Pelakon jelita, Rita Rudaini mendedahkan bahawa beliau digugurkan daripada sebuah tawaran biarpun sudah lama dimuktamadkan gara-gara Prosedur Operasi Standard (SOP) MKN.
“Kenapa Perlu Ada Swab Test Lagi Bila Nak Kerja Kalau Dah Vaksin”-Rita Rudaini
ARTIKEL MENARIK:Golongan LGBT Kecam PU Syed Selepas Dedah Adik Bekas Pengacara TV Kahwin Sejenis
Menerusi Insta Stories, pelakon ini mempersoalkan mengapa perlu dikenakan ujian swab COVID-19 sekiranya indvidu tersebut telah divaksin.
“Sekali lagi saya digugurkan dari job yang dah lama confirm..Hanya kerana ‘SOP MKN’ ..SOP diskriminasi..Kenapa perlu ada swabtest lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin? Sama je dengan SOP sebelum sampainya vaksin ni..
Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja..Jadi apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang vacc pun boleh jadi pembawa…Apa bezanya?”- tegas Rita
via Instagram @ritrud727
Tambah Rita lagi, dia menyifatkan Malaysia seolah-olah sebagai sebuah negara diskriminasi yang dalam kesusahan sehingga terpaksa naikkan ‘bendera putih’
“Ok..bezanya..memang nak ‘paksa’ walaupun kata ‘tak wajib’..Bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi yang dalam kesusahan sampai kena naikkan bendera putih, taknak pula usaha pergi cari yang belum vaksin ni pulak kerah usaha pergi cari rumah ke rumah”- katanya
via Instagram @ritrud727
Ucap ‘Tahniah’ Pada FINAS
via Instagram @ritrud727
Dalam pada itu,Rita juga mengucapkan tahniah atas ‘kerja’ yang dilakukan oleh FINAS dari dahulu hingga sekarang. Dedahnya lagi, dia pernah ditawarkan untuk menerima vaksin palsu untuk memudahkan urusan kerja.
“Kepada FINAS, tahniah korang memang buat ‘kerja’ dari dulu hingga sekarang..Tolong anak-anak seni dalam kesusahan dan macam-macam lagi lah..
“Ada pihak tawarkan pada saya vaksin tipu-tipu untuk senang bekerja tapi maaflah..Saya mencari rezeki dengan ikhlas, saya tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan.. Kerana rezeki kita semua makhluk di muka bumi ni, Allah swt yang pegang..” katanya lagi
Anggap Sebagai Satu Ujian
via Instagram @ritrud727
Rita Rudaini atau nama penuhnya Rita Rudaini binti Mokhtar menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian.
“Bagi saya ini 1 ujian Dia pada saya..DIA nak tengok saya sabar atau kecundang dengan ujian DIA atau tidak. Rezeki kita semua sudah tertulis dan saya percaya dengan aturan-NYA. DIA guguran sehelai daun pun ada sebab. Moga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua.”- luah Rita
Terdahulu, Rita pernah mempersoalkan mengenai paksaan untuk mempunyai vaksin yang telah dikenakan terhadap peniaga walaupun mereka telah menggunakan wang sendiri untuk mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berpendapat ianya sebagai satu diskriminasi.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق