Suara disamakan dengan ‘pondan pencen’, Iqbal kecewa dengan Michael Ang

Nampaknya cerita tentang bekas pengurus peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli masih belum selesai. Setiap hari ada sahaja isu baru yang membuatkan orang ramai naik jelak dengan rentetan-rentetan luahan rasa di media sosial.

Suara disamakan dengan ‘pondan pencen’, Iqbal kecewa dengan Michael Ang



Pondan pencen lah pulak


ARTIKEL MENARIK:“Bertuah Nya…” Telatah Anak Fizo Omar Berbual Dgn Fazeera Jadi Perhatian Ramai


Namun begitu, dalam perkongsian terbaru Iqbal di Instagramnya, dia sempat memuat naik sedutan video IG live DSV dengan pengarah terkenal, Michael Ang yang seakan ‘mengutuk’ dirinya sehingga membuatkan pemuda tersebut terasa.

 

Video Player
00:00
00:15

“Siapa yang sebut nama siapa sebenarnya”

Menurut video tersebut, pengarah drama itu menyatakan suara Iqbal seperti ‘pondan pencen’ merujuk kepada tindakannya yang bakal mengeluarkan lagu pertamanya pada 1 November nanti.

Tak hanya itu, Iqbal juga memberi respon terhadap komen yang ditinggalkan Michael Ang meminta untuk tidak menjadikannya salah satu sumber ‘marketing sampah’ seperti didakwa.

“Sudahlah menjatuhkan saya”

Iqbal juga menjawab berkaitan tuduhan pengarah tersebut menyatakan berkemungkinan dia mengalami masalah jiwa dan menjelaskan yang dia tidak pernah menggangu mana-mana artis bahkan sangat menghormati mereka.


loading...


Dia turut meminta mereka yang memaki hamunnya berhenti menjatuhkannya dan tidak terus terpengaruh dengan kata-kata netizen yang hanya memburukkannya.

Untuk makluman, lagu bertajuk Hujan ciptaan anggota kumpulan Floor88 ini akan dikeluarkan pada 1 November 2021. Iqbal memberitahu sebelum ini bahawa lagu terbabit adalah kisah perjalanan hidupnya.

Sumber: Instagram ahmadiqbalzulkelfi  via Oh My Media


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post