“Pisang Tu Apa Kena Mengena?”-MV Terbaru Beby Acha Cetus Kecaman Netizen

Pendatang baharu yang juga adik kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin, Beby Acha mendapat kecaman netizen apabila muzik video (MV) terbarunya berjudul Jerung Merah dikatakan mempunyai maksud tersembunyi.

“Pisang Tu Apa Kena Mengena?”-MV Terbaru Beby Acha Cetus Kecaman Netizen



Menerusi carian terkini Murai.my, MV tersebut telah mendapat lebih daripada 5 ribu tanda suka (likes) dan 685 tanda tidak suka (dislike) selepas 18 jam ditayangkan di laman YouTube.

ARTIKEL MENARIK:Bandingkan Diri Dengan Mamat Khalid, Netizen Bidas Rintihan Aziz M Osman




Cetus Kecaman Netizen


Dalam beberap babak, netizen turut mempersoalkan maksud tersirat penggunaan buah pisang dalam muzik video tersebut.


“Pisang tu apa kena mengena”

“Allah..berat sungguh pakaian pun. Kes nya pasal jerung merah je..Lebihkan akhirat laa. Dunia ni dah tua. Tegur sebagai orang islam.” komen mereka


Malah ada netizen yang berharap akan ada penggiat seni yang bersuara terhadap isu ‘double meaning’ yang dipaparkan dalam video tersebut yang disifatkan mereka sebagai lucah.


loading...





“Double meaning unsur kelucahan. Harap ada penggiat seni bersuara.”

“Boleh tak ada akta terhadap penyampaian double meaning. Tak kisah la melawak ka, video ka.”

“Double meaning. Harap ada orang isu benda ni.” komen mereka lagi


Sekadar info, Beby Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Md Shari merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin dan kakak kepada pelantun lagu Sedalam-Dalam Rindu, Tajul. Dia  mula aktif di aplikasi nyanyian Smule sebelum menjadikan nyanyian sebagai karier.



Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم