Semalam berlangsungnya siaran ‘live’ Harith Iskander bersama usahawan Nur Sajat menerusi rancangan bual bicara #WhatsGoingOnMalaysia di saluran Youtube Harith Iskander Comedy.
Video yang berlangsung lebih dari 1 jam 30 minit itu menyelami kisah hidup Nur Sajat kes diburu JAIS sehinggalah dakwaan menipu wang.
ARTIKEL MENARIK:Iqbal Zulkefli Selar Michael Ang Selepas Dituduh ‘Cakap Tak Serupa Bikin’
Foto: Instagram @harithiskander
Foto: Facebook Harith Iskander
Walaupun siaran ‘live’ ini mendapat kecaman dan hentaman yang teruk dari netizen, namun video ini menerima lebih dari 50K tontonan. Di laman Facebook, Harith berkongsi perasaannya dan membuat sedikit rumusan dari mesej yang disampaikan oleh Nur Sajat.
“Episod malam tadi #WhatsGoingOnMalaysia bersama Usahawan Kosmetik dan pelarian Hak Asasi Manusia Nur Sajat sangat hangat.
Di pengakhiran, kita tak kenal seseorang itu sehingga kita dengar dari diri mereka sendiri. Seperti yang saya katakan semalam, Nur Sajat hanyalah seorang manusia. Dia mengaku dia tidak sempurna …. tetapi nampaknya mereka yang hentam & hina dia dalam talian menganggap diri mereka “lebih sempurna” daripada dia.”- tulisnya di Facebook.
Dalam pada itu, Harith turut mengakui bahawa dalam hal melibatkan isu melanda Nur Sajat, dia tidak membela mana-mana pihak. Dia menegaskan bahawa Rancangan ‘What’s Going On Malaysia’ merupakan saluran peribadinya untuk berbual biacara dengan seseorang untuk berkongsi pandangan.
Foto : Youtube Harith Iskander Comedy
“Ada peribahasa yang mengatakan: ‘Orang yang tinggal di rumah kaca tidak sepatutnya dibaling batu’. Saya bukan di sini untuk membela dia atau sesiapa pun, saya juga bukan hakim. Rancangan What’s Going On Malaysia adalah cara peribadi saya untuk bercakap dengan orang dan mendengar pandangan dan pendapat mereka.”
Tambahnya lagi, dia menasihati orang ramai supaya tidak perlu percaya atau menyukai usahawan kosmetik itu dan berhenti menjadi “palatao’ dalam sebarang isu.
“Anda tak perlu percaya atau suka dengan apa Nur Sajat ceritakan tapi sekurang-kurang sekarang kita dengar dari mulutnya sendiri. Dan janganlah kita memburukkan lagi dengan hentam atau menjadi “palatao” dalam sebarang isu.”- tambahnya lagi.
Anda tahu apa maksud ‘palatao’? ‘palatao’ adalah singkatan kepada ‘Kepala Tahu”. Ianya digunakan apabila ada orang yang buat-buat tahu sesuatu perkara padahal sebenarnya dia tak tahu pun. Dalam bahasa Melayu piawai kita boleh simpulkan ‘palatao’ ini sebagai memandai-mandai. Buat kesimpulan sendiri dan buat kepala sendiri. Itulah maksudnya untuk mudah faham.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق