Sudah ‘Cer4i Tal4k 3’ Dengan Malaysia, Ini lokasi Sajat berada selepas Thailand

Sekian lama menghilangkan diri sejak hangat diperkatakan mengenai penahanannya di Bangkok, Thailand bulan lalu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman muncul di IG Live tengah hari tadi.

Sudah ‘Cer4i Tal4k 3’ Dengan Malaysia, Ini lokasi Sajat berada selepas Thailand



Menerusi sesi live itu, Sajat memaklumkan dia kini berada di Australia dan sedang menjalani kuarantin di negara itu.

ARTIKEL MENARIK:Menerusi sesi live itu, Sajat memaklumkan dia kini berada di Australia dan sedang menjalani kuarantin di negara itu.


Sajat turut berkongsikan dirinya sangat bahagia kerana sudah bebas dan boleh menjadi diri sendiri. Ujarnya lagi, dia mempunyai perancangan untuk membuka perniagaan di negara itu. Kata Sajat lagi, dia juga akan menghadiri wawancara di salah satu media di Australia untuk bercerita mengenai dirinya.

“Saya sangat happy sekarang, saya boleh jadi diri sendiri, boleh tenang tak ada gangguan. Saya hanya nak fokus perniagaan. Saya boleh pakai apa saja dekat sini, saya tak ganggu siapa-siapa pun.

“Pasal saya punya jantina, dekat sini jantina saya wanita, deorang dah check semua head to toe, saya tak perlu ragu-ragu dah,” katanya.

Mengulas mengenai pertanyaan netizen mengenai kesnya apabila dia perlu ‘menyeludup’ masuk ke negara jiran untuk melarikan diri, Sajat berkata apa yang terjadi tidaklah seperti yang disangka.

Jelasnya lagi, dia sentiasa menghormati kerja pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas dengan baik.

Sementara itu, menjawab mengenai soalan agama, usahawan sensasi itu menjelaskan ianya perkara peribadi serta memberitahu dia tidak akan mengaku hal berkaitan jantinanya sehingga ke lubang kubur.

Kata Sajat lagi, dia tetap wanita dan meluahkan rasa kecewa apabila ada yang memintanya untuk berubah sedangkan dalamannya seorang wanita.

Diakhir sesi live itu, Sajat turut mengesahkan dia sudah pun bercer4i ‘tal4k tiga’ dengan Malaysia dan tidak akan kembali lagi.


loading...



cc-8-768x431-1.jpg

“Ikut Saluran Undang-Undang Antarabangsa…”PDRM Update Proses Ekstradisi Nur Sajat

Terdahulu Pengarah Jabatan Siasatan Jenay4h (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan sudah menghantar permohonan untuk mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang ditahan di Thailand, 8 September lalu.

Abd Jalil Hassan berkata, permohonan itu sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan pihak negara ketiga yang menjadi lokasi tujuan Sajat seterusnya selepas Bangkok.

“Proses permohonan untuk mengekstradisi Sajat sudah disiapkan dan sudah dihantar kepada pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga iaitu Australia.

“Pada masa ini kita sedang menunggu keputusan selanjutnya dari pihak berkuasa Thailand dan negara ketiga sebelum proses membawa balik Sajat dilakukan,” katanya.

Tambah beliau lagi, sekiranya tiada masalah, proses membawa pulang Sajat akan dilaksanakan mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan Nur Sajat ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajat turut diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan.

Dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.


Kredit - Trending Kini

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم