lJika anda pernah dijilat kucing, pasti anda dapat rasa bahawa lidahnya mempunyai tekstur yang kasar dan tajam kan? lidah kucing
Sebab mengapa lidah kucing mempunyai tekstur yang sangat kasar adalah kerana ia mempunyai ‘duri’ atau ‘cangkuk’ di permukaan lidahnya atau dikenali sebagai papillae yang menghadap ke bahagian belakang.
ARTIKEL MENARIK:Sering angkat kucing di bahagian tengkuk. Ini perkara yang anda perlu tahu.
Papillae tersebut mempunyai bentuk dan sudut yang hampir sama dengan kuku kucing. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan yang hebat dan penting buat kucing.
Bukan sahaja kucing domestik, kucing besar seperti singa dan harimau juga mempunyai lidah berduri yang sama bentuk.
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah fungsi duri pada lidah kucing?
Membersihkan diri
Bagi kucing, mendandan atau membersihkan diri dengan menjilat bulunya adalah satu rutin yang amat pening, malah kucing menghabiskan banyak masanya untuk membersihkan diri.
Dengan menjilat dirinya, kucing dapat membuang kotoran di bulu dan kulitnya, serta membuang bulu yang gugur daripada badannya dan dapat mengurangkan bau badan yang boleh menyebabkan ia dihidu oleh pemangsa.
Selain itu, ia juga merupakan cara kucing merapatkan hubungan dengan kucing lain dan juga pemiliknya.
Membantu kucing makan…
Papillae juga mempunyai kegunaannya tersendiri ketika kucing makan dan minum.
Duri-duri kecil berkenaan digunakan untuk mencarik dan menanggalkan daging daripada tulang, membolehkan mereka mengekstrak nutrisi daripada mangsa dengan pantas dan efisyen.
…Dan juga minum
Selain itu, ia turut membantu kucing ketika minum. Apabila kucing minum, ia menggunakan lidah mereka dengan menggerakkannya ke atas ke bawah dengan laju untuk ‘mengangkut’ air ke dalam mulut.
Papillae pada lidah kucing membantu mereka menarik air dari permukaan, mewujudkan lajur yang kucing kemudian menutup mulut mereka.
Menyejukkan diri
Apabila kucing menjilat bulu mereka, mereka juga sedang menyejukkan badan mereka. Duri pada lidah kucing mempunyai rongga dan ruang di dalam setiap papillae yang dapat menyedut air liur dari mulut kucing semasa ia membersihkan diri.
Kucing membasahkan bulunya setiap kali ia menjilat tubuh, dan air liur pada bulunya akan menyejat secara beransur-ansur, menyejukkan permukaan kulitnya.
Ini mewujudkan penurunan suhu antara permukaan kulitnya (yang hangat) dan lapisan luar bulunya (yang lebih sejuk), jadi haba bergerak menjauhi permukaan badannya.
Kucing hanya mengeluarkan peluh di kawasan yang tidak berbulu seperti tapak kaki mereka, jadi cara penyejukan melalui penyejatan dengan menjilat tubuh mereka adalah penting untuk kucing mengawal suhu badan mereka, terutama bagi kucing yang berbulu tebal.
Sumber: Verst via apampink
إرسال تعليق