Harith Iskander Beri Respon Insiden Wanita Asing Tak Mahu Pakai Pelitup Muka Di Butik Mewah

Setelah tular insiden seorang wanita berbangsa asing yang berang tidak dibenarkan memasuki sebuah butik mewah kerana tidak memakai pelitup muka mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, pelawak, dan pengacara iaitu Harith Iskander terhadap isu tersebut.

Harith Iskander Beri Respon Insiden Wanita Asing Tak Mahu Pakai Pelitup Muka Di Butik Mewah



Puji Tindakan Staf Butik Mewah


ARTIKEL MENARIK:“Pisang Tu Apa Kena Mengena?”-MV Terbaru Beby Acha Cetus Kecaman Netizen


Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, beliau memuji tindakan staf butik mewah berkenaan yang bersikap tegas terhadap individu yang tidak menghormati SOP di Malaysia.

“Bravo pada staf kerana menjadi tegas kepada individu yang tidak menghormati SOP di negara ini.”-Harith Iskander


Rakyat Malaysia Tidak Akan Benarkan Individu Yang Tidak Mematuhi Peraturan & SOP Untuk Bergerak Dengan Bebas

Tambahnya lagi, beliau turut memberitahu bahawa rakyat Malaysia kebiasaannya agak tenang namun tidak akan membenarkan individu bergerak bebas jika tidak mahu mematuhi peraturan dan SOP di Malaysia.

“Ya, rakyat Malaysia biasanya agak chilled…Tetapi kami tidak akan membenarkan anda bergerak dengan bebas jika anda tidak mahu mematuhi peraturan dan SOP kami 😎 “-Harith Iskander

Disokong Netizen

Tinjauan Murai My di ruangan komen hantaran pelawak tersebut mendapati rata-rata turut memuji tindakan staf butik mewah berkenaan termasuklah penyanyi, pelakon, dan pengacara iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim memberitahu bahawa sesetengah individu dari beberapa negara percaya  mereka boleh “takluk” sesiapa dan di mana sahaja.


loading...




“Maaf untuk berkata tetapi ianya tipikal bagi sesetengah individu dari beberapa negara yang percaya bahawa mereka boleh ‘menakluki’ sesiapa sahaja dan dimana sahaja! Perangai keji”-Sarimah Ibrahim

“Bravo pada staf!!

“Siapa cakap negara ini bebas? Ia penuh dengan undang-undang dan SOP.”


“Tugas Yang baik kerana tidak membenarkan dia masuk”

“Individu seperti ini sepatutnya dihantar semula ke negara asal mereka. Sangat biadab.”

Terdahulu, tular video seorang wanita berbangsa asing yang memarahi seorang staf di butik berkenaan selepas tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai pelitup muka. Wanita tersebut turut memberitahu mereka yang memakai pelitup muka itu sebagai ‘komunis’.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم