Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini ada memberi respon di Instagram story baginda mengenai isu yang dipertikaikan mengenai kekayaan yang dimiliki oleh Kelab Bola Sepak JDT.
Menjadi Kaya Hasil Kaut Keuntungan Projek Di Johor
ARTIKEL MENARIK:Harith Iskander Kecewa Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri Hanya Kerana Tukar Siaran TV
via Instagram hrhcrownprinceofjohor
Menurut perkongsian di Instagram Story, baginda menyatakan ada pihak yang mendakwa seolah-olah Kelab Bola Sepak JDT menjadi kaya kerana mengaut projek-projek yang terdapat di Johor.
Baru-baru ini ada page bola unofficial yang diuruskan oleh individu yang menguruskan kelab bola sepak memainkan persepsi seolah-olah Kelab Bola Sepak JDT menjadi kaya kerana mengaut projek-projek di Johor.
Berniaga Semenjak Tahun 1897
via Instagram hrhcrownprinceofjohor
Tunku Ismail juga turut menyatakan bahawa Keluarga Diraja Johor berniaga semenjak tahun 1897 dan keluarga baginda bukan baru sahaja menjadi kaya hasil daripada mengaut duit kerajaan dan duit rakyat.
Tambahnya lagi, Kelab Bola Sepak JDT merupakan kelab paling berjaya dalam negara sejak 9 tahun kebelakangan ini dan bukanlah kelab yang memberi janji manis dan mengambil duit kerajaan.
Sila Letak Jawatan Segera
via Instagram hrhcrownprinceofjohor
Baginda juga menyatakan peruntukan yang diberikan kepada sesebuah kelab sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat Selangor dan juga rakyat.
Baginda juga turut memberi nasihat kepada pucuk pimpinan dan seluruh pengurusan kelab Bola Sepak Selangor untuk letak jawatan segera kerana tiada pencapaian yang dicapai oleh kelab itu sejak 6 tahun.
Nasihat saya, kepada pucuk kepimpinan dan seluruh pengurusan sila letak jawatan segera. Sampi bila nak menggunakan peruntukan Negeri demi menguntungkan poket individu yang berada dalam kelab.
Tambah baginda, baginya tidak perlu menyeru penyokong untuk bersatu memberi sokongan sedangkan pimpinan dan pengurusan kelab tersebut adalah punca kegagalan kelab.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق