[REVIEW] Samsung Galaxy A03s Harga Murah Tapi Serba Lengkap!

Antara ahli baharu dalam keluarga besar jenama ini,Samsung Galaxy A03s telah diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia.

[REVIEW] Samsung Galaxy A03s Harga Murah Tapi Serba Lengkap!



Sebuah telefon bimbit atau peranti kelas permulaan, dengan harga RM559 seunit sudah pasti A03s ini mampu dimiliki oleh pelbagai golongan.

ARTIKEL MENARIK:Baru je bentang bajet 2022 sampai 2 jam. Kali ni Tengku Zafrul tampil mohon maaf pula.


5 kelebihan Samsung Galaxy A03s

Biarpun harga nya murah, namun siapa sangka model ini mempunyai penawaran yang hampir lengkap. Berikut kami tampilkan 5 kelebihan Samsung Galaxy A03s ini yang mungkin akan menarik perhatian anda!

1. Bateri Besar 5000mAh

Pertama sekali, ini adalah penawaran yang begitu terbaik diberikan oleh Samsung. Manakan tidak, AO3s dilengkapi dengan kapasiti bateri yang cukup besar, 5000mAh. Ucapkan selamat tinggal kepada powerbank, kerana dengan kapasiti sebesar ini sudah memadai untuk bertahan selama beberapa hari terutama sekiranya dijadikan sebagai telefon bimbit kedua anda.

2. Fungsi Kamera Tidak Kurang Hebatnya


Dilengkapi dengan tri-kamera utama, Samsung menjanjikan pengguna Samsung A03s satu kepuasan untuk bergambar. Sebagai contoh, sensor makro 2-Megapixel memberikan hasil foto yang berkualiti untuk tangkapan pada jarak dekat. Swafoto atau panggilan video?


Tidak menjadi masalah kerana ia disertakan dengan sensor 5-Megapixel. Kami telah mencuba mengambil gambar dengan beberapa situasi, hasil nya anda boleh lihat seperti di bawah. Mengagumkan!




3. Pengimbas Cap Jari Di Bahagian Tepi


loading...




Satu lagi ciri yang kami suka pada model ini adalah dengan pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa. Dengan fungsi ini, proses menyahkunci akan menjdi lebih pantas.

4. Bicu Audio 3.5mm Masih Ada!


Sebagai seorang yang ‘old-school’, kami akui masih menyukai telefon bimbit yang dilengkapi bicu audio sama seperti A03s. Biarpun pasaran kini lebih tertumpu kepada fon nirwayar ataupun beralih kepada fungsi type-C namun aksesori bicu audio bagi kami lebih memudahkan dan murah.

5. Pilihan Tiga Warna

Samsung Galaxy A03s ditawarkan dengan pilihan tiga warna iaitu hitam,biru dan putih . Selain itu, kami juga suka dengan ciri permukaan kasar pada belakang telefon bimbit ini sekaligus tidak akan meninggalkan kesan cap ibu jari yang mudah dilihat dan lebih mudah untuk dipegang.

Selain itu, kami kongsikan juga kelebihan dan fungsi yang ada pada Samsung Galaxy A03s.




  1. Skrin bersaiz 6.5-inci PLS TFT LCD dengan resolusi HD+ (720 x 1600 piksel)
  2. Kamera utama terdiri 13MP + 2MP + 2MP
  3. Bluetooth 5.0
  4. Pembesar suara mono
  5. Memori 4GB RAM
  6. Storan dalaman 64GB
  7. Port sambungan USB Type-C

Untuk pembelian dan maklumat lanjut : Samsung A03s 


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post