Kamaliah masih belum ditemukan di hari keenam SAR, Bomba dedah mungkin ada unsur mistik

Ipoh: Kehilangan kanak-kanak perempuan Orang Asli dalam hutan di Kampung Selaur berhampiran Kampung Padang Jeri di Gerik masih menjadi misteri apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemukannya walaupun sudah memasuki hari keenam hari ini.

Kamaliah masih belum ditemukan di hari keenam SAR, Bomba dedah mungkin ada unsur mistik



Kamaliah Anab, 10, yang berambut keriting dan tinggal di Hutan Temenggor Kampung Selaur kali terakhir dilihat memakai baju kuning dan berseluar biru.

ARTIKEL MENARIK:“Dituduh Reka Cerita?”- Akhirnya Wanlta Yang Viralkan Gambar Makanan RMT Buka Cerita Sebenar


Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan Kamaliah pada kira-kira 10 pagi Jumaat lalu iaitu sehari selepas dia keluar mencari sumber makanan dan hasil hutan seperti rotan bersama keluarga dan rakan sebayanya.

“Mangsa (Kamaliah) disedari hilang selepas keluarganya pulang ke rumah. Pada hari kejadian, orang kampung ada mencari mangsa di kawasan sekitar berdekatan Hutan Temenggor namun gagal menjumpainya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta pihak Sapura memulakan pencarian selepas menerima laporan namun belum memperoleh sebarang petunjuk.

“Pasukan SAR turut dipergiat dengan pembabitan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am Senoi Praaq dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap JBPM Perak berkata, operasi pencarian yang diketuai pihak polis diteruskan pada 8.40 pagi tadi dalam jarak lapan kilometer.

“Operasi hari ini dijalankan dengan bantuan unit dron dari agensi luar bagi memudahkan pencarian di udara,” katanya.

Operasi pencarian kanak-kanak hilang diperluas 15 kilometer. (Gambar kanan) Kamelia disedari hilang selepas didapati tidak bersama keluarga dan penduduk lain yang pulang dari mencari rotan.

Kehil4ngan Kamaliah mungkin ada unsur mistik

Ipoh: Bomba tidak menolak kehilangan kanak-kanak perempuan Orang Asli dalam hutan di Kampung Selaur berhampiran Kampung Padang Jeri di Gerik yang memasuki hari keenam hari ini berkemungkinan dikaitkan dengan unsur perkara mistik.

Disebabkan itu usaha mencari-kanak-kanak itu sejak operasi bermula pada tengah hari 14 Januari lalu turut membabitkan kakitangan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Shahrizal Aris, berkata, setakat ini, operasi tidak berhasil menemukan sebarang petunjuk biarpun khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM digunakan.

“Dua kakitangan Jakim dibabitkan dalam operasi mencari kanak-kanak berkenaan. Bermakna, ada kemungkinan juga (unsur mistik) di situ biarpun secara dasarnya bukan kita yang memohon agar agensi itu dibabitkan dalam operasi.

“Mereka (kakitangan Jakim) memang sudah ada di lokasi itu sejak daripada mula lagi jadi kami turut memasukkan mereka dalam operasi pencarian,” katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.

Katanya, pasukan pencarian menghadapi kesukaran kerana lokasi kejadian membabitkan kawasan cerun yang tinggi selain kawasan itu tidak mempunyai liputan telekomunikasi.

“Jadi, kita hantar unit komunikasi ke sana bagi membantu pasukan pencarian berhubung sesama mereka antara satu titik lokasi dengan titik (kumpulan pecahan) yang lain,” katanya.


loading...


Operasi mencari mangsa yang dikenali sebagai Kamaliah Anab, 9, diteruskan sehingga hari ini dengan operasi pencarian diperluaskan kepada jarak lapan kilometer (KM) dibantu unit dron dari agensi luar.

Jurucakap JBPM menerusi kenyataan berkata, operasi membabitkan 50 keanggotaan dari pelbagai agensi termasuk polis, Jakim, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Tabung Hidupan Liar (WWF) dan Sapura.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, khidmat 12 keanggotaan Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq turut digunakan dalam usaha mencari mangsa.

Zulkifli berkata, operasi membabitkan kekuatan keseluruhan seramai 76 orang termasuk 18 orang awam itu dimulakan 14 Januari lalu selepas dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa ketika keluar mencari sumber makanan dan hasil rotan bersama keluarga dan rakan sebayanya.

“Mangsa didapati hilang sehari sebelumnya iaitu pada 13 Januari yang mana pada hari sama orang kampung turut melakukan usaha mencari mangsa di kawasan sekitar berdekatan Hutan Temenggor namun belum ditemui sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata, fizikal mangsa adalah berambut kerinting dengan pakaian ketika kali terakhir dilihat sebelum hilang adalah berbaju kuning dan berseluar biru.


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم