“Bukan Bermakna Saya Masih Meratap”- Nora Ariffin

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin membuat pengumuman buat peminatnya bahawa beliau kini berada dalam keadaan baik sahaja.

“Bukan Bermakna Saya Masih Meratap”- Nora Ariffin



Menerusi Insta Stories, beliau meluahkan rasa syukur dengan keadaan dirinya dan sedang sibuk dengan tugas mencari rezeki.

ARTIKEL MENARIK:“Ketika Hayatnya Saya Buat Hampir Semua Benda Dengan Sarah, Kongsi Hal Kerjaya Dan Perniagaan,” – Shuib


“Untuk pengetahuan semua… Alhamdulilah saya baik-baik sahaja, mula sibuk dengan tugas mencari rezeki.

Cuba tengok baik-baik posting saya…Banyak aktiviti yang boleh dikongsi.”-Datuk Nora Ariffin


Beliau turut memberitahu bahawa ramai yang cenderung untuk memilih kisah-kisah sedihnya.

“Namun ramai yang lebih cenderung untuk memilih cerita-cerita sedih..Saya nak buat macam mana..

Saya amat bahagia sekarang…Syukur dengan apa yang diberi Allah SWT.”-Datuk Nora Ariffin

Hidup Perlu Diteruskan


loading...


Nora Ariffin atau nama penuhnya Datuk Wan Norafizah Binti Dato’ Wan Ariffin turut menjelaskan bahawa beliau memahami perasaan orang lain dan tidak bermakna beliau masih meratap.


“Saya menyelami & memahami perasaan orang lain…Bukan bermakna saya masih meratap.

Hidup perlu diteruskan. Peace.”-Datuk Nora Ariffin

 


Sekadar info, suami kepada Datuk Nora Ariffin iaitu Allahyarham Johan telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. Perkahwinan mereka turut dikurniakan empat orang cahaya mata.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post