Baru 5 Bulan Kahwin, Wanita Mengamuk Dapat Tangkap Suaminya Berdua-Duaan Dengan ‘Kekasih Gelap’ Dalam Rumah

Baru-baru ini tular satu video di Indonesia yang memaparkan seorang wanita yang menyerang suami dan kekasih gelapnya.

Baru 5 Bulan Kahwin, Wanita Mengamuk Dapat Tangkap Suaminya Berdua-Duaan Dengan ‘Kekasih Gelap’ Dalam Rumah



Menerusi video itu, wanita tersebut dilihat sedang mengamuk setelah menyaksikan suaminya dengan perempuan lain, yang disyaki menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

ARTIKEL MENARIK:Terlalu gembira dpt kahwin 2, rupanya isteri pertama dah rancang sesuatu hingga buat aku trduduk


Memetik laporan Suara.com, wanita yang berasal dari Cilegon, Banten itu mendatangi sebuah rumah sambil berteriak dengan menggunakan kata kasar kerana berang melihat suaminya bersama perempuan lain.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut juga telah mencengkam rambut kekasih gelap suaminya yang sedang duduk di atas katil. Ketika itu, dia ditenangkan oleh seorang lelaki bagi mengelak sebarang keganasan berlaku.

“Apa-apaan sih?” ujar perempuan yang disyaki menjadi punca perosak rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, dia tidak melawan atau membalas kata-kata kasar yang dilemparkan terhadapnya.

Pergaduhan terus berlarutan selepas itu apabila si isteri tidak dapat menahan amarah dan sekali lagi mencengkam kepala perempuan itu sehingga tersungkur di atas katil.

Difahamkan, wanita itu baru lima bulan berkahwin dengan suaminya dan sepanjang tempoh itu berlakunya keganasan dalam rumah tangga mereka sehingga suaminya bertindak curang dengan perempuan lain.


loading...


Dalam satu lagi video yang lain, wanita tersebut mendedahkan keadaan tubuhnya yang lebam dan merah disyaki akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya.

Sumber: Suara.com viaSiakap Keli



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم