Netizen Kec4m Ameera Khan Lagi, Jual Kek Batik Dgn Tekstur Kering. Tgk Harga Boleh Tahan Jugak

Belum habis isu rakam babak filem House Of Gucci di panggung wayang, adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi target netizen.

Netizen Kec4m Ameera Khan Lagi, Jual Kek Batik Dgn Tekstur Kering. Tgk Harga Boleh Tahan Jugak



Kek batik kering

ARTIKEL MENARIK:Baru je Pak Azad tegur KJ tentang kualiti gelang. Sekali Syarikat Pengeluar Gelang tampil beri respon dan ini yang terjadi.


Kali ini, nama Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan menjadi bualan warganet disebabkan kek batik yang dijualnya.

Menerusi ciapan pengguna bernama @aswaliaaa di Twitter, dia meluahkan rasa tidak puas hati dengan tekstur kek batik itu. Dakwanya, kek batik yang dijual sangat kering dan tidak moist (lembab) seperti yang digembar-gemburkan di pasaran.

Individu terbabit turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) video salah seorang pelanggan yang dikongsikan di Instagram Stories Ameera.

Kek batik jenis apa kering keras kejung macam tu?

Sumpah keras kejung dan berkecai, berderai bila pindahkan atas pinggan. Kalau saya beli kek batik macam ini, saya pulangkan balik.

Kek batik yang dijual dengan harga RM38 itu dijual bersama sos coklat Belgian.

Jangan rosakkan kegemaran kami

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sependapat dengan ciapan tersebut malah ada yang berkongsi rupa sebenar kek batik.

Allah. Susah juga orang kaya nak flex kan makanan marhaen ni. Cakap kat dia, teruskan saja makan caviar, daun sehelai dalam pinggan tu. Jangan rosakkan kegemaran kami.

Bila orang kaya sibuk nak jual kek batik, lepas itu jual harga kayangan. Yang sesetengah marhaen bebal pergi beli.

Biskut marie topping coklat?

Tasteless juga ya orang kaya ini. Mesti dia terpaksa kata sedap padahal tak sedap.

Terdahulu, GSC memaklumkan bakal mengambil tindakan terhadap Ameera kerana merakam tanpa kebenaran selain memuat naik beberapa klip filem yang belum lagi ditayangkan secara rasmi di pawagam Malaysia.

Petaling Jaya – Adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan menerima kec.aman ramai apabila bertindak merakam dan memuat naik beberapa klip filem House Of Gucci yang belum lagi ditayangkan secara rasmi di pawagam Malaysia.

Tindakan yang dilakukan Ameera, 20, menerusi Instastory didedahkan seorang pengguna media sosial dalam Twitter bernama Arsya Ridzuan.

Arsya membuat aduan secara terbuka menerusi satu ciapan kepada Twitter rasmi gergasi panggung wayang tempatan, Golden Screen Cinema GSC.

Hi GSCinemas mengapa t.indakan ini dibenarkan di panggung wayang anda? Dan, mengapa masih buat benda ini? 2022,” ciapnya ringkas berbaur s.arsastik.

GSC kemudian membalas ciapan berkenaan dengan menulis

Melakukan rakaman kandungan filem adalah sekeras-kerasnya dil.arang. Kami mengambil serius tentang perkara ini dan telahpun menghubungi dan melaporkan i.nsiden berkenaan kepada pemilik sebenar untuk t.indakan lanjut.


loading...


Terima kasih kerana melaporkan

United International Pictures sudah sedia maklum tentang perkara ini untuk t.indakan lanjut pihak mereka. Terima kasih.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dan berharap t.indakan keras akan dikenakan terhadap Ameera atas apa yang dilakukan.

Kalau biarkan dia terlepas, ramai lagi akan buat seperti apa yang dia buat. Harap-harap GSC berpegang dengan kata-kata mereka, ciap seorang pengguna Twitter.

House Of Gucci yang dibintangi Lady Gaga, Adam Driver dan Jared Leto akan memulakan tayangan di pawagam Malaysia bermula 13 Januari ini.

Difahamkan, Ameera antara jemputan yang menghadiri tayangan khas filem berkenaan bersama-sama wartawan, penulis blog dan pempengaruh media sosial baru-baru ini.

Sekadar info, dikenali sebagai Little Miss Khan lahir pada 8 Dis 2000 seorang Instafamous dengan jumlah pengikut Instagram yang mencecah sejuta. Dirinya mendapat perhatian umum kerana penampilan, alat solek dan fesyen yang digayakan.

Seorang usahawan kosmetik dengan lahirnya produk keluarannya, LMK Cosmetics sejak 8 Mei 2018, meskipun secara peribadi mengakui tidak gemar bersolek.

Kredit : Kosmo viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post