Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil berkongsi kisah suka dan dukanya sepanjang percintaannya dengan isteri tersayang, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz
Menurut Fazley, ramai yang telah mendengar kisah perjalanan hidup mereka berdua dan mungkin kisah tersebut adalah benar.
ARTIKEL MENARIK:“Saya Boleh Ambil Telefon Dan Cuba Hubungi Nynaa, Terus ‘Voicemail’, WhatsApp Pun ‘Single Tick’,” – Suami Pelakon Nynaa Harizal
“Buat yang tahu, mereka tahulah kisah kami. Buat yang dengar kisah, mungkin banyak yang betul.
“Buat yang tak pernah tahu, tapi dah agak, betul jugalah tu.
“Benar, percintaan kami yang berusia 17 tahun dan perkahwinan kami yang hari ni genap 15 tahun, terbina dari airmata kami berdua.
“Airmata keluarga kami dan juga air mata ramai penyokong kami.
“Pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat ,sahabat-sahabat, rakan-rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-samar kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.
“Walaupun dengan 13 kali keg.guran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur kehadrat Ilahi,” katanya.
Tambahnya dia juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya kerana telah banyak berkorban untuk dirinya dan anak-anak.
“Buat Adik sayang, our journey has been a rollercoaster ride, sejak hari pertama hingga sekarang.
“But we grew stronger after every test and hurdle. Doa kepada Allah merupakan pelindung terhebat.
“40 hari membaca Yassin sejak hari pertama juga menjadi benteng kekuatan kepada orang yang mahu melihat kami berpecah.
“Terima kasih atas semua pengorbanan. Kamu tinggalkan semua untuk bersama saya yang ketika itu tiada apa-apa.
“Saya bersyukur ada kamu sebagai isteri. Selamat ulang tahun ke 15 Adik Sayang.
“Terus kuat untuk semai cinta dan sayang kepada anak-anak,” katanya.
Fazley berkata demikian menerusi satu posting di Instagram.
Video:
https://www.instagram.com/tv/CV9BsXrFUcs/?utm_source=ig_web_copy_link
Sekadar info, Fazley dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Pasangan itu kemudian mengadakan majlis persandingan semula sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka ke-13 pada 2018.-Sumber: Gempak.
Dato Fazley Kini Cari Suami Baru Untuk Ibu Tapi Kecantikannya Ibu Pula Jadi Perhatian.
Bergelar ibu tunggal tanpa suami sebagai peneman di sisi pastinya sedikit sebanyak mengundang rasa sepi buat sesetengah wanita. Namun dengan kehadiran anak-anak tercinta yang menjalankan tanggungjawab menjaga dengan baik, ia merupakan anugerah paling bahagia. Pun begitu bagi Dato’ Fazley Yaakob, nampaknya beliau mempunyai cara tersendiri untuk menggembirakan ibu tercinta.
Bismillah…Saya nak cari jodoh untuk ibu saya
Beberapa jam lalu menerusi Facebook rasmi chef terkemuka ini, beliau telah membuat sebuah posting bagi mempromosikan soal pencarian jodoh buat ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latif. Antara kriteria calon suami yang dicari semestinya bukanlah ‘laki orang’, berusia sekitar 60-70 tahun dan ikhlas mencari kebahagiaan dunia akhirat. Jelas Dato’ Fzley lagi, semuanya dilakukan untuk kegembiraan wanita tersebut.
Pernah trauma & depress apabila suami dijemput Ilahi 2016 dahulu.
Terdahulu menerusi perkongsian bersama portal Nona, Datin Umi pernah mendedahkan dirinya trauma dan depress setelah mengalami pemergian suami tercinta pada tahun 2016.
Malah akibat terkejut sehingga kesihatannya terjejas, beliau sendiri tidak masuk ke dapur dan seakan-akan kehilangan minat memasak kerana semua itu akan mengingatkannya kepada Allahyarham.
Pernah jumpa kat hotel, maknya memang cantik…Putih gebu pandang tak jemu.
Menjengah ke ruangan komen, netizen terus mendoakan yang terbaik moga-moga ‘misi’ tukang masak terkenal itu berjaya. Tidak ketinggalan juga, begitu ramai yang memuji kecantikan Datin Umi di usia 68 tahun kerana nampak masih awet muda.
Sumber: Kisah Dunia
Kredit -Era Kini
إرسال تعليق