Nampak bentuk kaki masa tengah live. Warganet tegur Uyaina Arshad secara baik jadi perhatian.

Penampilan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad menjadi tumpuan wargamaya malam tadi ketika dia menjadi hos program MeleTOP bersama Nabil Ahmad.Uyaina, 29, memilih untuk menggayakan baju berwarna putih bersama skirt kembang biru daripada koleksi pereka fesyen, Ghaania.

Nampak bentuk kaki masa tengah live. Warganet tegur Uyaina Arshad secara baik jadi perhatian.





ARTIKEL MENARIK:Meruntun Jiwa.. Shuib Kongsi Perbualan Akhir Arw4h Siti Sarah Sebelum Ditidurkan Dalam MV ‘Tinggalkan Diriku’ – ‘Ampunkan Dosa-Dosa I Ya’




Biarpun nampak cantik dan ‘anggun’ dengan koleksi Swan in Fantasy, Uyaina menerima komen daripada segelintir pengguna media sosial apabila mereka mendakwa nampak bentuk kaki pemilik nama Shaidatul Naseha Uyaina Arshad.

Harus diberi pujian kerana warganet tidak terus mengkrtik atau mengeluarkan kata-kata tidak baik tetapi memilih menegur dengan cara baik.

@nrna.zmeea: Awak saya nak tegur. Kaki awak nampak sangat dekat MeleTOP.

@ytiezaid: Maaf tapi tadi masa live Mele TOP nampak separuh kaki atau pakai stokin atau legging warna kulit?

Pakai stokin di dalam


Tidak ingin berlanjutan, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa tampil memberi jawapan menerusi salah satu komen yang diterima.

Kata kekasih kepada penyanyi, Raja Syahiran, dia mengenakan stokin berwarna ‘skin’ atau kulit ketika program siaran langsung itu.

Sumber: Instagram @meletop@uyainaarshad.

Masih Dalam Proses Perbincangan. Uyaina Arshad Terpaksa Batalkan Hasrat Berkahwin Di Atas Kapal Kerana Ini.

Pelakon dan juga personaliti TV, Uyaina Arshad dan tunang, Raja Syahiran mengakui mereka masih di dalam proses perbincangan bagi menetapkan tarikh perkahwinan yang sesuai berikutan negara masih berada dalam musim wabak COVID-19.

Ujar Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dia dan Syahirah mengimpikan sebuah majlis yang ringkas dan intim untuk meraikan hari bahagia mereka berdua bersama tetamu jemputan.


Cerita pelakon drama Love Elsa ini lagi, pada mulanya dia memiliki hasrat untuk berkahwin di atas kapal yang berkonsepkan mewah namun setelah meningkat dewasa, dia hanya inginkan majlis yang ringkas, intim dan merasakan tempoh pandemik ini adalah waktu terbaik.

Persiapan itu memang ada, cuma dalam waktu dan keadaan yang bagaimana, itu akan dibincangkan. Tarikh pun masih pilih-pilih sebab semuanya bergantung pada keadaan.

Perkembangan terkini, Uyaina kini muncul dalam filem terbaru berjudul Siapa Tutup Lampu? di mana dia membawakan watak Azie di dalam naskah bergenre seram tersebut.

Malah, dia juga berkesempatan untuk melakonkan beberapa babak di dalam bilik mayat dan merasakan ia sebagai sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Filem Siapa Tutup Lampu? ini juga dibintangi pelakon hebat lain seperti Naim Daniel, Azizul Ammar, Ismi Melinda, Afieq Shazwan dan ramai lagi.Diarahkan oleh Aliff Ihsan Rahman, filem ini sudah boleh ditonton di saluran Astro First (480).

Sumber: Astro Gempak.

Uyaina Jalankan Perniagaan Bersama Kekasih. Tapi Ianya Bukan Untuk Ke Fasa Seterusnya Dan Ini Tujuan Utamanya.

Umum tahu mengenai kisah percintaan pelakon dan pengacara popular Uyaina Arshad dengan penyanyi Raja Syahiran yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Tolong rakan cari pendapatan


Meskipun sibuk dengan dunia hiburan, Uyaina dan Raja Syahiran juga sedang berjinak menceburi perniagaan bidang food and beverage. Mengusahakan perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Uyaina menyatakan bisnes tersebut dijalankan bagi membantu beberapa rakan menjana pendapatan. Ditanya sama ada bisnes diusahakan bersama adalah sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad menafikan.

Pada mulanya, saya didekati oleh Alif Farhan yang juga mewakili kumpulan Floor 88 yang mengusahakan food court di Kampung Baru pada Disember tahun lalu. Awalnya, saya tak terfikir pun nak meniaga tapi kami mempunyai rakan dan sepupu yang ingin menjalankan perniagaan ini bersama-sama apatah lagi dalam tempoh pandemik yang penuh mencabar ini. Mereka mempunyai pengalaman dalam bisnes makanan, jadi kami terfikir apa salahnya jika kami bergabung dengan mereka dalam menjalankan perniagaan

Bisnes ini dijalankan bukanlah sebab kami nak melangkah ke fasa seterusnya. Niat kami memang nak bantu orang. Tapi, saya dan Syahiran akui semenjak kami mula berniaga, kami banyak belajar mengenai dunia perniagaan yang cuba bangkit dari pandemik. Gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru menjual masakan seperti ‘chicken chop’ dan pelbagai jenis spaghetti.

Kembali bernafas selepas boleh ‘dine in’


Dalam pada itu, pelakon yang berjaya membolosi pencalonan awal bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bersyukur kerana keadaan semakin pulih dan pelanggan mula mengunjungi Masok Food Court. Lama juga kami bercuti kerana pelanggan tak boleh makan di gerai. Kami beralih kepada servis ‘food delivery’ ketika ‘lockdown’ berlangsung.

Selepas kerajaan mula memberikan kebenaran ‘dine-in’ dengan menggariskan prosedur operasi standard (SOP), perniagaan dapat bernafas semula perlahan-lahan. Begitu juga dengan aktiviti seni. Alhamdulillah, semuanya kembali seperti biasa tetapi kami haruslah berjaga-jaga dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan. Selain itu, Uyaina bakal memasuki set penggambaran sebuah drama bersiri yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 pada Oktober ini. Menerusi naskhah berjudul Kau Cipta Kasih itu, Uyaina bakal bergandingan dengan aktor Nazim Othman. Sumber: Instagram @uyainaarshad

Berhadapan Pelbagai Kritikan Sehinggakan Terdetik Mahu Mengundurkan Diri. Uyaina Arshad Luahkan Perasaan Dia

Difahamkan baru 3 minggu Uyaina Arshad yang merupakan pelakon dan pengacara mengacarakan program Famili Duo. Uyaina terpaksa berhadapan pelbagai kritikan sehinggakan terdetik mahu mengundurkan diri.Uyaina yang membaca setiap teguran dan komen negatif yang diberikan bagaimanapun menjadikan ia pembkar semangat untuk terus memperbaiki diri.

“Saya membaca kesemua komen diberikan. Saya menerima segala komen negatif dan positif sebagai pembkar semangat. Saya mohon diberikan ruang untuk memperbaiki diri dan berharap kekal bersama saya dalam perjuangan ini. “Mengacarakan program secara berseorangan tidak mudah. Banyak yang perlu saya belajar walaupun ada terdetik rasa patah semangat dan nak tarik diri ketika membaca komen-komen yang diberikan,” katanya. 

Baginya, enggan membiarkan komen negatif mematahkan semangatnya, Uyaina memohon sokongan daripada semua pihak untuk melihat dirinya bangkit dan berjaya. “Jika dilihat pengacara hebat tanah air pun pernah menjadi ‘orang baru’ dan mereka juga jadi bagus secara berperingkat. Saya harap saya juga begitu. 



loading...


“Bagi saya proses untuk menjadi bagus itu bukan mudah. Apa yang saya lalui sekarang adalah proses pembelajaran. Doakan kejayaan saya,” katanya. Famili Duo adalah program realiti berkongsepkan pertandingan nyanyian famili dengan menampilkan 40 pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular dan ahli keluarga mereka. Selain menyaksikan pembabitan Uyaina sebagai pengacara, program terbabit turut menampilkan Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap.

Kini Uyaina Arshad Pula Mendapat Kejutan Dari Kekasih Di Live Meletop. Ibunya Restu Jadi Menantu.

Minggu lepas, satu Malaysia dikejutkan dengan lamaran pelakon Kamal Adli terhadap pilihan hatinya Uqasha Senrose ketika berlangsung Anugerah MeleTOP Era 2020. Pelakon lelaki itu mengeluarkan cincin di atas pentas ketika menjadi penyampai anugerah, sementara Uqasha pula teruja melihat tindakan berani kekasihnya itu. Kini, giliran pengacara jelita Uyaina Arshad pula mendapat kejutan secara siaran langsung menerusi kaca televisyen.


Aktres drama Perempuan Tanpa Dosa itu dilihat gagal menahan air mata sewaktu menonton ucapan yang diberikan oleh ibunya tatkala mengacarakan program MeleTOP semalam. Bukan itu sahaja, dia dan Nabil dikejutkan pula dengan kehadiran seorang ‘rider sesat’ yang masuk ke set secara tiba-tiba.


Rupa-rupanya, individu di sebalik helmet tersebut merupakan buah hati aktres berusia 28 tahun itu yang juga seorang pelakon iaitu Raja Syahiran. Seterusnya mereka dikejutkan lagi dengan kehadiran ibu serta abang Uyaina yang muncul dari belakang pentas. Dalam pada itu, ibu Uyaina iaitu Siti Noor Farah sempat memberitahu Raja Syahiran bahawa dia mempunyai kualiti seorang calon menantu yang bagus apabila menjawab soalan daripada Nabil.

Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina adalah seorang pengacara, pelakon, model, dan usahawan Malaysia. Dia mula menjadi perhatian ramai setelah menjadi pengacara program Nona (2016-2017) dan Wanita Hari Ini (2017-kini). Sumber: Youtube MeleTOP

Uyaina Akui Dia Dapat Banyak Tawaran Belakon. Tapi Akhirnya Dia Terpaksa Tolak Tawaran Itu Hanya Kerana Sesuatu Ini.

Ketika dunia berdepan dengan pandemik COVID-19, pastinya ramai yang terkesan dan antara yang terpalit sudah tentunya golongan selebriti. Malah, pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad antara individu yang menerima impak.

Menurut Uyaina Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, dia terpaksa menolak banyak tawaran untuk membangunkan kerjaya seni di Indonesia berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat. Menurutnya, dia akui jauh dari sudut hatinya berasa agak sedih dan kecewa kerana keadaan pandemik berpanjangan, namun dia yakin semua yang terjadi mempunyai hikmah.

“Sebelum ini saya aktif mengacarakan banyak program untuk siaran stesen televisyen Indosiar seperti AKSI Asia, D’ Academy Asia, AKSI Indonesia, Golden Memories Asia dan banyak lagi. Namun begitu, semenjak pandemik, saya sedih kerana harus menolak banyak tawaran. Kita semua pun masih belum boleh ke luar negara. Kecewa juga bila pandemik berpanjangan tetapi saya tetap bersyukur dan yakin, semua perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya,” katanya.

Jelasnya, jika sebelum ini sentiasa sibuk berulang alik ke Jakarta dan Kuala Lumpur, kini dia boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga. “Selain itu, saya boleh mengembangkan kerjaya di Malaysia. Alhamdulillah, saya menjayakan beberapa tawaran drama dan saya juga aktif sebagai pengacara,” katanya.

Tular Apabila Komen Zizan Razak Itu Dibalas Oleh Kekasihnya. Kini Uyaina Tampil Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.

Foto pelawak Zizan Razak bersama Uyaina Arshad berserta kapsyen seakan-akan ingin memikat aktres itu yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini menarik perhatian warganet.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, bagaimanapun menganggap kapsyen itu sekadar gurauan memandangkan Zizan mengetahui hubungannya dengan penyanyi Raja Shahiran.

Malah, Uyaina turut terhibur membaca komen balas Zizan kepada Raja Shahiran yang mendoakan agar hubungan dia dan penyanyi itu kekal hingga ke jannah.


Komen balas Zizan mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal hingga ke jannah.

“Gambar tu diambil selepas kami selesai merakam satu babak bersama dalam telemovie Puteri Bulan. Saya tahu dia bergurau, saya tak kisah pun… lagi terhibur ada la. Dia pun sebenarnya tahu saja saya rapat dengan Raja Syahiran, jadi tak ada isu pun. Lagi saya rasa kelakar bila Zizan balas komen Raja Shahiran macam itu,” katanya kepada mStar.

Spekulasi hubungan cinta Uyaina dan Raja Shahiran mula timbul selepas foto pasangan itu berpakaian sedondon ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular pada 7 September lalu.

Menerusi laporan mStar pada 25 September lalu, Raja Shahiran mengakui dia dan model muslimah itu kini dalam fasa mengenali satu sama lain. Dalam pada itu, Uyaina yang terkenal dengan watak Usu Sakinah dalam drama Perempuan Tanpa Dosa memberitahu dia belum mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa kini. Menurut Uyaina, dia mahu memberi perhatian kepada karier seni terlebih dahulu selain ingin mencuba pelbagai watak di masa hadapan.


Foto Uyaina memakai pakaian sedondon dengan Raja Shahiran di majlis resepsi Mira Filzah.

“Di usia ini, saya bukan main-main dah mencari pasangan, cuma sekarang kami lebih fokus kepada karier masing-masing. Lagipun masih baharu sangat bertapak dalam industri seni. Kalau boleh saya nak cuba watak lain sikit… saya nak orang nampak bakat saya. Nak jadi pelakon yang versatile tak boleh duduk dalam zon selesa, kena banyak cuba benda baru,” ujarnya. via Era Kini


Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post