Dituduh Menggunakan Tangkal 4 Jin, Akhirnya Menteri Khairy Jamaluddin Mengaku Memang Guna “Jin” Lindungi Malaysia

Sebuah dakwaan dari group Telegram mengenai Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin sempat tular di media sosial hari ini. Tuduhan yang mengatakan dirinya memakai tangkal untuk melindungi diri turut mendapat respon dari menteri tersebut.

Dituduh Menggunakan Tangkal 4 Jin, Akhirnya Menteri Khairy Jamaluddin Mengaku Memang Guna “Jin” Lindungi Malaysia



Kelmarin, golongan antivaksin mula menyerang Khairy Jamaluddin dengan pelbagai dakwaan termasuk mengatakan menteri itu membela empat ekor jin melindungi dirinya.

ARTIKEL MENARIK:Ugut Antivaksin. Ini Jawapan Balas DS Anuar Ibrahim Kepada Kerajaan.


Empat ekor jin yang dimaksudkan adalah gelang hitam yang dipakai oleh Khairy Jamaluddin pada tangan kiri.

Tidak menunggu lama, Khairy Jamaluddin terus menjawab tohmahan itu melalui Instastory di media sosialnya hari ini.

“Salah, Saya guna 4 jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia, Sinovac, Pfizer, CanSino dan AstraZeneca,” tulis beliau.

Melalui laman Instagram miliknya hari ini, Khairy menyangkal dakwaan berkenaan yang dipercayai dibuat golongan antivaksin. Melalui hantaran Instastory tersebut, Khairy walaubagaimanapun mengaku menggunakan empat jenis ‘jin’ yang dikatakannya bertujuan untuk melindungi Malaysia

“Salah. Saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino,” tulis Khairy di hantaran Instastory.

Sebelumnya, Khairy dalam satu sidang akhbar semalam mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ‘menyusahkan’ golongan yang menolak vaksin. Ia dipercayai sedikit sebanyak telah mengundang emosi kelompok tersebut.

“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

“Ini adalah kerana anda sendiri memilih untuk tidak menerima vaksin melainkan anda tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan dan dikecualikan juga dalam sistem MySejahtera tetapi jika sebaliknya, maka memang kami akan susahkan hidup anda,” ujar Khairy dalam sidang akhbar semalam.


loading...


Terdahulu Kosmo! melaporkan Kementerian Kesihatan menegaskan tidak akan memudahkan kehidupan golongan antivaksin sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak mengambil vaksin tanpa sebab.

“Jika anda tidak boleh divaksin kerana ada masalah kesihatan, tidak ada masalah. Anda akan diberikan pengecualian di MySejahtera tetapi jika anda memilih untuk tidak mahu divaksin, kita akan terus menyusahkan hidup anda.

“Tidak boleh makan di kedai makan, tidak boleh ke pusat beli-belah dan saya akan lakukan strategi secara menyeluruh minggu depan, di mana anda mungkin perlu membuat ujian air liur yang tidak akan dibayar oleh kerajaan,” katanya

Sumber SK via Trending Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post