Baru-baru ini, sudah menjadi ikutan pengguna Tiktok menggunakan video @ahmadsaffuan86 dengan bunyi ‘Di sini rancak, di sana rancak, mana-mana rancak, Berdosa!’ sebagai hiburan malahan ‘trend’ yang diguna pakai tidak kira peringkat usia.
Justeru, menggunakan bunyi ‘mana-mana rancak, berdosa!’ ini pastinya akan menjadikan sesebuah video itu lebih menarik dan mendapat banyak tontonan. Oleh itu, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah pemilik asal suara tersebut sehingga ianya menjadi ikutan.
ARTIKEL MENARIK:Tular di sosial media kejadian penduduk kampung jumpa batu emas. Akhirnya ada yang dedahkan bila dibawa ke kedai emas ini yang terjadi.
Rupanya inilah pemilik suara sebenar
Melihat ‘trend’ yang semakin digilai ini, ternyata empunya suara adalah seorang lelaki yang sedang merakamkan video tersebut di sebuah tempat yang dipenuhi lori besar.
VIDEO:
“Sebab video ni lah adik laki aku dok ulang..”
Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai yang terkejut dan terhibur apabila mengetahui siapa pemilik sebenar suara yang menjadi ‘trend’ masa kini. Malahan ada yang mengatakan disebabkan video ini, adik lelakinya tidak berhenti menuturkan ayat ni berhari-hari.
“I’m addicted to..”
Ada juga netizen yang mengaku ‘ketagih’ mendengar bunyi yang ‘viral’ ini dan tidak hairanlah ianya menjadi ikutan pengguna di aplikasi ini.
“Pengakuan sebenar mengenai asal usul ayat”
Walaupun pemilik suara sebenar @Ahmad Saffuan beliau mengaku asal usul ayat tersebut bukan daripadanya.
VIDEO:
Rata-rata warganet memuji tindakkan Ahmad Saffuan kerana menghormati hak milik cipta orang lain.
Sumber: Redaksi/Tiktok @AhmadSaffuan86 via apampink
Kredit -
Post a Comment