“Isteri jumpa mesej ‘baby’ dalam handphone suami, sakit jantung pun ada hati nak menipu – “Dapat MC sebulan, dia kata dua minggu je””

LULUH hati seorang isteri sebaik mengetahui suaminya curang dengan wanita lain. Pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang terpaksa dihadapi oleh wanita berkenaan.

“Isteri jumpa mesej ‘baby’ dalam handphone suami, sakit jantung pun ada hati nak menipu – “Dapat MC sebulan, dia kata dua minggu je””



“Semalam aku baru dapat bukti suami aku curang. Aku sempat screenshot mesej dia dengan perempuan tu. “Siap ‘berbaby baby’ lagi, kurang ajar betul. Nama aku dekat telefon dia letak nama penuh,” demikian luahan seorang wanita di halaman Facenook Kisah Rumah Tangga.

ARTIKEL MENARIK:Tak sngka ayah sndiri ckp blakang ttg aku dan suami, sbb tu jgn duk sebumbung dgn ibubapa lps kawin.



Isteri malang dalam dilema sama ada mahu menuntut penceraian.

Wanita malang itu memberitahu, dia dan suaminya menjalani perhubungan jarak jauh kerana suaminya bertugas di luar kawasan.

Bagaimanapun katanya, suaminya kini berada di rumah kerana sakit.

“Ni dia ada kat rumah sebab MC (cuti sakit) sebulan sebab sakit jantung. Itu pun tak sabar nak balik tempat kerja dia tipu aku kata MC 2 minggu je.

“Penipu! Padahal nak balik sana jumpa perempuan tu. Aku kat sini kemain (bukan main) jaga anak dia. Pagi-pagi buta dah keluar hantar anak sekolah dengan rumah pengasuh.

“Dia siap main betina lagi. Geramnya rasa. Bila aku tanya buat bodoh je tak nak mengaku. Aku dah tawar hati dengan sikap suami, patutkah aku minta cerai,” katanya sambil meminta pandangan.


loading...


Luahan seorang wanita menjadi perhatian netizen.

Rata-rata netizen berang dengan kecurangan suami wanita itu, dan memberi pelbagai reaksi mengenai masalah rumah tangganya.

Kebanyakannya juga mengaitkan dengan penyakit jantung yang dihidapi suami curang itu.

“Kemain ada sakit jantung pun nak buat hal. Sabarlah sis. Tak lama dia pulang ke tempat asalnya lah tu,” komen seorang netizen.

Dah la sakit kronik, buat maksiat pula. Allah bagi sakit tu buat ingat supaya lebih dekat dengan Allah.

NETIZEN

“Sedekah jelah kak kat perempuan tu. Dah la sakit, bukan nak beringat pasal kematian. Ni boleh pula bersuka-suka dengan perempuan lain. Tapi sebelum tu suruh dia hibahkan harta dia dulu,” ujar seorang lagi.

“Dah la sakit kronik, buat maksiat pula. Ingatlah diri tu sikit, tengah buat maksiat, Allah tarik nyawa tu. Allah bagi sakit tu buat ingat supaya lebih dekat dengan Allah, ini makin lagi buat dosa,” kata netizen lain memberi pandangan.

Antara komen dan pandangan netizen.

Malahan, segelintir netizen memberi nasihat dan pandangan yang lebih ekstrem.

“Saya nasihatkan rajin-rajin buat kejutan dalam tempoh dua minggu ni. Lempar ular ke, hantu pocong ke. Kerapkan kejutan tu. InsyaAllah masalah ini akan selesai dengan tenang. Cubalah,” kata seorang wanita.

“Masa dia ada kat rumah tu. Pasang ceramah tajuk kematian. Dia kan sakit jantung. Mesti takut dah hal dunia. Nanti kejar akhirat pula,” komen seorang lagi netizen.

Sumber Mstar via figuraku.com

Kredit -

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم