Baru je bentang bajet 2022 sampai 2 jam. Kali ni Tengku Zafrul tampil mohon maaf pula.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam Bajet 2022.

Baru je bentang bajet 2022 sampai 2 jam. Kali ni Tengku Zafrul tampil mohon maaf pula.



Menurut beliau, Kementerian Kewangan telah berusaha sehabis baik menyediakan Bajet 2022 dalam keadaan kekangan kewangan.

ARTIKEL MENARIK:


 Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan beg yang berisi buku laporan Belanjawan 2022 ketika keluar dari Kompleks Kementerian Kewangan menuju ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan belanjawan tersebut di sini, semalam.

“Penyediaan Bajet 2022 bukanlah mudah. Memang mustahil untuk kami penuhi semua permintaan. Saya menyusun jari sepuluh jika ada sebarang kekurangan, tetapi yakinlah bahawa kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Semalam, Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2022 melibatkan peruntukkan RM332.1 bilion dalam usaha Malaysia memulihkan semula setiap segmen sosioekonomi negara pada tahun depan. Belanjawan tersebut merangkumi RM233.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM75.6 untuk perbelanjaan pembangunan dan RM23 bilion dibawah Kumpulan Wang Covid-19. Bagaimanapun, sebahagian orang ramai melontarkan rasa kurang puas hati kerana tiada pengumuman berhubung pencarum dibenarkan mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sumber : Kosmo Online!

Berita gembira buat golongan bujang. Tengku Zafrul tampil jawab persoalan ramai sama ada golongan bujang tersenarai atau tidak dalam bajet 2022.

‘Tak ada untuk orang bujang? Adaaa’ – Tengku Zafrul jawab rintihan golongan bujang terc1cir. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan golongan bujang terc1cir dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dibentangkan dalam Bajet 2022 semalam. Beliau berkata, ucapan Bajet 2022 itu sebenarnya hanya sebahagian daripada pelbagai bantuan yang disediakan untuk Keluarga Malaysia.

Ramai yang bertanya di media sosial, Bantuan Keluarga Malaysia ni tak ada ke untuk bujang? Adaaa. (Namun), jika mahu kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan, tetapi dalam Bajet 2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tengku Zafrul berkata demikian bagi mengulas mengenai persoalan orang ramai di media sosial mengenai bantuan buat golongan bujang susulan pembentangan Bajet 2022, semalam.

Menerusi perkongsian dalam hantaran sama, terdapat empat kategori yang diperuntukkan bagi tambahan kadar isi rumah merangkumi bantuan sebanyak RM500 buat ibu atau bapa tunggal (IBT), RM300 bagi warga emas, RM600 bagi warga emas bujang atau tiada pasangan (pendapatan kurang dari RM5,000) dan RM350 bagi golongan bujang yang berpendapatan kurang dari RM2500.

Bantuan RM350 untuk golongan bujang

Golongan bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 turut menerima bantuan sebanyak RM350 di bawah inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengumuman Bajet 2022 itu hanya menyenaraikan sebahagian daripada pelbagai bantuan yang disediakan untuk Keluarga Malaysia.Menurutnya, ramai yang bertanya di media sosial sama ada BKM diberikan kepada golongan bujang atau tidak.

Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan. Tapi dalam Bajet 2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat. Saya kongsikan di sini ringkasan BKM untuk rujukan semua. Insya-ALLAH pencerahan lain akan menyusul,” katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Pada Jumaat, kerajaan memperkenalkan BKM menerusi Bajet 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan akibat pand3mik c0v1d-19. Tengku Zafrul berkata, BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

loading...


Sumber : https://f-uh.com



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post