“Ramai Beratur Rest0ran Terkenal, New H0llyw0od.” Sek4li Jabatan Ag4ma Ded4h Status Sijil Hal4l

Kalau datang bandar Ipoh, antara benda yang orang akan serbu adalah makanan doranglah kan?

“Ramai Beratur Rest0ran Terkenal, New H0llyw0od.” Sek4li Jabatan Ag4ma Ded4h Status Sijil Hal4l



Antara tempat yang selalu orang pergi adalah Restoran New Hollywood. Kedai makan ni, memang penuh dengan orang waktu sarapan. Tapi kalau lambat bangun, memang tak sempatlah nak merasa.

ARTIKEL MENARIK:“Doakan semoga kami bahagia” – Lelaki Sarawak Kahwini 2 Wanita Serentak


Namun begitu, selepas restoran ini terus mendapat tempat di hati orang-orang yang berkunjung ke Ipoh, ramai juga yang mempersoalkan sama ada restoran ini halal atau pun tidak.

Ekoran ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah pun mengeluarkan kenyataan yang menjadi kekeliruan orang ramai ini

JAIPk telah pun mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia.

Selain itu, JAIPk turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan sesuatu premis mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya was-was.


“Jangan cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana tanda HALAL adalah jika operasi dan bahan makanan menepati syariat.”


Bagaimanapun, sebelum ini menerusi The Star pemilik restoran ini ada memberitahu bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah, jadi bagi mengekalkan kredibiliti restorannya ini, Chan telah memastikan segala bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada pembekal yang mempunyai sijil halal.

Jadi, tepuk dada tanya selera…


loading...


Jaga perut elak makanan haram, syubhah

SETIAP apa juga kejadian yang dicipta Allah SWT terutama kepada manusia mempunyai faedah dan tujuan tertentu. Ketahuilah Allah SWT menjadikan perut untuk beberapa kebaikan di dunia dan akhirat.

Kita sememangnya perlu menjaga perut daripada makanan yang syubhah serta haram kerana perbuatan itu akan menjadi halangan tatkala kita berusaha menuju kepada reda Allah SWT.

Kita hendaklah bersungguh-sungguh menjaga perut daripada yang haram dan syubhah kerana tiga faktor iaitu:

1. Kita perlu takut azab api neraka kerana perbuatan itu bukan saja mendapat kemurkaan Allah SWT, malah menjadi sebab kita akan dihumban ke dalamnya. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.” (Surah An-Nisa, ayat 10).

2. Tidak mendapat pedoman yang benar dalam melakukan ibadat. Ini juga sebab mengapa setiap ibadah dilakukan tidak merasa nikmat, malah terasa lebih berat untuk melakukannya.

3. Ibadat tidak diterima atau tidak dimakbulkan. Orang yang makan makanan haram dan syubhah ditegah mengerjakan kebajikan. Jika dikerjakan juga, maka ia tidak diterima. Rasulullah SAW bersabda: “Berapa ramai orang yang bangun malam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya itu melainkan hanya berjaga malam dan berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya selain lapar dan dahaga.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Sumber info: Lobak Merah  via ROSE MERAH

-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم