Terkejut bila Caprice mula buka cerita bongkarkan ada kakitangan Jabatan Agama buat perkara tak senenoh pada isterinya.

“Sibuk dengan keluarga sekarang. Tanggungjawab sekarang dah lain sebab saya ada anak, dia berusia lima tahun. Banyak beza sebab dah ada isteri tetapi saya sangat suka dengan nama pentas baharu,

Terkejut bila Caprice mula buka cerita bongkarkan ada kakitangan Jabatan Agama buat perkara tak senenoh pada isterinya.



daddycap.” Tidak mahu lagi disapa dengan gelaran nama Caprice, lelaki berusia 33 tahun itu berkata, dia sedang dalam fasa menyesuaikan diri.

ARTIKEL MENARIK:Siti Nurhaliza, Aina Abdul & Haqiem Rusli Antara 10 Penyanyi Malaysia Paling Banyak Distrim Di Spotify 2021


Pendek kata, masih dalam fasa untuk cuba ‘bergaul mesra’ denga status sebagai seorang suami dan juga ayah. “Saya dah kenal Elis (isteri) kurang setahun. Jadi kami memang sudah ada keserasian. Tanggungjawab memang lagi besar, saya kena pastikan isteri dan anak okey.

“Saya perlu memastikan anak membesar menjadi manusia yang berguna. Saya bukan hanya fikir tentang diri sendiri tapi pasal dua orang lain yang amat bermakna dalam hidup. Saya sedang menyesuaikan diri dengan benda-benda baharu tersebut,” tuturnya yang mesra dibahasakan sebagai cap.

Diajak berbicara tentang bibit-bibit perkenalan dengan permaisuri hatinya, Elis, Cap memaklumkan mereka berkenalan melalui instagram dan ternyata jodoh itu adalah rahsia Allah yang paling misteri. Menjawab soal zuriat, baik Cap muhupun Elis, masing-masing bersyukur dengan kurniaan Aleesya dalam hidup mereka.

Buat masa sekarang, mereka ingin memberi fokus soal perniagaan, perfume mafia dan keluarga kecil yang sedia ada. ” Kita kenal dalam instagram. Saya ajak dia pergi makan tengah hari. Waktu itu, dia bawa bersama anaknya, Aleesya. Masa pertama kali jumpa anaknya di sebuah pusat beli belah, kami terus serasi.

“Saya pun tak tahu bagaimana boleh serasi dengan mudah tapi Elis beritahu, anak dia memang jenis susah nak ‘click’ dengan orang. Entahlah, dengan saya senang jadinya. Sejak dari itu, kami jadi kawan baik. “Sejujurnya, saya pun tak jangka akan berkahwin tapi selepas segala drama yang berlaku, ibu saya beri teguran. Dia cakap, hidup saya masih macam ‘Roller coaster’ disebabkan ada satu benda yang sayamasih buat.

“Banyak perkara jahat yang saya dah berhenti buat lama dulu tapi satu benda tak boleh tinggal adalah perempuan. Saya rasa semua orang tahu tentang itu. Orang cakap saya ‘Bad boy’ dengan geng buaya,” ceritanya. Tutur pelantun lagu Lenglui itu lagi, perkara lain yang membulatkan keputusanyya untuk berumah tangga adalah Aleesya sendiri.

Katana, dia sendiri terkejut apabila kanak-kanak berusia lima tahun itu mempersoalkan sesuatu yang melebihi jangkauan pemikiranyya. Dipendekkan cerita, masa tengah ‘lepak’, Aleesya tanya ‘mak dan daddy’ dah kahwin atau belum?

“Kanak-kanak usia sekecil itu tanya soalan sebegitu, saya macam terasa jugalah dan fikir terus nak halalkan hubungan kami. Pelik untuk kami ada hubungan yang belum halal selepas ditehur Aleesya,” katanya. Melanjutkan bicara, Cap mendedahkan, sebelum bergelar suami kepada Elis, dia berdepan kejadian yang membuatkan dirinya kian meluat dengan golongan agama yang bertopengkan Keinginan diri sendiri.

“Waktu itu, kami memang rancang nak kahwin dah. (Semasa persiapan itu) Elis ada beritahu saya, seorang kakitangan agama melakukan perkara tidak senonoh. Kakitangan itu ‘kacau’ Elis, tanya macam-macam soalan yang tidak sepatutnya menerusi whatsapp secara peribadi.

“Kalau dia tahu bakal suami wanita yang diganggungnya adalah saya, dia takkan buat semua itu. Saya cakap dengan Elis, saya nak pergi gegar pejabat dia. Tarik dia keluar, lempang dan bglkan dia. Pasang kamera,biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah,” dedahnya.

Tidak letih dengan perjuangan membongkar individu didakwa bertopengkan agama, daddycap memberitahu, dia akan terus ‘menekan’ demi ummah. Getus Cap, dia sudah lelah dengan buaya pemikiran masyarakat bahawa orang agama bebas daripada melakukan sebarang dosa.

“Mereka rasa selamat dan ada lesen nak buat semua perkara. Mungkin ELlis bukan sasaran pertama. Nasib baik Elis tenangkan saya. Kalau tak, berprang baharu akan meletus. Dah satu negara akan benci saya,” katanya. Dalam suka melakukan banyak kerja termasuk aktiviti kemanusiaan, bidang seni, memberi motivasi kepada masyarakt termasuk yang muda-mudi, Cap memaklumkan dia sememangnya memasang mpian untuk menjadi seorang ahli politik suatu hari nanti.

“Ya, insya-Allah tapi bukan sekarang. Mungkin 2030. Apa yang kita lalui selama ini terutamanya berkenaaan permasalahan korupsi, misi kemanusiaan di gza, Palstin dan sebagainya, saya dah lihat banyak perkara tak munasabah. Kalau saya berhenti sekarang, memang tidak akan pergi ke mana-mana. Kalausaya ada peluang masuk Parlimen Malaysia, bentang isu macam-macam, InsyaAllah apa yang dibentangkan akan beri kesan kepada orang ramai terutama yang muda.

“Sejujurnya, saya buat semua ini untuk generasi muda negara ini. Untuk waris kita yang akan datang. Caprice yang kini ingin dikenali sebagai Daddycap atau Ariz memberitahu, dia memang memasang impian untuk bergelar seorang ahli politik.

“Saya ada anak usia lima tahun dan sayanak pastikan dia membesar di tanah Malaysia yang lebih baik. Cara terbaik untuk menggerakkan negara ke hadapan adalah dengan melibatkan diri dalam politik, masuk parlimen dan mula buat perubahan di dalamna,” katanya.

Pada hematnya, adalah menjadi satu kerugian buatnegara andai terus membiarkan orang-orang yang tidak layak duduk di parlimen. Hal ini kerana, apa yang mereka buat hanyalah berpolitik dan fikir tentang periuk nasi sendiri. “Tengok Indonesia yang sekarang dah jadi antara kuasa ekonomi terbesar dunia.

“Mereka letak orang muda iaitu pengasas gojek. Nadiem Makarim sebagai menteri pendidikan. Ada juga situasa menarik lain berlaku di sana. Dah sampai masa Malaysia ‘pasang’ orang dalam parlimen yang mempunyai visi untuk rakyat. Orang yang kononnya paling mulia, pakai baju cantik-cantik tapi masih buat tahi sini sana, di mana logik semua itu,” Ujar Caprice bernada tegas sebelum menggulung perbualan.

“Kalau Tak Suka Jaga Budak, Tak Payoh Jaga Bvdak..”Pesanan Padu Ank Tiri Caprice

Kini bergelar suami dan juga bapa ‘segera’ kepada seorang anak perempuan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, mengakui dirinya berasa teruja dengan status baharu tersebut. Jika sebelum ini penyanyi rap ini mendiamkan diri daripada media sosial, Caprice dilihat kembali aktif di media sosial apabila dia tampil berkongsi foto dan video mesranya bersama isteri yang juga ibu tunggal kepada seorang anak.

Bertuah betul anaknya nanti sebab memiliki seorang ayah yang boleh mengajarnya dengan benda baharu. Terbaru di laman instagram, beliau ada berkongsi video terbaru yang telah diajar oleh Caprice sendiri buat anak tirinya iaitu Aleesya Sofea yang baru berusia lima tahun. Kalau tak suka jaga budak, tak payoh jaga budak.

KOMEN WARGANET:


Sumber: Motif Portal. KL MENJERIT

Kecoh Tentang Caprice Pilih Janda. Sekali Ds Vida Pula Dedahkan Kelebihan Kahwin Dengan Janda Kelantan.

BERITA penyanyi rap Caprice menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal menarik perhatian ramai warganet termasuklah usahawan kosmetik Datuk Seri Vida. Mengakui janda berasal dari Kelantan sering menjadi rebutan, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, berkata beberapa contoh lelaki bujang mengahwini ibu tunggal sudah cukup membuktikan mereka masih memiliki ‘saham’ tinggi.

“Saya setuju 200 peratus saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama janda Kelantan. “Saya tengok dekat aplikasi TikTok pun ramai lelaki mengatakan keinginan untuk memperisterikan janda.

“Iyalah janda sekarang pun dah pandai berhias, cantik-cantik… itulah sebab anak teruna ramai sukakanjanda. Kalau tak manalah orang sukakan kita sampai macam tu sekali,” katanya kepada mStar. Sementara itu, Vida berkata sepanjang empat tahun memegang status janda, dia pernah dihampiri oleh beberapa orang lelaki bujang yang menyatakan hasrat mahu memperisterikannya.

Ini termasuklah kontroversi cinta tak kesampaian dengan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini. Vida bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk bergelar isteri semula kerana masih trauma dengan kegagalan tiga perkahwinan sebelum ini.

Vida belum sedia kahwin lagi, mahu fokus dua anaknya iaitu Kacak (kiri) dan Cik B (kanan). “Kalau ikutkan lamaran daripada lelaki bujang yang masih teruna ni orang kata riyak pula… tapi hati ini tak boleh dipaksa-paksa terima orang. “Apabila hati dah retak lagi la takut… lebih-lebih lagi saya pernah trauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap, “Saya enjoy dengan cara saya setakat ini, buat apa suka… nak bercuti, nak shopping saya buat sendiri sahaja,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Lama Tahan Tak Jumpa Anak. Sekali Ds Vida Bongkarkan Ada Bagi Duit Dan Kereta Pada Bekas Suami.

Baru-baru ini, usahawan terkenal Dato’ Seri Vida sempat memuat naik satu posting di Instagram untuk bertanyakan pendapat kepada para pengikutnya. Jelas jutawan tersebut, dia sama sekali buntu apa yang harus dilakukan kerana bekas suaminya telah datang ke Ipoh untuk bertemu anak-anak.

Awalnya tak benarkan pertemuan, anak-anak pun enggan jumpa…Tapi akhirnya Kacak setuju

Walau bagaimanapun, ramai warganet menasihati wanita tersebut untuk tidak berkongsi hal peribadi sedemikian rupa ke sosial media. Menerusi satu sedutan rakaman di TikTok, DS Vida pada awalnya tidak membenarkan pertemuan tersebut dan anak-anak juga enggan berjumpa. Namun di akhirnya, Kacak bersetuju namun akan ditemani beberapa individu lain.

Saya tak nak Cik B dan Kacak dilabel sebagai ‘anak drhka’…Bukan tak nak tapi mereka trauma

Akan tetapi, perjumpaan tersebut terpaksa dibatalkan kerana si ayah sedang menikmati percutiannya. Dalam video sama, DS Vida menjelaskan selama ini lelaki tersebut lama tidak mencari anaknya kerana sudah dihulurkan duit. Bukan itu sahaja, usahawan berkenaan juga ada membeli sebuah kereta untuk bekas suaminya itu.

https://www.tiktok.com/@datoserividaofficial/video/7031468770610679067?sender_device=pc&sender_web_id=6990217675675272705&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Siapa tanggung siapa ni? Sebab nak duit buat alasan nak jumpa anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan pengakuan yang didedahkan oleh usahawan tersebut. Oleh sebab itu, ramai yang mengakui faham dengan perasaan Cik B dan juga Kacak tentang ayah mereka.



Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:TikTok datoserividaofficial

Ds Vida Seharian Tak Keluar Bilik Sebab Bekas Suami Nak Jumpa Anak. Sekali Ini Pula Nasihat Dari Nora Ariffin Buat Ramai Yang Terdiam.

“Ayah Cik B dan Kacak datang Ipoh malam-malam nak jumpa. Tapi, mereka belum bersedia. Apa patut saya buat?” Jutawan kosmetik sensasi Datuk Seri Vida (DSV) kebuntuan apabila anak-anaknya belum bersedia untuk berjumpa bekas suaminya yang berhasrat menemui mereka.

Katanya, seharian dia terperuk di bilik memikirkan masalah itu. Hantaran DSV itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Nora Ariffin yang menitipkan kata-kata nasihat. Difahamkan, anak-anaknya itu masih belum bersedia untuk berjumpa dengan bekas suaminya kerana masih trauma dengan kisah silam antara mereka.

loading...





Kenapa beria nak jumpa anak-anak tu? Bukan kes dah selesai di mahkamah ke sebelum ini?

Sumber:Cari

Timbang Sekali Dengan Bakul Patutlah Mahal. Sekali Tak Boleh Berdiam Ini Yang Ds Vida Balas Balik.

Puas hati dan berbaloi. Itu kata Datu Seri Vida selepas menjamu selera di restoran tular ikan siakap kayangan ketika bercuti di Langkawi pada Rabu. Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang membayar RM 918 untuk beberapa hidangan termasuk ikan siakap menganggap jumlah yang dikenakan itu berpatutan bagi hidangan untuk dua orang.

“Saya makan 900 dengan pelbagai lauk itu sangat worth dengan rasa sedap dan keadaan yang cantik. Jangan malu tanya harga berapa, takut over bajet. Marilah ke Langkawi yang dah lama tak dikunjungi. InsyaAllah 2022 semua bisnes meroket. “Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tduhan mengatakan tuan kedai cekik drh,” ujarnya.

Menerusi video berkenaan, Vida menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya Kacak ialah seekor ikan siakap seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain. Dia yang berpeluang bertemu pemilik restoran itu iaitu Norasyikin Musa turut dibawa meninjau keadaan sekitar restoran dan kolam sebelum menangkap ikan pilihannya.

Turut kelihatan mesin penimbang yang disediakan bersebelahan kolam bagi memastikan berat ikan yang dipilih. Selain itu, Vida turut bertanya kepada Norasyikin sama ada perniagaannya terjejas selepas i.su berkenaan. Dia juga memberi peluang peniaga itu menjelaskan berkenaan isu tular itu.

“Selepas itu itu tidak macam biasa pelanggan, perasaan malu adalah sebab kena caci, kena maki. Rasa macam tak sedap. Dia orang tak faham, ikan itu kita pelihara umur 11 tahun, untuk jangka masa itu purata makanannya bernilai RM 6,000 bagi orang berduit mungkin sikit tapi saya peniaga kecil nilai itu terlalu besar. “Pesanan saya pastikan anda tengok menu, tengok ikan dulu sebelum order,” ujarnya.

Vida bersama pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin

Dalam pada itu, ahli perniagaan sensasi itu turut mencadangkan nama restoran itu ditukar kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan marketing. Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada sasaran, namun ditolak inidvidu berkenaan.

Pada 4 November lalu, dilaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM 1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap. Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi sasaran penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70.

Ada Orang Komen Kira Sekali Bakul


Kredit : Mstar/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Lepas tular harga ikan siakap kayangan. Kalini DSV pula pergi makan dan ini jumlah bil yang dia kena bayar.

Cerita mengenai hidangan ikan siakap yang dijual mahal di sebuah restoran di Pulau Langkawi, Kedah kerana harga mencecah lebih RM 1,000 menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial. Baru-baru ini perkongsian seorang individu menjadi bualan warganet apabila mendkwa harga ikan siakap dipesannya mahal di sebuah restoran di Langkawi. Menerusi perkongsian tersebut, harga yang perlu dibayarnya untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu berharga RM 1,196.80.

Dapat dilihat di resit, jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula adalah untuk tujuh orang makan. Malah, individu tersebut berasa terkejut pada awalnya ketika mahu membuat pembayaran dan menasihati pihak restoran seperti tidak menghidangkan ikan sebesar itu untuk 7 orang makan.

Tidak hanya itu, individu itu juga menyampaikan beberapa teguran lain kepada restoran tersebut. Malah, individu itu juga meminta agar orang ramai berhati-hati agar tidak terkena seperti dirinya. Lantaran itu, wakil pemilik restoran itu tampil menjawab d.akwaan pelanggannya yang mengatakan harga ikan siakap mahal.

KPDNHEP Keluar Notis

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP sudah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 A.kta Kawalan Harga A.nti Perc.atutan 2011 kepada peniaga restoran terapung di Langkawi pada Sabtu lalu. Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, notis bertulis itu perlu dijawab dalam tempoh lima hari iaitu sebelum Khamis ini bagi mengelak sebarang t.indakan sekiranya pemilik restoran berkenaan gagal berbuat demikian.

“Kita beri tempoh lima hari untuk pemilik restoran menjawab beberapa perkara di dalam notis itu antaranya berkaitan kos ikan siakap, makanan dan apa-apa yang ada dijual di situ. Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pemilik restoran itu. Buat masa sekarang kita tidak boleh kata salah atau tidak, sebaik sahaja kita terima notis itu kita akan analisa setiap kos yang diberikan secara terperinci sama ada berlakunya kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Bukan sahaja menarik perhatian pengguna media sosial, malah golongan selebriti turut terpanggil untuk berkongsi pandangan mengenai i.su ini termasuklah usahawan k.osmetik Datuk Seri Vida. Simpati dengan nasib seorang wanita yang mendkwa tert.ipu, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada individu tersebut. Saya ada baca kisah ikan siakap v.iral, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut. Saya tak boleh dengar fasal ikan siakap, jangan buat lepas ini orang tak boleh makan ikan siakap! Saya tak nak ada orang tera.niaya,” katanya.

DS Vida Singgah Di Restoran

Video : Klik link

Sumber : Online Malaya & Instagram Datoserivida

Tak Nak Ambil Hati Dengan Komen DSV Pada Lagu Hujan Milik Iqbal. Sekali Ini Respon Iqbal Bila Dah Masuk Industri Muzik.

Kemunculan pertama Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai penyanyi menerusi single Hujan nampaknya menular sedikit persepsi masyarakat tentang pemuda berkenaan. Rata-rata memberi komen positif tentang lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah serta lirik oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu walaupun kualiti vokal penyanyinya masih berada pada tahap biasa.

“Tentulah saya rasa seronok, tapi saya kena lebih bertanggungjawab sebab apabila dah masuk industri muzik mesti ada kritikan. Saya bukan penyanyi profesional tapi rasanya suara saya tidaklah memalukan,” katanya. Hingga kini single yang dilancarkan pada 2 November lalu meraih lebih sejuta tontonan di YouTube.

Berhubung dakwaan Datuk Seri Vida kononnya dia menggunakan kisah cinta peribadi mereka untuk meraih perhatian warganet, Iqbal berkata dia mengakui tentang hal tersebut. Kata Iqbal kisah yang terjadi antara mereka bukan lagi rahsia dan ia terpulang kepada mana-mana pihak untuk menilainya. “Siapa makan cili dia terasa pedasnya. Biarlah warganet yang menilai dan saya tidak menafikan apa yang berlaku. Saya tak perlukan views daripada dia dan tak kisah lah dia meluat ke atau nak pening, makan la paracetamol,” katanya. Sumber : Videoviral

Iqbal Bakal Lancarkan Lagu Hujan Esok. Sekali Ini Pula Respon Eric Floor 88 Tentang Suaranya Walaupun Ramai Kritik Iqbal.

Eric puji suara Iqbal ada ton yang sedap dan unik. Bermula esok industri hiburan akan lebih meriah dengan kehadiran seorang lagi pendatang baharu apabila usahawan yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil dengan single pertama berjudul Hujan.

Menurut Eric Fuzi daripada kumpulan Floor 88, sebagai komposer dia mengagumi bakat yang dimiliki Iqbal walaupun memerlukan sedikit masa untuk memperbaiki teknik nyanyian usahawan kontroversi berkenaan. Kata Eric atau Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 29, Iqbal mempunyai vokal yang baik dan unik.

“Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap… memang sedap nyanyian dia. Tajuk lagu dia Hujan akan dilancarkan esok petang. Cumanya masa pertama kali kita uji vokal, dia ada masalah tempo dan tak berapa nak sustain. Masa nak rekod tu memang ada masalah sikit. Jadi apabila dia ada masalah tempo, penjiwaan dia tu tak berapa sampai sebab dia terlalu nak kejar tempo dan teknik,” katanya.

Menurut Eric video muzik (MV) Hujan nyanyian Iqbal akan dilancarkan di YouTube Rusa Music pada petang Isnin. Sebelum ini hasrat Iqbal untuk menghasilkan single serta MV dengan kos RM500,000 bagi mengabadikan kisah cinta tak jadi dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Bercerita lanjut tentang proses rakaman lagu berkenaan, Eric berkata Iqbal mudah untuk dibentuk dan menerima teguran demi memperbaiki kualiti nyanyiannya.

Iqbal ada suara yang unik, ton dia sedap, suara dia garau. Sedap… memang sedap nyanyian dia

“Dia pergi kelas vokal selama dua minggu, hari-hari dia berlatih. Bukan seorang je guru vokal dia tapi ada dua orang. Hasilnya dia banyak perubahan, dia jenis yang cepat belajar. Tapi dia perlukan banyak latihan kalau nak nyanyi live la. Proses rakaman termasuk vokal dan muzik ambil masa selama tiga hari. Sekali dia masuk studio ambil masa tiga hingga empat jam juga sebab dia bukan penyanyi profesional yang boleh buat satu take je,” katanya.

Dalam pada itu mengulas tentang cakap-cakap warganet dan sebilangan selebriti yang mempertikaikan keinginan Iqbal untuk menjadi penyanyi, Eric berkata dia tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah. Malah kata Eriq, selaku komposer dia hanya menjalankan tugas secara profesional berdasarkan permintaan.

“Saya terima tawaran ini adalah atas dasar tugasan kerja. Bukan nak rosakkan industri dengan naikkan orang yang viral. Kalau bukan Iqbal pun, saya terima juga sebab memang itu kerja saya. Dia cuma nak abadikan apa yang terjadi dalam hidup dia menerusi lagu, bukan nak jadi penyanyi dan bukan nak bersaing,” ujarnya. Sumber : Mstar

Terkejut bila Ds Vida anggap Iqbal seperti tanggang. Tak boleh berdiam sekali Ds Vida nak Iqbal bongkarkan perkara sebenar.

Barangkali bibit percintaan di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli bakal berakhir apabila kedua-duanya kini mempunyai masalah perselisihan faham.

Menerusi sebuah video berdurasi hampir 13 minit, DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman menjawab segala tohmahan dan kritikan yang diterima berikutan tindakannya menerjah rumah Iqbal pada jam 3 pagi disifatkan sebagai tidak manis.

Menurut DSV, dia terkejut kerana Iqbal bertindak memalukan dirinya di media sosial. Tambahnya lagi, ketika berada di rumah Iqbal, dia bersama beberapa orang kakitangan serta anaknya dilayan baik namun segalanya berubah apabila mereka pulang apabila pemuda itu seolah-olah memutarbelitkan perkara sebenar.

“Saya sebenarnya tak nak panjang-panjangkan cerita. Saya bukan tak boleh move on tapi Ahmad Iqbal Zulkefli, saya pergi rumah awak secara jalan yang benar sebenarnya walaupun awak telah twist pelbagai ketika kunjungan saya ke rumah awak

“Saya nak pergi rumah awak ini, maruah saya, nama baik saya, harga diri saya.. “Saya simpan segalanya dalam hati saya. Saya tahu niat saya Lillahitalla tapi kenapa cerita yang benar itu awak takutkan? Kenapa awak takut dengan kebenaran? Kenapa awak pergi jaja benda yang malukan saya, jatuhkan maruah saya, awak pijk saya.

“Awak dah dapat apa yang awak nak kan? Dah dapat followers, dah dapat orang kenal, media pun suka cover cerita awak dan awak tak nak saya tumpang cerita awak. Ok tapi saya pergi itu tak nak rakam video tapi awak twist cerita saya nak rakam kalau tak datang akan berlaku prblahan besar dan saya nak tengok rumah awak dan saya paksa awak untuk tengok semua rumah awak.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Sedih saya. Kalau warganet macam-macam itu saya tak kisah tapi awak sendiri yang menghentm, yang mengtuk saya. Secara logik akal itu saya tidak boleh terima melainkan awak ini Si Tanggang” luah DSV

Mahu Iqbal Dedah Perkara Sebenar 

Dalam pada itu, pelantun I Am Me ini turut meminta Iqbal untuk menceritakan perkara sebenar terutama berkaitan tudvhannya mendakwa DSV telah mengetuk pintu rumahnya pada jam 3 pagi. “Saya pergi rumah awak pukul berapa? Kalau awak wras kalau awak benar, kalau awak jujur seperti mana awak nak kejujuran, saya pergi pukul berapa? Siapa ketuk pintu rumah awak? Jawab

“Sebab awak tak nak saya whatsapp awak, awak tak nak facetime dengan saya, awak tak nak apa-apa hubungan dengan saya. Yes! Fine! Tak apa.. “Awak dah cakap awak tak nak dekat saya tapi saya macam terhegeh-hegeh orang tua kata nak dekat awak , tak boleh move on maka awak kata balik kenapa tak bawa air penawar kenapa bawa cincin. Awak yang tahu kenapa saya bawa cincin itu kan?

“Saya kena pergi juga rumah awak waktu malam yang warganet tak faham kenapa. Hello, malam kerana awak tidur pukul berapa? Awak tidur biasanya lepas subuh sampai pukul berapa dan di siang hari kita orang meniaga ini sibuk dan malam kita akan stay buat kerja segala

“Siapa yang ketuk pintu rumah awak? pukul berapa? Bukan tiga pagi kan? Dila pergi ketuk pintu rumah awak dengan Peah, hidup lagi diorang ini bukan saya ketuk pintu rumah awak. Dila ketuk pintu rumah awak bukan? Awak pun buka pintu itu tak ada tlnjng pun kalau tlnjg Dila lari dah. Awak baru balik kan? Awak sendiri cakap baru balik.

“Awak buka pintu, Dila masuk, Peah masuk, Aniq masuk, Jep masuk ,Kacak masuk, lima orang masuk dan saya duduk dalam kereta sebab saya masih berfikir perlu atau tidak saya masuk. Kalau dia baik saya masuk, setelah setengah jam saya masuk betul? Mungkin awak tak ingat sebab apa yang awak tulis itu lain.

“Alhamdulillah awak layan saya baik dan saya cakap saya tak nak rakam tau. Awak pun cakap dah kenapa tak nak rakam kalau dah datang. Sebab saya rasa benda ini perlu diselesaikan antara awak dan saya. Privasi kan? Tapi awak nak rakam, rakamlah. Alhamdulillah awak layan bagus” katanya lagi

Anggap Seperti Tanggang 

Kecewa dengan tuduhan tersebut, DSV turut menyifatkan Iqbal seperti Tanggang dan berharap agar usahawan itu kembali ke pangkal jalan.“Tiba-tiba tengok dalam IG story awak macam-macam cerita.

Tapi saya nak tergelak juga dengan awak punya update dalam story. Pergi marah guard, nak tunjuk apa? Awak kaya ada dua guard? Marah guard waktu pukul 5 pagi. Mereka gelak dekat awak kalau pukul 5.30 pagi. Saya balik pukul 4.30 pagi saya masuk pun guard minta ic Jep, no plat Dato Seri Vida. Mungkin awak tak sedar awak ingat adik awak

“Saya pun hairan Tanggang. Kepada Iqbal dan warganet yang menghina saya pergi rumah awak cakap pukul 3 pagi saya harap penjelasan saya cukup. “Saya harap awak sedar kembali ke pangkal jalan.

Bukan pangkal jalan untuk mengahwini saya tapi tidak menghina saya sehina-hina, sejijiknya saya kepada awak. Sebenci-benci manusia sejahat-jahatnya manusia saya rasa tak ada macam awak ini yang menghina saya tempat awak cari rezeki awak dapatkan apa yang awak nak” tegas DSV. Sumber: Murai via Era Kini


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم