Aku adalah pegawai kerajaan gred 41. suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari.

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca.

Aku adalah pegawai kerajaan gred 41. suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari.



Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak-banyak terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati aku ini. Namaku Zainab (bukan nama sebenar). Aku adalah pegawai kerajaan gred 41 di mana gajiku mencecah RM4000 sebulan dan telah pun berkahwin sebelum aku dapat kerja.

ARTIKEL MENARIK:Wanita Jadi Isteri Nombor Dua, Hampir Lapan Bulan Berkahwin Baru Pergi Bulan Madu Dan Sesuatu Terjadi Yang Buat Hidupnya Sengsara


Untuk makluman semua, suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai penoreh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari. Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh.

Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suamiku bekas pelajar madrasah pondok, tak belajar tinggi macam aku yang ada degree dari universiti tempatan.

Suamiku memang baik. Solat tak tinggal. Takde skndal. Kawan-kawan perempuan pun takde. Tak pernah naik suara terhadap aku dan anak-anak, jauh sekali nak naik tangan.

Dia selalu tolong aku uruskan rumahtangga. Anak-anak dia yang mandikan, tolong hantar dan ambik dari taska.

Kadang-kadang urusan dapur dia yg tolong settlekan bermula dari urusan beli barang dapur sehinggalah ke memasak dan kemas dapur termasuklah mengemop sisa2 tumpahan makanan anak-anak aku.

Pendek kata, semua perfect lah. Kiranya aku balik rumah goyang kaki je sebab semua urusan rumahtangga dah settle bila aku balik kerja.

Cuma kadang-kadang aku rasa kecil hati. Sebab duit gajiku habis di hari kedua selepas terima gaji.

Aku bayar loan perumahan, loan kereta, yuran taska anak 2 orang, beli stok pampers dan susu untuk sebulan, bayar loan PTPTN, bagi mak aku RM100 sehinggalah yang tersisa dalam akaun aku hanyalah RM50.

Dalam masa 1 hari duit gaji aku habis untuk selesaikan benda tu semua sampaikan nak reward diri sendiri pun tak dapat. Nak makan KFC dan MCD jauh sekali.

Suamiku hanya keluarkan duit untuk beli barang dapur, minyak kereta dan bil elektrik. Nak beli baju baru jauh sekali. Pakaian dalam aku pun dia tak pernah dibeli dan tak pernah nak offer untuk beli.

Tiap kali raya aku yang support semua, dari baju raya hinggalalah ke duit raya dan kuih raya. Aku pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu.

Kadang-kadang aku malu kepada staff-staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik-cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19.

Alat solek aku pun aku beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drgstore.

Aku cuba nak mintak semua tu dari suami tapi aku rasa serba salah sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai penoreh getah.

Dia pernah minta izin aku untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak-anak.

Duit dari hasil menoreh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik. Duit beli baju anak-anak pun aku guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan.

Dan aku ikat perut setiap hari di tempat kerja. Aku hanya mengambil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakan aku terkena gastrik.

Aku stress. Kadang-kadang aku terfikir seolah-olah aku ni ketua keluarga yang terpaksa menanggung semuanya.

Wahai pembaca sekalian, adakah aku terlalu overthingking? Berdosakah aku berfikiran begini? Derhakakah aku terhadap suamiku? Adakah aku isteri yang tidak bersyukur?

Tolong berikan aku kata-kata semangat. Aku cintakan suami aku sangat-sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nurul Hawa, Awak syg dia sgt2 dan taknak hiilang dia.. Sebelom kahwin pon dah tahu dia penoreh getah.. Dah tahu dia memang kurang mampu dari sebelom kahwin.. Dia pulak tolong kerja rumah, memasak, urus anak2.. Dia mintak izin nak kerja lain cari side income awak tak bagi sebab takde org nak urus anak2..

Tepuk dada tanya hati, apa awak nak sebenarnya? Awak dah dapat suami baik, tapi dia kurang kemampuan.. Dia kurang kemampuan tu pon, awak dah tahu dari awal bukan sebab awak kena tipu kan..


loading...


Bersyukur apa yang ada, dan jangan berhenti berdoa semoga ada rezeki lebih untuk suami awak ya.. Rezeki Allah tu luas.. Kalau bukan dari segi kewangan, insyaAllah pada anak2 yg sihat, bijak dan mendengar kata.

Rashid Asid, Brsyukur lah ada keje,ada jodoh,ada anak,ada family,suami n diri sihat anak pon sihat..kt luar ramai lg xde keje,xde jodoh,ada jodoh anak xde lagi,kdang ada jodoh tp salah sorang x sihat..

Kdang dah umur 40 ke atas masih xde apa² jodoh pon xde..yg dah ada x syukur..nnti pas4ngan di amik org yg lg pndai hargai marah lak..dah kau x hargai.

Azizah Aziz, Maaf puan jd puan duduk di kg la. Sbb suami penoreh getah. Lg byk jimat tuu puan… Puan pun dh tahu setakat mane kemampuan suami seblm berkahwin kn. Jd redha jee laa.

Yg penting suami puan sgtlah baik n bertanggungjawab membantu menguruskan anak² n umh. Cuma suami puan kurang kemampuan dr segi wang ringgit jee. Besar ganjarannya puan dpt. Bersyukurlah atas kebaikan suami puan.

Rosni Abdullah, Cari suami yang beriman itu yang paling penting..bila suami ada iman rumah tangga di berkati..ok lah tu puan balik kerja boleh berehat…setengah perempuan tu balik kerja kena sambung lagi buat kerja rumah..suami pergi melepak..nk ke macam tu..

Walaupun tak kaya tetapi dapat suami yg baik dan beriman…bkn nya dia x keluar cari nafkah…cuma nya nafkah yg dia dpt x banyak…ingat puan, kekayaan tak menjaminkan kebahagiaan..doa yg penting..bkn tgok kekayaan org lain..rezeki Allah yg bagi.

Jamariah Fadzil, gaji 4k pun tak cukup kuatnya berhutang..rasanya gaji puan lebih dr cukup anak cuma 2 org suami byr belanja dapur minyak kereta dan bil eletrik..kena pandai urus kewangan jgn terlalu bermewah beli kereta mahal2 ccm pun mesti mahal biar kereta sederhana jgn dikejar hutang.

Mempunyai suami seperti suami puan sgt lah beruntung pandai jaga anak buat kerja rumah, berapa ramai wanita di luar sana sudah lah tanggung keluarga kerja rumah, jaga anak pun suami tak reti nak bantu.

Samiah Sulong, Brsyukurlah krana suami org yg mnjaga solat dn mnjaga anak2. Masa skrg trasa sempit. Tp InsyaAllah lama2 nnti akn terasa nikmatnya. Lbih2 lg apabila anak mudah solat dn mngaji quran. X byk masalah. Pn sabar dn brsyukur.

Sy dh alami spt pn. Smpai pencen gred 52. Hidup lbih mudah. Jgn bandingkn diri dgn staf lain. Sy x prnah pakai bj ikut fesyen sbb sy nk baju bole pakai brtahun2. Sy x pakai makeup. Sy x nk sutera dunia sbb sy nk pakai sutera d syurga. Dh 33 thn prkahwinan ini.

Pencen sy masih d gunakan mnyara kluarga. Ingatlah, Allah suka org yg byk bg manafaat pd org lain. Pn kna redha krn itulah bekalan d akhirat nnti.

Bailan Kudin, Sbgai istri kita tk bole lari dr prasaan spt ini .ini krna kita thu tnggungjwnb tu sbnarnya bukn trletk d bhu kita.nmun krna keadaan mmaksa kita trpksa mngmbil alih.

Dlm k3s puan ,puan masih bruntung krna suami masih mnjlnkn tnggjwbnya n mngurus rumah mngambil alih tugas puan .ini kira seimbanglah wlaupn gjinya tk cukup tp dia da tutup kekurangn itu ngn mringgankn bbnan puan.

Rmai isti2 d luar sana yg k3s sma spt puan tp suami tk brtnggjwb ,suami hnya thu game ,kawan n enjoy .tugas rumah tk pnah nk mmbntu.

Rsanya puan da sangat2, bruntung lau dpt suami gji tk bsar ,kja pnoreh namun sikapnya cukup trpuji ,jga solat ,jga hati puan n mnyanyangi puan spnuh hati.suami yg spt ini 1 dlm sejuta .klu puan khiilangnnya puan akn mnyesal seumur hidup.

Deah Borhan, One thing syukur tu syukur lah. Tapi tanggung jawab suami kena cari nafkah untuk anak Dan Isteri. Ni Isteri kena bincang. Mesti lah upgrade diri si suami takkan selamanya nak jadi penoreh getah, kerja kat kampung.

Mula mula syukur lama lama Isteri me rasa beban teramat sangat. Dah tahu hidup susah tak yah lah anak berderet jer. Kukuh ekonomi rumahtangga. Suami mmg baik tapi tolak segala atas pundak Isteri pun tak bagus. Baik bincang elok2.

Azian Sabli, Bersyukurlah suami kerja juga blh beli brg dapur bagai…saya ni suami skit takleh bekerja dah dkt 6 tahun..mmg tanggunggan atas saya semua..gaji mmg habis seminggu dua minggu ja..tp apabila kita redha dan terima segalanya

InsyaAllah..secara tak sedar…rasa cukup ja makan pakai anak2 semua tiap2 bulan..mmgla takleh nak berjoli2 barang sendiri tp apa yg penting..cukup makan anak laki semua.

She Syida, Pn zainab kawin sblm dpt kerja means da maklum status kew dia. Ntah2 Allah bg kerja gred 41 pn asbab doa suami yg soleh. Sy cuma ttanya puan pakai kereta ape? Harga rumah brapa? Pampers jenama ape, susu jenama ape?

Kalo keta murah2, rumah murah2 rasa masih byk baki sbb sy punya sedara gaji rm70 sehari boleh tanggung bini x keje, ank 3 org, 2 sek. Bj bganti. Ank2 cukup mkn. Tgk hidup dorang ok je. Slu jln2, mkn2 kt luar.

Sabariah Abdullah, Nnti masuk syurga tak tanya pun suami gred apa??? Buat saja pahala banyak2 kat dunia , peluang dah ada… bersyukur dah jumpa jodoh yg Allah dah tentukan buat kita. Ttg suami tak mampu nak tunaikan kehendak kita yg suka sangat bergaya, bah guna duit kita beli apa yg kita mampu.

Janganlah cepat terasa orang nak mengata… dia nak beri pahala kat kita…. yang penting apa yg kita lakukan nak dapat redha Allah SWT.

Zuliana Zue, Brsyukur la dgn nikmat yg awk ada skg..rzeki..ank2 n husband yg sihat n baik .sesekali pandang pda org lain yg lbih ssh dr kita..ada yg tidak d beri ksihatan yg baik xdpt nk kje mncari rzeki..redha la..rzeki awk tu rzeki diorang juga..duit dlm poket kita blm tntu itu rzeki kita smua nya.

Inara Natrah, Ya Allah..dik..bersyukurlah dpt suami cmtu..dpt uruskan semua..bantu utk isteri dan anak2..dia hanya mampu memberi sebyk itu..terima dia seadanya..jodoh kita ditentukan oleh Allah..

Adik pun kenal dia sebelum dpt jawatan ini kan..pendidikan dia dlm agama..besar pahala adik..taat pd suami..syurga menanti adik..lainlah dia tidak bertanggungjawap atas keluarga..

Akk doakan moga adik sekeluarga bahagia hgga ke jannah..jgn rasa rendah diri..sebaiknya..menerima ketentuan dari Allah.

Muliana Musa, Dr awal ko da nampak kemampuan dia, cuba la belajar utk redha..bukannya spesis yg tak sedar diri , malah banyak membantu jg dlm hal2 rumah, dia nk buat kerja sampingan pun ko tak bg.

Apa ko mau sebenarnya..klu stkt makan, alat solek, reward diri ko ckp jk la suruh dia beli….klu dia tak mampu ko tahan jak la nafsu diri tu, bersyukur la dgn apa ada, in shaa Allah ada la rezeki tu dtg.

Tusinah Said, Bersyukur sangat2 dapat suami yg bertanggong jawab walaupun pendapatan nye kecil …dia pun bantu dlm pengurusan ank2 bukan dia terlentang tidur makan. X guna ye dik klu pendapatan suami..

Beribu2 tapi tanggonjawab pada keluarga langsung x de…jadi pikir2 la..nikmat bagia keluarga bukan terletak pada bnyak nye duitm. Kira dah bersyukur semua keperluan tu semua ada.

Syira Ayoub, bersyukur dan redha selagi suami kamu x pkul kamu..x makan ddah..x main pempuan.. x malas keje..dugaan Allah bagi kalau sabar dan redha hati akan bahagia jrr…insyaAllah akan ada rezeki berkat kesabaran dan keredhaan kamu…

Halah2 x da salah beli kat kedai eco…nak malu apa nyaa…kita jgn ikut gaya hidup org…ramai ja ku tgk org pakai keta mewah g mbeli di kedai eco..bkn jua kana pkul…yg bermasalah hti kmu sendiri.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen


Kredit -Trending Kini

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post