Caprice sahkan jadi suami orang, tiada niat rahsia

PETALING JAYA – ‘Halal’. Itu kapsyen dikongsi Caprice di Instagram bersama video pendek mengesahkan berita pernikahannya dengan wanita asal Kota Bharu Kelantan, Farra Inalis Hussni, seperti yang tersebar.

Caprice sahkan jadi suami orang, tiada niat rahsia



Biarpun mendedahkan hanya akan memperincikan butiran majlis dalam tempoh terdekat, pengakuannya sudah cukup membuatkan peminat gembira.

ARTIKEL MENARIK:Harith Iskander Kecewa Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri Hanya Kerana Tukar Siaran TV


Pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 33, itu turut meminta maaf tidak dapat menjawab panggilan atau membalas mesej media yang cuba mendapatkan penjelasan.

Dia mengakui terpaksa mengaktifkan semula akaun media sosial setelah dihujani pertanyaan mengenai status baharunya.

“Saya mohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa ‘menghilangkan diri’ selama 40 hari.

“Selepas apa yang berlaku, saya berjanji akan menceritakan segala perkara yang terjadi sepanjang tempoh berkenaan.

“Sila ikuti akaun @signbycap kerana semua entri akan saya muat naik di situ kerana saya disekat daripada menggunakan akaun @capriceofficial,”.

“Saya terpaksa aktifkan semula akaun ini selepas ramai pihak cuba menghubungi saya,” tulisnya.

Jelas Caprice, dia dan isteri tidak berniat merahsiakan perkahwinan mereka, sebaliknya segala persiapan hanya dilakukan pada saat akhir.

“Saya perlu membuka hantaran kepada umum kerana ramai blogger dan wartawan cuba menghubungi saya sejak dari tadi (siang).

“Minta maaf untuk semua kesulitan yang timbul. Insya-Allah saya akan kongsi cerita di @signbycap nanti,” katanya.

loading...

Lokasi pernikahan yang berlangsung kira-kira pukul 5 petang tadi menunjukkan majlis tersebut diadakan di Tanamekar The Hills, Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi akaun sama, penyanyi yang aktif sebagai penceramah motivasi itu tidak ketinggalan berkongsi video ketika memilih cincin semalam iaitu sehari sebelum pernikahan.

Terdahulu, gambar Caprice mengenakan baju Melayu rona putih lengkap bersongkok dan samping sedondon dengan pasangannya yang anggun berkerudung di atas pelamin tersebar di laman sosial.

Perkongsian tersebut dimulakan oleh pemilik akaun @yasserpink memerusi Insta Story sebelum ulang siar penyanyi Azira Shafinaz dan pembantu peribadi usahawan tersebut, Aiman Munier.

Menerusi perkongsian berkenaan, paparan momen manis itu hanya tertulis ‘Tahniah’ disertakan tag nama akaun kedua-dua individu terbabit, @capriceofficial dan @farra_inalis.

Farra yang sebelum ini berstatus ibu tunggal anak satu tidak ketinggalan memuat naik beberapa video sebelum melangkah ke gerbang pernikahan.

Usahawan dan Instafamous berkenaan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea daripada perkahwinan terdahulu.

Sebelum ini dia pernah membuat pendedahan dalam Instagram sudah enam tahun bergelar ibu tunggal ketika menjawab pertanyaan pengikutnya. – K! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم