bersalahan dengan peruntukan perundangan imigresen negara berkenaan,” katanya.

Sementara itu, penganalisis perundangan, Mohd Zakry MS berkata, terdapat lima perkara untuk proses ekstradisi berlaku yang berkait dengan individu dikehendaki.

“Pertamanya, jenayah yang dilakukan cukup serius antaranya pemerdagangan manusia. Perkara kedua adalah individu disyaki sudah mempunyai kes prima facie daripada sudut perundangan di negara asalnya.

“Ketiga adalah kesalahan berlaku membabitkan undang-undang sama di negara terbabit dan dalam isu Nur Sajat, dia sudah melanggar peruntukan perundangan imigresen bagi Malaysia dan Thailand secara umum.

“Perkara keempat pula adalah individu berkenaan percaya akan berlaku keadilan di negara asalnya dan terakhir adalah hukuman setimpal jika dia pulang ke negara asalnya,” katanya.

Mohd Zakry berkata, itu adalah lima perkara asas dalam tuntutan untuk ektradisi seseorang yang berada di negara luar.

“Bagaimanapun ia berlaku secara diplomasi dan memerlukan kedua-dua negara bersetuju untuk proses berkenaan serta perjanjian antara negara itu juga tidak mengikat mereka untuk menuruti setiap permintaan ektradisi.

“Ia masih tertakluk kepada proses diplomasi secara keseluruhannya dan saya lihat untuk kes Nur Sajat, ekstradisi itu boleh berlaku.

“Proses berkenaan membabitkan rundingan dengan Wisma Putra bersama Pejabat Peguam Negara untuk mengemukakan permohonan rasmi kepada Thailand,” katanya.

Kredit:HMetro via Trending Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم