Cleaner terkejut jumpa cek RM 10.4 juta tercicir. Hanya disebabkan buat ini dirinya telah dinaikkan pangkat sekelip mata.

MEMILIKI sifat jujur dan amanah dalam diri di dalam apa juga pekerjaan yang dilakukan sangatlah terpuji dan mulia.

Cleaner terkejut jumpa cek RM 10.4 juta tercicir. Hanya disebabkan buat ini dirinya telah dinaikkan pangkat sekelip mata.



Kejujuran adalah sikap yang perlu ditanamkan sejak awal. Baik kejujuran dalam perkataan, mahupun perbuatan. Kejujuran akan membawa kebaikan di dunia dan akhirat

ARTIKEL MENARIK:Hampir 4 Millon view. Akhirnya pemilik suara sebenar trend video tiktok ini buat pengakuan sebenar.


Sekiranya memegang prinsip tersebut, nescaya orang di sekeliling akan memandang tinggi selain dikurniakan keberkatan olehNya tanpa melalui banyak kesulitan dalam kehidupan seharian.

Siapa sangka, dengan bersikap jujur dan ikhlas, dikurniakan rezeki yang tidak dijangka malah dinaikkan pangkat dalam pekerjaan.Seorang pekerja pembersihan bernama Halimah, 29 bekerja di di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta baru-baru ini menjadi viral kerana kejujurannya memulangkan dokumen penting dan berharga.

Cek Milik Penumpang

Lapor Jakarta Daily, ibu kepada dua cahaya mata berkenaan menemui dompet berwarna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E. Ketika melihat angka tertera, dia mengaku terkejut namun tidak terlintas untuk dia mengambilnya.“Cek itu, tertulis Rp 35.5 bilion (bersamaan RM10.4 juta). Saya terkejut kerana nilainya sangat besar hingga perlu melihatnya berkali-kali,” katanya.

Petugas pembersihan itu kemudian melaporkan penemuan tersebut kepada pegawai Keselamatan Penerbangan yang bertugas di Terminal 2.“Tidak terfikir nak mengambilnya. Kita tanamkan rasa jujur, sekecil mana pun barang yang kita jumpa mesti dilaporkan.


loading...


“Sebelum ini saya sering jumpa pelbagai barang, tapi yang ini viral,” kata Halimah.Selain cek bernilai Rp 35.5 bilion, di dalam beg berkenaan terdapat empat buah buku bank dan sebuah pasport.

Naik Pangkat Jadi Penyelia


Kejujuran yang dipamerkan Halimah itu mendapat penghargaan dari majikannya, PT Angkasa Pura Solusi. Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani selaku ketua memberi ganjaran berupa kenaikan pangkat satu peringkat kepada Halimah sebagai penyelia atas kejujuran beliau dalam menjalankan tugas.

Dia menghargai kejujuran Halimah ketika bekerja di lapangan terbang itu dengan segera melaporkan penemuan dompet penumpang yang tertinggal.“Saya terharu ketika pertama kali menerima berita ini. Kita bagi kenaikan luar biasa untuk Halimah, satu level atas dia iaitu menjadi penyelia,” katanya pada Sabtu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: Sinar Plus, Jakarta Daily via apampink


Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post