Selepas Niezam Zaidi, Nama Pengarah Pula Dikenalpasti Terlibat Dalam Kes Dadah

Lagi berita penularan mengenai tiga individu masing-masing merupakan pelakon, pengarah serta pembantu pengarah yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Selepas Niezam Zaidi, Nama Pengarah Pula Dikenalpasti Terlibat Dalam Kes Dadah



Nama Pengarah Pula Berjaya ‘Dihidu’ Netizen 


ARTIKEL MENARIK:Pelakon, Pengarah & Pembantu Pengarah Positif Dadah! Instagram Niezam Zaidi Dibanjiri Komen Netizen


Selepas netizen seakan berjaya meneka nama pelakon lelaki berusia 29 tahun yang telah dikenalpasti, terbaru nama pengarah yang didakwa juga turut tersebar. Menerusi perbincangan di forum Cari, terdapat sebuah tangkap layar mesej yang dipercayai laporan polis mengenai kes tersebut telah tular.


Selain menyatakan dengan jelas nama pelakon tersebut, turut tertera nama seorang lagi individu yang merupakan seorang pengarah terkenal. Difahamkan, pengarah itu juga merupakan anak kepada seorang pelakon veteran.


loading...


Instagram ‘N’ Dibanjiri Komen Netizen 

Dalam artikel Murai.my sebelum ini netizen mula berteka-teki mengenai nama ketiga-tiga individu yang dimaksudkan. Malah, nama pelakon ‘N’ turut ‘dipetik’ oleh mereka sebagai pelakon yang ditahan. Menerusi carian Murai.my di laman Instagram pelakon tersebut, kelihatan netizen mula membanjiri ruangan komen hantaran terkini pelakon itu dengan pelbagai pertanyaan.

Terdahulu, memetik laporan dari Harian Metro hasil ujian saringan air kencing dalam serbuan yang dilakukan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol.Manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine. Difahamkan, ketika serbuan dijalankan, kesemua mereka berada dalam bilik berasingan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Kredit -Murai MY.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم