Memang tak dinafikan, semakin dekat niat seseorang untuk menghalalkan hubungan tersebut, semakin banyak ujian dan dugaan yang perlu mereka hadapi.
Fasa ini teramat lah sukar sehinggakan ada yang ‘tewas’ di tengah jalan oleh kerana tidak mampu menempuhi ujian. Walau bagaimana pun, harus kita tahu ujian itulah yang mematangkan sesebuah hubungan.
ARTIKEL MENARIK:Aku uruskn jnazah wanita cntik, yg anehnya slps mandikn jnazah bhgian auratnya mgembang berair
Sama juga dengan kisah yang dilalui oleh seorang wanita tabah ini dimana pihak lelaki tiba-tiba buat hal 2 hari sebelum hari bahagia mereka.
“2 hari lagi.. kita mampu merancang tapi Allah yang menentukan, kerana di sebaik-baik perancang.. Mama dan Papa adalah kekuatanku” tulis Ain di ruangan kapsyen.
Menerusi video perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Ain Najwa, dia memuat naik luahan sedih mengenai buah hatinya memutuskan hubungan 2 hari sebelum majlis.
Difahamkan, lelaki itu memaklumkan telah membuat solat istikharah dan mendapati wajah orang lain yang muncul dalam mimpinya.
Apa yang lebih sedih lagi, lelaki itu hanya mengungkap kata maaf diatas keputusan tersebut dan akui sedar apa yang dilakukan adalah satu kesilapan kerana membuat malu pihak perempuan.
“ain.. confused ni.. 2,3 malam Zue buat Istikharah, tapi kenapa nampak orang lain” kata lelaki itu menerusi perbualan di Whatsapp
Tanpa berdiam diri dan menjaga maruah, wanita ini redha dengan segala keputusan serta dengan tabah membatalkan majlis mereka.
Dia juga sempat bertanya apa masalah lelaki tersebut sehinggakan wanita ini diperlakukan sebegitu.
“Zue pening kepala dah fikir kenapa boleh jadi macam ni.. Zue nak minta maaf dari hujung rambut sampai kaki… Zue rasa bersalah sangat dalam hal ni.. Zue dah minta maaf dengan papa Ain tadi.. Zue tahu benda ni melibatkan perasaan dan maruah” jawab lelaki itu.
“Zue tak ada niat sikit pun nak libatkan persaan dan maruah keluarga Ain” tambahnya lagi.
Walau bagaimana pun, wanita ini dengan tenang membalas bahawa ini semua adalah ujian buat dirinya dan berharap elaki tersebut tidak melakukan hal yang sama kepada perempuan lain.
“Mungkin Allah nak uji kehadiran Zue.. Tak apa Zue.. terima kasih banyak atas segala-galanya.. segala harapan pasu yang Zue bagi”
” tolong doakan Ain supaya kuat.. harap Zue tak buat dekat permpuan lain macam ni..” ujar wanita itu.
Video yang tular di TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 156.7K tontonan, 10.1 tanda suka, 648 komen dan 429 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan kurang bijak lelaki tersebut kerana mengsia-siakan seseorang wanita.
Dalam pada masa yang sama, para netizen juga berasa geram dengan tindakan ‘last minute’ lelaki itu membuat solat istikharah beberapa hari sebelum majlis sedangkan sepatutnya solat itu dibuat diawal perkenalan lagi.
” aku sebenarnya tak berapa suka orang gunakan agama untuk putus. Kau dah ada orang lain cakap jelah”
“tinggi betul iman dia buat 2,3 hari terus dapat petunjuk ”
“ex aku dulu pun cancel wedding sebab katanya istikharah nampak orang lain depan Kaabah”
“istikharah kita buat bila ada lebih dari 1 pilihan. Kalau kau memang lagi 2 hari nak kahwin, pilihan kau cuma 1, tak payah istikharah la kan?”
“semoga Ain jumpa orang yang akan appreciate Ain..”
“this man are trash.. no need to be sad.. Allah dah selamatkan awak dari orang yang salah.. moga datang yang terbaik untuk awak”
Kredit -YOY Network.
Post a Comment