‘Kita ingin ulangi insiden PRN Sabah?’

BANGI, 2 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Biarpun jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini mencatatkan penurunan berbanding semalam, ia masih berada di tahap membimbangkan.

‘Kita ingin ulangi insiden PRN Sabah?’



Sehingga 9 Oktober, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,743 kes, sementara peratusan populasi dewasa Malaysia yang lengkap divaksinasi setakat semalam adalah 89.4 peratus.

ARTIKEL MENARIK:Seluruh negara bersiap sedia ‘gelombang’ pergerakan rentas negeri


Sehubungan itu, adalah tidak wajar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilaksanakan dalam masa terdekat, sebaliknya perlu ditangguhkan sehingga kes harian COVID-19 kembali reda.

Menerusi satu kenyataan, pemerhati politik, Ustaz Haji Omar Kassim menggesa semua pihak mengambil iktibar daripada insiden yang berlaku selepas PRN Sabah.

“Adalah kita ingin mengulangi PRN Sabah yang akhirnya menjadi asbab kenaikan kes secara mendadak dan berterusan beberapa bulan?

“Sekalipun sudah 90 peratus mendapat vaksin lengkap, DG (Ketua Pengarah Kesihatan) masih menggambarkan pelbagai varian baru masih wujud dalam komuniti,” katanya.

Terdahulu, rakyat meluahkan rasa bimbang berhubung risiko penularan COVID-19 akan meningkat sekiranya PRN Melaka diadakan.


loading...


Pergolakan politik di Melaka tercetus apabila kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali tumbang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan beliau.

Tiga ADUN yang lain adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Keputusan itu berikutan ketidakyakinan mereka terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang `flip-flop’ serta tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Setakat semalam, kerajaan memaklumkan akan membuat keputusan minggu depan sekiranya ada keperluan untuk menasihatkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di Melaka supaya PRN ditangguhkan sementara waktu.


Kredit -ismaweb.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم