Tvlar post doakan kebbrukan Dr Mahathir, ini reaksi padu Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sentiasa mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan kesembuhan dan dikurniakan kesihatan baik.

Tvlar post doakan kebbrukan Dr Mahathir, ini reaksi padu Najib



Doa yang sama turut dititipkan kepada pemimpin-pemimpin lain atau ahli keluarga mereka yang menghadapi isu kesihatan.

ARTIKEL MENARIK:Hadi Awang k0ngsi satu gambar Abang Ali buat ramai sebak


Najib berkata, walaupun dalam politik beliau berbeza pendapat dengan Mahathir tapi bukan caranya untuk mendoakan keburukan bekas perdana menteri itu.

Apatah lagi, kata Najib, beliau juga ada ahli keluarga.

Beliau terkilan dengan posting-posting palsu membabitkan dirinya terhadap Dr Mahathir yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) yang terus menjadikannya bahan fitnah dan politik.

”Fitnah itu sudah tersebar luas. Yang bertanggungjawab menyebarkannya, sudah tentu tidak akan memberikan saya keadilan. Buat fitnah, sebarkan, delete. Buat fitnah, sebarkan, delete. Buat fitnah, sebarkan, delete. Begitulah gerak kerjanya,” kata beliau.

Tambahnya: ”Kenapa? Kerana nak mengapi-apikan kebencian dan kemarahan rakyat? Kerana dengan kebencian dan kemarahan boleh menang sokongan?

Dalam hantaran di Facebook berasingan sebelum ini, Najib menegur pihak-pihak yang terus melemparkan fitnah terhadapnya selepas satu posting ‘Selamat jalan’ kononnya ditulis oleh Ahli Parlimen Pekan itu di Facebook.

”Sejak bila saya buat posting begitu? Dari mana kamu dapat screenshot kononnya saya pernah post “Selamat jalan?”. Takkan kamu tak tahu bahawa ianya adalah terlalu mudah untuk edit posting FB palsu? Tengok contoh di sebelah kanan. Bekas pegawai Atok: https://twitter.com/amofficialmy/status/1484853968824340480


loading...


”Ini satu lagi. Ahli Parlimen PH Perlis yang cukup giler: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10224847078057905&id=1042693881,” katanya.

Marina Mahathir Beritahu Keadaan Terkini Tun Mahathir
“Tun Mahathir Stabil, Beri Respon Baik Kepada Rawatan Lanjutan” – Marina Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Menurut anaknya, Datin Paduka Marina, ayahnya sudah mula dirawat di IJN sejak dua hari lalu untuk menjalani rawatan lanjutan prosedur berkenaan yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut,” jelasnya.

“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” kata Marina.

Turut berkongsi perkembangan terkini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di media sosial beliau.

sumber: astroawani, mkini viaTrending Sangat


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم