Filem Penunggang Agama 2 Bakal Ditayangkan, PU Syed Kongsi Nasihat & Teguran

Berdiri bulu roma melihat trailer filem Penunggang Agama 2, arahan Syafiq Yusof di YouTube Astro Shaw semalam.

Filem Penunggang Agama 2 Bakal Ditayangkan, PU Syed Kongsi Nasihat & Teguran



Tajuk filem yang cukup sinonim dalam masyarakat tempatan ini, menarik perhatian orang ramai dan juga Pencetus Ummah (PU) Syed.

ARTIKEL MENARIK:Gara-gara ‘Selfie’ Dengan Telefon Baru, Ramai Peminat Kecewa Dengan Jisoo BLACKPINK


PU Syed Jelas Maksud Sebenar Penunggang Agama

Melihat filem seram thriller yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi, membuatkan pendakwah bebas ini mengupas sedikit apa yang dimaksudkan dengan penunggang agama sebenar.

“Apa definisi penunggang agama?

Mereka yang menggunakan agama untuk dunia, mereka juga menggaburi manusia dengan perwatakan orang agama.. Boleh juga dikatakan menggunakan terma agama dalam masa yang sama mencekik darah pelanggan!” Tulisnya


Foto – Instagram @pusyed_official

Menurut PU Syed, dirinya bersetuju filem sebegini diketengahkan kerana dapat mendedahkan sisi gelap manusia yang berselindung di sebalik agama.

Selain itu, pendakwah bebas ini juga berpendapat dengan filem seperti ini ia secara tidak langsung dapat beri pengajaran kepada orang ramai untuk berhati-hati dan tidak mudah menilai luaran golongan berstatus agamawan.

“Filem seumpama ini dari satu sisi ingin mendedahkan sisi gelap manusia-manusia penipu yang melempiaskan nafsu serakah mereka pada dunia dengan wajah sebagai orang agama..

Ambe setuju ianya diketengahkan sebagai pengambil pengajaran agar masyarakat berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan gelaran agamawan…

Namun dari satu sisi yang lain, filem seumpama ini ada juga unsur bidaah (tambahan atau diada-adakan) seolah-olah buruk sungguh orang agama dan mengajar masyarakat agar “jangan menilai luaran, tapi dalaman” sehingga ada yang akan berani menyebut.. “kau jangan tengok aku macam ni.. Tak tutup aurat, tapi hati aku baik!”

Ini fahaman yang sesat.. baik dari sisi agama adalah luar dan dalamnya adalah sama.. Kedua-duanya mesti selari dengan kehendak agama.” Tegasnya

Nasihatkan Barisan Pelakon Juga Ambil Pengajaran

Selain mengupas maksud penunggang agama, PU Syed juga menitipkan nasihat buat barisan pelakon yang melakonkan filem tersebut agar mengambil pengajaran dengan apa yang dilakonkan.

Tambahan lagi pendakwah ini juga mengatakan jika para pelakon berlakon mematuhi syariah, maka reseki yang diperolehi juga akan berkat.


loading...




Foto – Instagram @zul_ariffin

“Bagi para pelakon ambe nak nasihatkan disamping kalian melakonkan watak-watak dalam filem seumpama itu, ambillah pengajaran dengan skrip yang dilafazkan itu..

Jika cerita mengenai aurat, mengenai perintah dan larangan Allah, maka kalian kena cuba untuk ikutinya.. Di luar dan bukan hanya di dalam lakonan..

Hasil berlakon watak yang patuh syariah, pastinya ada keberkatan pada rezeki tersebut. Namun jika sebaliknya.. Walaupun banyak kalian dapat.. Tapi sia-sia disisi Allah.” Tulisnya lagi

Melihat kupasan dari PU Syed ini rasa tak sabar pula menanti tayangan filem ‘Penunggang Agama 2’. Apa yang bakal disajikan dalam filem tersebut, jadikan ia sebagai pengajaran untuk menjadi manusia yang lebih baik.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post