Sedia beri kerjasama jika dipanggil pihak berkuasa. Raysha Rizrose tampil dedah hal sebenar yang terjadi di Majlis Resepsi Uqasha .

Kini Uqasha Senrose dan Kamal Adli berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, namun kontroversi tercetus setelah tularnya video di sepanjang majlis resepsi serta malam berinai mereka.

Sedia beri kerjasama jika dipanggil pihak berkuasa. Raysha Rizrose tampil dedah hal sebenar yang terjadi di Majlis Resepsi Uqasha .



Berlangsung meriah pada 15 Disember di Genting Highlands, pihak polis (PDRM) juga sahkan telah membuka kertas siasatan setelah laporan dibuat atas dakwaan ada unsur-unsur mengingkari SOP PPN Fasa 4.

ARTIKEL MENARIK:“Tuhan Memahami, Kenapa Nak Halang Cinta Sejenls ” – Lain macam Puteri Balqis sekarang


VIDEO:

https://www.facebook.com/watch/?v=1600628443617937

Akan tetapi, pihak berkuasa membuat keputusan untuk menunggu pasangan selebriti berkenaan menyelesaikan dahulu ibadah umrah buat masa sekarang. Sehinggalah proses kuarantin sudah selesai nanti, siasatan lanjut akan dibuat selain memanggil beberapa pihak lain yang terlibat seperti tetamu dan juga pemilik lokasi majlis.


Tidak ketinggalan, Michael Ang yang sebelum ini sempat memuat naik rakaman sekitar majlis itu juga mengatakan tiada masalah bagi memberikan kerjasama.

Tegas pengarah dan penerbit ini, hingga kini tiada langsung berita tetamu yang hadir disahkan positif c0v1d-19 apalagi mereka semua sudah menjalani ujian saringan serta mengimbas MySejahtera tatkala diundang ke resepsi terbabit dahulu.

VIDEO:

https://www.instagram.com/tv/CX-dca2qeug/?utm_source=ig_web_copy_link

Raysha Rizrose, adik kepada Uqasha turut menafikan wujudnya dakwaan tidak mematuhi SOP sekali gus mendedahkan hal sebenar. Paparan kelibat tetamu yang tidak memakai mask berlaku sekejap sahaja memandangkan ketika itu mereka baru selesai membuat sesi photoshoot bersama pengantin.

Dengan bilangan jemputan yang begitu terhad, dia yakin semuanya ada kesedaran untuk sentiasa berjaga-jaga.



 

Sumber:Kisah Dunia via dnq

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Didkwa Anjur Majlis Tanpa SOP Yang Betul. Ketua Polis Sudah Buka Kertas Siasat Majlis Perkahwinan Selebriti Terkenal .

SUSULAN majlis resepsi persandingan artis iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang menimbulkan kemarahan ramai, pihak polis akan memanggil pasangan selebriti itu selepas mereka pulang daripada mengerjakan umrah bagi membantu siasatan atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan majis pada 15 Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, selain pasangan pengantin, polis juga akan memanggil kesemua tetamu dan pemilik villa di Genting Highland, Pahang yang menjadi lokasi majlis berkenaan.

“Pengantin, tetamu, penganjur dan pemilik villa yang berkaitan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kita boleh kesan daripada senarai nama dan RSVP yang ada… saya yakin pasangan selebriti ini juga ada senarai nama tetamu yang mereka jemput.

“Tak apa, pengantin tunaikan amal ibadah (umrah) mereka dahulu, tunggu balik… dah selesai kuarantin barulah kita akan panggil. Ini hanya kes melanggar SOP,” katanya.

Pasangan mempelai berkeaan berangkat menunaikan umrah di Makkah pada 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu pada 10.30 malam tadi yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan perkahwinan pasangan itu di sebuah villa di Genting Highlands.


Menurutnya, hasil siasatan pihak polis, majlis itu berlangsung pada 8.30 malam, 15 Disember lalu. Susulan itu polis menjalankan siasatan awal dan mendapati terdapat tetamu yang hadir ke majlis itu tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan.

Sementara itu pengarah drama terkenal Michael Ang turut dilihat berkongsi foto dan video dipercayai pada majlis resepsi dan malam berinai sementara Anuar Zain antara tetamu diundang membuat persembahan.

Menerusi video pada majlis malam berinai, pasangan pengantin turut dilihat menghiburkan tetamu yang hadir dengan tarian lagu-lagu Bollywood.

“Menerusi video itu, terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.


loading...


“Keadaan itu dilihat melanggar SOP PPN Fasa 4 dan polis sudah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, justeru, pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu.

“Kes disiasat mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Zaiham berkata, justeru, pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu. Jelasnya, k.es disiasat di bawah Peraturan 17 1 Peraturan-Peraturan Pencnegahan dan Pengawalan Pmenyakit Berjmangkit PPPB 2021 kerana tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjmarakan fizikal.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan in.siden ini serta menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Untuk rekod Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu.

Pasangan ini meraikan kisah cinta mereka dalam sebuah majlis persandingan mereka di Puncak Dani, Genting Highlands pada 15 Disember lalu, majlis tertutup untuk keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Alhamdulillah Kamal Dan Uqasha Dah Berangkat Tunai Umrah. Sekali Ini Yang Kamal Dan Uqasha Minta Pada Semua.

Umum tahu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose memilih Tanah Suci Mekah sebagai destinasi ‘pre honeymoon’ selepas berkahwin pada 5 November lalu. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kamal dan Uqasha telah berangkat Tanah Suci Mekah pada malam Khamis.

Di kesempatan itu, Kamal, 35, memohon agar semua pihak memaafkan kesilapan mereka sama ada secara sengaja ataupun tidak. Bismillahirahmanirrahim. Kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah. Maafkan kami semua.

Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli menyatakan dia dan Uqasha, 29, akan mendoakan untuk orang yeng terlibat dengan banjir yang sedang diuji dengan bencna alam ‘besar’. Salam takziah untuk semua mngsa banjir. Kami akan doakan Allah akhirkan bencna ini insya-Allah. Salam semua. Terima kasih untuk ucapan kahwin kami.

https://www.instagram.com/p/CX1ECSwg2JL/


Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan ketika berada di sana. Turut sama berangkat adalah adik kepada Uqasha iaitu Nelydia Senrose dan juga suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid serta aktres Aprena Manrose.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mendedahkan mereka sudah berkahwin pada 5 November lalu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Sumber: Oh Bulan

Perkahwinan Uqasha Dan Kamal Menegejutkan Ramai Pihak. Kali Ni Fizo Omar Tampil Bagi Ucapan Untuk Kamal Adli.

Berita perkahwinan selebriti Kamal Adli dan juga Uqasha Senrose mengejutkan ramai pihak kerana sudahpun bernikah sebulan yang lalu pada 5 November. Rata-rata peminat dan kenalan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan supaya ikatan perkahwinan mereka itu berkekalan. Ini termasuklah rakan baik kepada Kamal yang turut menitipkan ucapan tahniah. Mereka dikatakan sama-sama membina nama dalam industri pada tahun 2007 iaitu pelakon kacak Fizo Omar.

“Tahniah sahabat! So happy for you both, lovely birds. Pandai korang cover line ek..” kata Fizo di ruangan kapsyen Instagram. Bercerita lanjut detik perkenalan pada mula mereka masuk dalam industri seni, Fizo mengatakan mereka memasuki industri melalui rancangan Pencarian Hero Remaja pada ketika itu.

Tambahnya lagi, Fizo ketika itu baru sahaja menghabiskan pengajiannya di UiTM dan meneruskan kariernya sebagai pemain bola, manakala Kamal pula masih lagi belajar pada waktu itu. “Dulu kitaorng xde duit beb! Nak beli baju utk photoshoot mmg xde bajet la.so mix n match la ape yg ade.aku pakai baju ko n ko pakai seluar aku. haa mcm tu lah lebih kurang!

“Hari ni ko dah berjaya jd one the best actor in Malaysia n dah jadi suami orang dah. aku tau ur life journey mmg tough bro. skng ko dah dpt reward in ur carieer n dpt mak cik cantik tu wehh. So proud of u. u deserve it bro.” ujarnya lagi.

Fizo menzahirkan rasa gembira apabila sahabatnya itu bertemu jodoh dengan orang kampungnya dan menjemput Kamal untuk berjalan-jalan di Kelantan. Dalam pesanan gurauannya juga, Fizo berkata sifat manja Uqasha persis kucing parsi itu haruslah dijaga dengan elok dan sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada aktor tersebut.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad. Ditanya mengenai perancangan bulan madu mereka, Uqasha berkata dia dan suami merancang mengerjakan umrah bersama ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi

“Kami rancang mahu mengerjakan umrah pada 23 Disember ini bersama-sama kerana ia juga menjadi impian saya selepas berniat untuk kembali lagi ke Makkah dengan suami pula “Ketika umrah untuk kali kedua dulu, Kamal dan saya masih dalam proses mengenali hati budi. Jadi saya doa, kalau ada jodoh kami, permudahkanlah dan mahu ke Makkah lagi.

“Jika jodoh panjang, saya mahu kembali semula ke sana bersama pasangan (suami). Insya-Allah, Kamal pun belum pernah ke Makkah dan saya mahu jadi orang pertama membawanya ke Tanah Suci,” katanya. Terdahulu, pernikahan pasangan ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dan pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang.

Sumber : https://www.rotikaya.rimbabara.com/

Syukur Doa Jodoh Dengan Kamal Adli Depan Kaabah Dimakbulkan. Baru Sebulan Kahwin Terkejut Ini Jumlah Anak Yang Dia Mahukan.

SELEPAS mengumumkan sudah bergelar suami isteri sebulan lalu, pelakon Uqasha Senrose memberitahu rancangan mereka untuk menunaikan umrah pada 23 Disember depan sebelum berbulan madu. Menurut Uqasha, 29, tujuannya berangkat ke tanah suci Makkah buat kali ketiga adalah bagi merealisasikan hajat Kamal yang pertama kali mengerjakan ibadah tersebut.

“Pertama kali saya mengerjakan umrah sebelum menjalani penggambaran drama bersiri, Selepas Terlafaznya Akad bergandingan dengan Kamal. Cuma ketika itu, hubungan kami tak lebih sebagai rakan artis sahaja. “Alhamdulillah drama tersebut meletop dan selepas itu saya sekali lagi ke tanah suci bersama keluarga. Ketika itu kami sedang mengenali hati budi dan saya berdoa di depan Kaabah.

“Doa saya, sekiranya benar Ahmad Kamal Ahmad Adli adalah jodohku, Kau panjangkanlah jodoh kami dan jika sebaliknya, Kau pisahkan kami cara baik. “Alhamdulillah jodoh kami berterusan dan kerana itulah sebabnya saya berhajat untuk buat umrah sekali lagi demi memanjatkan kesyukuran atas doa jodoh yang dimakbulkanNya,” katanya kepada mStar.

Majlis nikah pasangan selebriti ini diadakan di Janda Baik.

Uqasha dan Kamal ditemui semasa sidang media pengumuman perkahwinan mereka yang diadakan di DeWan 1985 by Chef Wan @ The Linc, Kuala Lumpur pada Selasa.Pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu. Berita perkahwinan mereka terpaksa dirahsiakan kerana terikat dengan hak eksklusif bersama stesen penyiar Astro.

Teruja untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Kamal berkata ini kali pertama menjejakkan kaki ke tanah suci itu. “Ini pengalaman pertama saya buat umrah dan kami akan membawa bersama iringan-iringan doa yang baik-baik untuk kami berdua.

“Sudah semestinya saya tambah seronok sebab pergi tunai ibadah bersama-sama isteri. Doakan moga semuanya dipermudahkan,” katanya. Ditanya mengenai soal zuriat, pasangan ini mahu memiliki empat orang cahaya mata. Malah kakak kepada Nelydia Senrose tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Kamal dan Uqasha nikah pada 5 November lalu.

“Sejujurnya saya bersedia sekiranya ada rezeki hamil awal. Iyelah hal macam ni, sebaiknya tidak perlulah dirancang.“Kalau ada (rezeki anak), ada la. Kalau ikut Kamal, dia gembira sekiranya kami mempunyai empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan,” katanya.

Pada 6 Oktober lalu, mStar melaporkan Uqasha telah menganjurkan sebuah majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka. Pada Disember tahun lalu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020).

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mStar viaEra Kini




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم