‘Rakyat Tak Bodoh Lah’- Syed Saddiq Persoal BN Kena Kompaun Lepas Majlis Tamat

Tular di media sosial milik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang menyoalkan tindakan pihak berkuasa hanya mengeluarkan kompaun setelah majlis perhimpunan politik Barisan Nasional (BN) tamat.

‘Rakyat Tak Bodoh Lah’- Syed Saddiq Persoal BN Kena Kompaun Lepas Majlis Tamat



Tegur Kenapa Tak Batalkan Majlis Dari Awal


ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Tular Hilux Tekan Minyak Rempuh Gerai Sebab Pemandu Pitam, Tapi Suara Perakam Jadi Perhatian


Syed Saddiq bersuara dan mempersoalkan kenapa majlis politik yang dijalankan tidak dihentikan dari awal, kerana majlis tersebut dirakam secara langsung dan orang ramai melihatnya di saluran media sosial jadi tidak mustahil pihak berkuasa tidak mengetahuinya.

Selain itu, Ahli Parlimen Muar ini juga mengatakan selepas ini mana-mana parti politik boleh melakukan ceramah politik dengan syarat mereka memiliki wang untuk membayar kompaun.


Foto – Twitter Syed Saddiq

“Kalau betul-betul serius, batalkan majlis dari awal. Jentera dah siap lancar, live dari awal sampai habis majlis. Lepas tu bagi kompaun cukup syarat.

Jadi lepas ni, asal ada duit buat ceramah politik, habis ceramah bayar sahaja kompaun?

Rakyat tak bodoh lah.” Ciapnya di Twitter

Mahu Kompaun Dikenakan Pada Setiap Individu

Disebabkan hal tersebut, Syed Saddiq dan Yeo Bee Yin, kedua-dua ahli parlimen dari Johor ini bersuara agar kompaun dikenakan ke atas setiap individu yang menghadiri majlis politik semalam dan bukanya pihak penganjur sahaja.


loading...




Foto – Twitter Syed Saddiq/Yeo Bee Yin

“Saya bayar kompaun kerana saya tahu saya  salah. SETIAP SEORANG YANG HADIR KENA BAYAR!!! BN bila buat majlis dengan ratusan pemimpin parti, 1 ja kompaun dikeluarkan. Memang #Duadarjat ! Kenapa tak kompaun semua seperti kami kena dulu?” Tegas Syed Saddiq

“Peringatan kepada @KKMPutrajaya : SETIAP dari kami di saman. Sekarang, kenakan yang sama juga kepada perhimpunan UMNO malam tadi. @IsmailSabri60 @Khairykj berani sikit.” Tegur Yeo Bee Yin

Netizen Kecam Kerajaan Bersikap Berat Sebelah

Video perhimpunan parti politik yang dianjurkan Barisan Nasional malam tadi mengundang pelbagai reaksi dan respon orang ramai di media sosial.

Rata-rata ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak berkuasa dan kerajaan menangani isu kompaun yang dikenakan pada parti politik berkenaan.


Foto – Twitter

“Semalam punya cerita. Pihak berkuasa hilang kuasa dengan parti ni. Kompaun dah lah buat cukup syarat, majlis lancar jentera boleh buat sampai habis. Siap live lagi.”

“MUDA anjur sidang media kurang 5 orang, terima kebenaran dengan penjarakan dan SOP. Kompaun : RM4K. BN anjur majlis besar-besaran, mungkin lebih dari ratusan orang, tak ada penjarakan dan tak ikut SOP. Kompaun : RM10K. Apa lagi kalau bukan #Duadarjat ?” Ciap warganet


Foto – Twitter

“Peniaga v BN”

“Politik Dua Darjat!!!! Katakan tidak pada kerajaan yang berat sebelah.” Ciap mereka lagi

Apa pandangan anda tentang isu ini?


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم