Jikalau rasa mengeluh kerana belum kaya, hakikatnya ramai lagi orang di luar sana yang lebih miskin dari kita. Bagi yang mengikuti perkembangan influencer Fila Amir bersama suaminya Adama Mohamed Camara, pastinya dapat melihat banyak dugaan yang dilalui penduduk di Guinea, Afrika Barat.
Sebelum ni terpaksa beli air…sekarang boleh dapat di telaga & pam air sumbangan rakyat Malaysia.
ARTIKEL MENARIK:“Wah untunglah suami kaya, bole bg semua ni. Tk mcm saya, suami xde duit”. Surirumah tk guna, bila xdpt diaibkan suami
Menerusi Instagramnya, Fila Amir berkongsi bahawa penduduk beberapa kampung di kawasan padalaman terpaksa membeli air demi urusan harian masing-masing. Justeru, dia bersama suami meluahkan rasa terharu susulan telaga dan pam air telah siap dibina di sana berkat sumbangan wakaf rakyat Malaysia.
Muntah tak henti, sampai separuh plastik hitam…tapi bila tengok pak cik mak cik happy dapat telaga memang tak menyesal
Dalam pada itu, wanita berumur 26 tahun berkenaan akui dirinya tidak boleh makan banyak sebelum merantau jauh untuk masuk ke bahagian pedalaman selain jalannya juga tidak rata. Namun setibanya di sana, dia tidak sampai hati menolak makanan yang disediakan. Gara-gara itu dia akhirnya muntah sepanjang perjalanan balik, namun langsung tidak menyesal apabila melihat wajah gembira penduduk tempatan selepas menerima sumbangan tersebut.
Sedih & terharu tengok mereka syukur dapat nikmat air…semoga pengorbanan terbalas dengan pahala.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh apabila melihat penduduk di sana teruja dapat air percuma. Selain berharap Fila kembali sembuh daripada mual, mereka turut memuji jasa pasangan suami isteri berkenaan menyampaikan amanah dari Malaysia bagi membantu masyarakat di sana.
Kredit - IG filaamir via apampink
إرسال تعليق