Di media sosial, tvlar mengenai rakaman video Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang dias4k dengan persoalan dan keluahan m4ngsa banjir ketika melakukan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat pada Selasa.
Fizz Kongsi Pandangan Peribadi
ARTIKEL MENARIK:“Tuhan Memahami, Kenapa Nak Halang Cinta Sejenls ” – Lain macam Puteri Balqis sekarang
Video tesebut turut dimuatnaik di akaun Instagram pelakon, Dato Fizz Fairuz yang berkongsi pandangan peribadinya terhadap isu kelewatan menyelamat dan memberi bantuan kepada m4ngsa b4njir.
“Mewakili rakyat.. Benar.. Itu sangat benar.. Bayangkan yang bercakap itu ibu kita? Apa korang rasa? Mana tanggungjawab setiap orang yang di amanahkan untuk menjaga? Mana janji-janji sebelum dan selepas? Mana?
Kenapa perlu orang lain masuk dulu sebelum mereka? Saya dah habis ak4l… Nasib baiklah rakyat ni berperikemanus1aan.. Entah lah.. Ikut kan hati, s4kit hati jer.. Tapi apa kan daya, korang yang percaya janji-janji manismu..” Katanya
Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati
Melihat rakaman video yang dikongsi Fizz, orang ramai turut memberi pandangan dan krit1kan terhadap pengurusan kerajaan yang lewat dalam mengendalikan benc4na yang men1mpa rakyat.
Sekadar info, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor sebelum ini merupakan Noh yang telah dilantik sejak bulan November 2021.
Difahamkan. menerusi sebuah pengumuman yang dibuat, Amirudin akan menjawat semula jawatan tersebut serta merta di mana Pengerusi MKN sesebuah negeri lazimnya merupakan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri tersebut.
“Warga Indonesia selamatkan kami, mana agensi kerajaan?”, Kata2 Mak Cik ini Buat Noh Omar Terkedu
“Warga Indonesia selamatkan kami, mana agensi kerajaan?”, keluhan mangsa banjir ini buat Noh Omar terkedu.
Seorang mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor meluahkan rasa kecewanya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkenaan ketiadaan bantuan segera daripada agensi kerajaan pada hari pertama penduduk terperangkap.
Sedutan video kenyataan wanita itu yang tular di media sosial antara lain menyebut terdapat tiga rakyat Indonesia mendayung sampan membantu untuk menyelamatkan anak seorang mangsa banjir yang terperangkap di atas bumbung rumah.
“Kalau Tan Sri nak tahu, hanya menolong kami rakyat Indonesia, mendayung sampan sampai tiga orang, untuk menyelamatkan anak kakak ini yang terperangkap atas bumbung rumah, daripada pukul 12 tengah malam sehingga 4.30 pagi, 5.30 pagi.
“Itu (rakyat Indonesia) yang menolong kami rakyat asing. Di manakah agensi kerajaan pada masa itu?” soalnya kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang itu.
Untuk rekod, kira-kira 100 penduduk di Taman Sri Nanding terperangkap dalam bah pada 19 Disember lalu dan terpaksa berlindung di bumbung Surau Al Munir lebih 12 jam.
Noh yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dilihat mendengar dan mengangguk-anggukkan kepala sepanjang kira-kira dua minit wanita itu bersuara.
Lebih sedih, mangsa yang juga penduduk di Taman Sri Nanding itu mendedahkan kegagalan pihak agensi kerajaan untuk bertindak segera dalam operasi menyelamat walaupun telah dihubungi ketika mangsa bah dalam keadaan kritikal.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu kemudiannya bertanyakan sama ada pihak bomba telah dihubungi.
Wanita yang bercakap dengan nada tenang dan ayat tersusun itu memberitahu bukan sahaja bomba bahkan pihak lain turut dihubungi untuk meminta bantuan.
“Bomba kami call, JPAM kami call, even Kem Sungai Besi kami call. Buletin Utama punya penerbit TV3 pun kami call.
“Masing-masing menolong untuk mendapatkan bantuan kepada kami yang terperangkap dalam rumah seramai 30 orang. Tiada satu pun agensi kerajaan yang datang menolong kami.
“Kenapa agensi kerajaan datang pada masa air yang sudah surut? Pada masa keadaan kritikal, air sudah sampai tahap bumbung rumah, tiada sebarang agensi kerajaan datang menolong.
“Kecuali JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) , yang difahamkan saya JPAM hanya menghantar tiga bot dalam kawasan seluruh Hulu Langat.
“Sudah tentu Tan Sri, tiga bot tidak mencukupi untuk menolong semua warga Hulu Langat”
“This is common sense ‘kan Tan Sri? Di mana perginya tentera kita?” soal mangsa banjir itu lagi sambil disaksikan seorang individu berbaju kurung jingga dipercayai pegawai kerajaan.
Sebaliknya, mangsa banjir itu turut memberitahu, pihak tentera ada membantu penduduk terjejas ketika banjir pada tahun 2014 walaupun paras air ketika itu tidak setinggi seperti bah pada 19 Disember lalu.
“Air hanya dalam keadaan paras paha, tapi tentera ada menolong kami. (Tapi) dalam masa kami dalam keadaan kritikal, pada hari Ahad, tiada sebarang agensi datang menolong kami kecuali JPAM. Sunyi sepi.
“Sampai saya meminta bantuan daripada salah seorang sahabat saya, masuk dalam Twitter. Walaupun Istana Negara kita masuk minta bantuan.
“Tiada seorang pun datang menolong kami. Jadi, kami berharap, rakyat bagi pihak Taman Sri Nanding terutama warga Hulu Langat memohon jasa baik… ,” tambah wanita berkenaan lagi.
Sumber : Murai my/ Viral.capucinnolatte.comvia
إرسال تعليق