“Jangan Berdvka Mereka yg T4k Dapat BKM” Ini T4rikh Bila Permoh0nan Baharu B0leh di Buat, Buat Ramai Rasa Lega

Seperti yang dimaklumkan semasa Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang U.ndang-u.ndang Perbekalan 2022 pada 24 November 2021, proses permohonan Bantuan Keluarga Malaysia BKM pada tahun 2022 akan dipermudahkan untuk kesejahteraan semua.

“Jangan Berdvka Mereka yg T4k Dapat BKM” Ini T4rikh Bila Permoh0nan Baharu B0leh di Buat, Buat Ramai Rasa Lega




Kerajaan kekal komited untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM 8.2 b.ilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima.

ARTIKEL MENARIK:Mengapa lidah kucing kasar dan berduri. Rupanya banyak kegunaan dan fungsi hebat buat kucing.


Bagi memastikan tiada yang tercicir, penerima Geran Khas Prihatin GKP yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR atau Bantuan Khas C0VID BKC B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.

Di samping itu, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA.

Gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM.

Permohonan Baharu BKM

Kuantan: Rakyat negara ini yang berasa layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh mengemukakan permohonan baharu mulai 1 hingga 31 Januari depan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, permohonan baharu itu bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan menerima bantuan itu.

Katanya, tempoh sebulan itu diharap dimanfaatkan bukan sahaja permohonan baharu, malah kemas kini data untuk memastikan tiada yang tercicir daripada menerima BKM.

“Untuk makluman pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran BKM yang pertama dijangka pada Mac 2022.

“Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan majlis penutup Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di Dewan Besar Paya Besar, di sini, hari ini.

Mohd Shahar berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

loading...


“Bagi BKM 2022, sejumlah RM8.2 bilion diperuntukkan yang akan memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima,” katanya.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: trending sgt  via ROSE MERAH

Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post