Bercinta Ketika PKP, Fizo Omar Buka Cerita Kenal Dengan Isteri

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar mendedahkan dia hanya mengambil masa lebih kurang setahun sebelum mendirikan rumah tangga dengan isterinya Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober lalu.

Bercinta Ketika PKP, Fizo Omar Buka Cerita Kenal Dengan Isteri



Menerusi perkongsian di InstaStory, pelakon berusia 36 tahun itu membuka cerita tentang momen pertemuan dengan isterinya yang juga bekas pramugari berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK:“Buang Ke Laut CD Ko!”- Diva AA Kecam Single Terbaru Iqbal Zulkefli



“Kebetulan dia balik sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dahulu dan kami berjumpa di suatu tempat. Ketika itulah proses mengenali antara satu sama lain,” kata pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar itu.

Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu turut bersyukur kerana penerimaan anaknya Wan Maryam Wan Hafizol terhadap wanita berusia 25 tahun tersebut adalah baik.

“Yang paling penting Maryam okey la dengan dia,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul desas-desus bahawa Fizo bakal menamatkan zaman duda sebelum pasangan itu melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)


loading...


Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Mawar Karim pada 2013 namun bercer4i enam tahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.


Sumber: OMM via Motif Viral


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم