KUALA LUMPUR, 24 Rabiulawal 1443H, Ahad – Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 November depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali berkata fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.
ARTIKEL MENARIK:Baru je bentang bajet 2022 sampai 2 jam. Kali ni Tengku Zafrul tampil mohon maaf pula.
Katanya, ia berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.
Menurut Nor Hisham kawasan terbabit di Kedah adalah Kuala Muda; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).
“Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca,” katanya dalam kenyataan.
loading...
“Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, pengunjung pantai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh tersebut. – Bernama
Kredit - Portal Islam dan Melayu
-----------------------------------------------------------------
Kredit - Portal Islam dan Melayu
loading...
Post a Comment