Pemergian orang tersayang ketika kita tidak ada bersamanya memang sesuatu yang sangat menyedihkan.
Lebih-lebih lagi jika pasangan hidup yang telah melalui susah senang bersama dan ketika pemergiannya kita berada beribu-ribu kilometer darinya.
ARTIKEL MENARIK:Tular Budak Rohingya Ganggu Orang Awam Lagi. Iesyatoh Tampil Dedah Rakaman Tersebut Sampai Minta Pihak PDRM Ambil Tindakan.
Menangis lawat pus4ra suami
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @umiaisy apabila memuat naik momen ibunya yang baru sahaja tahu pemergian suami tersayang selepas pulang dari umrah sedangkan lelaki itu telah pergi menghadap Ilahi sewaktu dia masih di Kota Suci.
Tak mahu ibadah ibu terganggu
Menurut pengguna Tiktok itu lagi, mereka sekeluarga berpakat tidak memberitahu hal sebenar kepada ibu mereka supaya wanita itu tenang dalam melaksanakan ibadah umrah. Oleh itu, dapat dilihat titisan air mata wanita warga emas berkenaan ketika membacakan yassin di pvsara bapa mereka sesudah habis tempoh 1dah. Tambah @umiaisy lagi, sepatutnya bapa mereka turut menyertai ibu untuk ke Mekah, namun tiba-tiba jatuh sakit dan membuatkan ibunya berangkat seorang diri ke sana.
Ibu kurang sihat sejak di Mekah
Sesudah pulang ke Tanah Air dan dimaklumkan perkara sebenar, ibunya yang memang kurang sihat sejak di Mekah menjadi semakin lem4h sehingga perlu ditenangkan anak-anak. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang berasa sebak melihat situasi berkenaan kerana tahu akan kesedihan yang dirasai saat pemergian orang tersayang.
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan tindakan anak-anak yang tidak memberitahu pemergian bapa sewaktu ibu di Mekah, namun pihak keluarga lebih mementingkan kesihatan wanita itu yang dimaklumkan agak lem4h semasa dalam umrah. Akan tetapi, pihak mutawif sudah pun diberitahu awal tentang perkara tersebut dan mereka juga sudah melakukan solat jnz4h gha1b tanpa pengetahuan ibu di sana. Sumber: TikTok @umiaisy
Mulai 8 Januari Kerajaan Tekad Tutup Perjalanan Ke Umrah. Sekali Ini Kenyataan Penuh Dari Menteri Kesihatan.
Kebenaran perjalanan umrah untuk rakyat Malaysia akan digantung sementara mulai 8 Januari ini, kata Khairy Jamaluddin. Menurut Menteri Kesihatan itu, jemaah yang pulang dari Arab Saudi pula akan dikenakan kuarantin wajib di pusat yang ditetapkan, bermula Isnin. Jelasnya, keputusan itu dibuat kerana kebimbangan terhadap varian Om.Icron CvdI9. Malah kata Khairy, penjualan tiket untuk jemaah umrah baharu akan digantung mulai 1 Januari 2022.
“Tiada perjalanan untuk tujuan umrah dibenarkan selepas 7 Januari sehingga tarikh baharu diumumkan pada masa hadapan. Tempahan tiket penerbangan umrah baharu juga digantung berkuat kuasa hari ini. Jemaah umrah yang pulang ke Malaysia perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mulai Isnin,” katanya pada sidang media Sabtu.
Jemaah yang berlepas ke Arab Saudi antara 1 hingga 7 Januari akan dibenarkan untuk meneruskan umrah tetapi perlu menjalani kuarantin di stesen atau hotel yang ditetapkan sebaik pulang ke Malaysia. “Penangguhan sementara aktiviti umrah diharap dapat membantu mengurangkan risiko penularan Om.1cron di negara ini dan memperlahankan peningkatan kes CvdI9,” katanya.
Sehingga 31 Disember 2021, terdapat sebanyak 64 kes Om.1cron yang disahkan, yang mana sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah, kata Khairy sambil menambah terdapat sembilan kluster melibatkan jemaah setakat 30 Disember 2021.
“Penggantungan aktiviti umrah untuk rakyat Malaysia diharap dapat memberi ruang kepada kerajaan membuat perancangan dan persediaan rapi dalam pengurusan jemaah umrah sebelum aktiviti umrah dibenarkan semula,” kata Khairy. Sumber : The Star via MSTAR ONLINE
Alhamdulillah Kamal Dan Uqasha Dah Berangkat Tunai Umrah. Sekali Ini Yang Kamal Dan Uqasha Minta Pada Semua.
Umum tahu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose memilih Tanah Suci Mekah sebagai destinasi ‘pre honeymoon’ selepas berkahwin pada 5 November lalu. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kamal dan Uqasha telah berangkat Tanah Suci Mekah pada malam Khamis.
Di kesempatan itu, Kamal, 35, memohon agar semua pihak memaafkan kesilapan mereka sama ada secara sengaja ataupun tidak. Bismillahirahmanirrahim. Kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah. Maafkan kami semua.
Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli menyatakan dia dan Uqasha, 29, akan mendoakan untuk orang yeng terlibat dengan banjir yang sedang diuji dengan bencna alam ‘besar’. Salam takziah untuk semua mngsa banjir. Kami akan doakan Allah akhirkan bencna ini insya-Allah. Salam semua. Terima kasih untuk ucapan kahwin kami.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan ketika berada di sana. Turut sama berangkat adalah adik kepada Uqasha iaitu Nelydia Senrose dan juga suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid serta aktres Aprena Manrose.
Terdahulu, Uqasha dan Kamal mendedahkan mereka sudah berkahwin pada 5 November lalu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV Sumber: Oh Bulan
Perkahwinan Uqasha Dan Kamal Menegejutkan Ramai Pihak. Kali Ni Fizo Omar Tampil Bagi Ucapan Untuk Kamal Adli.
Berita perkahwinan selebriti Kamal Adli dan juga Uqasha Senrose mengejutkan ramai pihak kerana sudahpun bernikah sebulan yang lalu pada 5 November. Rata-rata peminat dan kenalan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan supaya ikatan perkahwinan mereka itu berkekalan. Ini termasuklah rakan baik kepada Kamal yang turut menitipkan ucapan tahniah. Mereka dikatakan sama-sama membina nama dalam industri pada tahun 2007 iaitu pelakon kacak Fizo Omar.
“Tahniah sahabat! So happy for you both, lovely birds. Pandai korang cover line ek..” kata Fizo di ruangan kapsyen Instagram. Bercerita lanjut detik perkenalan pada mula mereka masuk dalam industri seni, Fizo mengatakan mereka memasuki industri melalui rancangan Pencarian Hero Remaja pada ketika itu.
Tambahnya lagi, Fizo ketika itu baru sahaja menghabiskan pengajiannya di UiTM dan meneruskan kariernya sebagai pemain bola, manakala Kamal pula masih lagi belajar pada waktu itu. “Dulu kitaorng xde duit beb! Nak beli baju utk photoshoot mmg xde bajet la.so mix n match la ape yg ade.aku pakai baju ko n ko pakai seluar aku. haa mcm tu lah lebih kurang!
“Hari ni ko dah berjaya jd one the best actor in Malaysia n dah jadi suami orang dah. aku tau ur life journey mmg tough bro. skng ko dah dpt reward in ur carieer n dpt mak cik cantik tu wehh. So proud of u. u deserve it bro.” ujarnya lagi.
Fizo menzahirkan rasa gembira apabila sahabatnya itu bertemu jodoh dengan orang kampungnya dan menjemput Kamal untuk berjalan-jalan di Kelantan. Dalam pesanan gurauannya juga, Fizo berkata sifat manja Uqasha persis kucing parsi itu haruslah dijaga dengan elok dan sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada aktor tersebut.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad. Ditanya mengenai perancangan bulan madu mereka, Uqasha berkata dia dan suami merancang mengerjakan umrah bersama ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi
“Kami rancang mahu mengerjakan umrah pada 23 Disember ini bersama-sama kerana ia juga menjadi impian saya selepas berniat untuk kembali lagi ke Makkah dengan suami pula “Ketika umrah untuk kali kedua dulu, Kamal dan saya masih dalam proses mengenali hati budi. Jadi saya doa, kalau ada jodoh kami, permudahkanlah dan mahu ke Makkah lagi.
“Jika jodoh panjang, saya mahu kembali semula ke sana bersama pasangan (suami). Insya-Allah, Kamal pun belum pernah ke Makkah dan saya mahu jadi orang pertama membawanya ke Tanah Suci,” katanya. Terdahulu, pernikahan pasangan ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dan pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang. Sumber : https://www.rotikaya.rimbabara.com/ via
إرسال تعليق