Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Selepas 10 minggu berentap, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz akhirnya memecah jangkaan ramai apabila dinobatkan sebagai juara program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada konsert akhir yang berlangsung sebentar tadi.
ARTIKEL MENARIK:“Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa” – Vida Ada Tawaran Buat Yassin Senario
Dalam acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Aliff berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki yang disebut-sebut sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Dalam Pada itu, Bella ada memuat naik gambar suami beserta kata-kata semangat selepas Aliff Aziz di nobat sebagai juara GV8
“بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
saya, anak2, keluarga dan peminat2 awak akan sentiasa mendoakan yang terbaik!
Kalah atau menang itu bukan keutamaan.
Selama 10 minggu awak dan barisan bintang gv yang lain bertungkus lumus memberikan yang terbaik.
What a real comeback @iamaliffaziz proud of you.
I love you sayang All the best kejap lagi! Forever”
Pada persembahan akhir, Aliff selaku juara menambat hati para juri dengan membawakan lagu Sampai Syurga serta duet bersama Hafiz Shuib menerusi lagu Dealova manakala saingan battle pula bersama Aweera menerusi lagu Budak Flat.
Berada di kedudukan naib juara pula ialah Nikki Palikat yang membawa pulang wang tunai RM50,000.
Tempat ketiga pula milik Suki Low yang berjaya membawa pulang RM30,000 dan Adibah Noor mengungguli tangga keempat dengan membawa pulang RM20,000.
Dalam pada itu, Azan Scan sekadar berpuas hati meraih kedudukan kelima dengan membawa pulang wang tunai RM15,000, manakala Aweera berada di tangga keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Dikendalikan duo pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, persembahan konsert akhir GV8 diadili tiga juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Joe Flizzow.
Bella Astillah Lebih Lantang Berper4ng Dengan Netizen, Aliff Aziz; “Sebagai Isteri, Mungkin Dia Terbawa Dengan Perasaan …”
Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz menyifatkan tindakan isterinya, Bella Astillah yang lebih lantang bersuara di media sosial setiap kali datang serangan dari netizen sebahagian daripada mainan perasaan.
Jelas Aliff, sebagai isteri, Bella lebih bersikap melindungi dan barangkali enggan melihatnya tertekan setiap minggu apabila muncul kata-kata tidak manis dari netizen.
“Saya ada cakap dengan Bella juga kita perlu hormati pendapat semua orang juga, setiap orang berhak menyatakan pandangan sama ada betul atau tidak itu biar Allah saja yang tahu.
“Mungkin dia sebagai isteri terbawa dengan perasaan dan saya menganggap ia just a pinch of salt. Saya hanya tawakkal, anggap setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah susunan daripada Allah,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, di media sosial terutamanya Twitter, Bella menjadi individu paling lantang bersuara setiap kali netizen mengecam, mengkritik atau tidak berpuas hati dengan persembahan Aliff di pentas GV8.
Dalam pada itu, Aliff tampil mengulas mengenai pandangan segelintir pihak yang menganggap kemaraannya ke pentas akhir GV8 tidak layak.
“Ini semua rezeki Allah dah tentukan. Orang kata anak emas, ada kata favouritisme tapi semua orang punyai pendapat sendiri dan perlu hormati, sama ada betul atau tidak Allah saja yang tahu.
“Tapi bagi saya apa yang Allah dah susun ni kita bersyukur dan saya cuma harap semua orang tenang-tenang saja insya-Allah. Tak perlu gaduh-gaduh, apa yang terjadi Allah dah susun.
“Mungkin rezeki saya kali ini, saya pun tak jangka sebenarnya. Ramai yang hebat-hebat Masya-Allah,” ulasnya.
Malah, ketika ditanya mengenai lagu ‘makanan’ yang diberi untuk pentas akhir pada Ahad ini, Aliff menganggap ia subjektif.
“Masya-Allah, pada komen yang baik atau tidak baik, terima kasih banyak-banyak kerana memberi input. Setiap orang punyai pendapat sendiri dan saya menghormati semua seperti saya katakan sebelum ini.
“Tetapi saya harap untuk pentas akhir ini bersama-sama kita tenang-tenangkan diri kita dan sama-sama buka minda dan hati kita untuk enjoy konsert final nanti.
“Soal makanan atau tidak itu subjektif kepada semua orang. Macam lagu pada malam konsert separuh akhir ada yang rasakan lagu Taufik Batisah (Sesuatu Janji) itu lagu mudah tapi untuk saya ada cabarannya tersendiri dan ada bahagian yang saya perlu perbaiki.
“Tapi bukan untuk saya menceritakan kerana tugas saya sebagai penghibur untuk menghiburkan, apa saja masalah atau cabaran kita kena tanggung atas bahu kita sebagai penghibur.
“Jadi saya harap doakan yang baik-baik kepada semua bukan hanya kepada saya,” tambahnya.
Mudah memaafkan rahsia Bella Astillah, suami kekal bersama
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah suatu ketika dahulu menjadi bualan ramai apabila Aliff Aziz kantoi curang sebanyak tiga kali sepanjang perkahwinan.
Namun begitu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, sentiasa kuat untuk memberi kemaafan dan menerima semula Aliff dengan hati yang terbuka.
Susulan itu, ramai para isteri diluar sana yang kagum dengan kekuatan yang ditonjolkan Bella sambil mendedahkan prinsip dipegang ketika menghadapi dugaan rumah tangga.
“Ketika Bella membesar ada beberapa kesalahan yang Bella lakukan terhadap kedua ibu bapa, namun mereka sentiasa memaafkan segala kesalahan saya.
“Kita suka duduk dan berbincang, kita tiada nak fokuskan siapa lagi banyak melakukan kesalahan,” katanya dalam sesi siaran langsung Instagram bersama Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad dan Abu Talib Hussin.
Bella yang juga ditemani suaminya Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 31, berkata, sifat pemaaf penting bagi meneruskan kelangsungan hidup dan alam rumah tangga yang lebih bahagia.
“Berbalik kepada diri sendiri, kita pun tidak sempurna dan banyak cacat cela. Jadi saya fikir siapalah saya untuk terus menghukum Alif, baik saling membantu antara satu sama lain.
“Jika saya berterusan tidak memaafkan Alif, apa yang saya akan dapat. Ramai merasakan itu perkara yang susah namun jika kemaafan itu daripada hati yang ikhlas, kita sendiri akan rasa tenang,” ujarnya.
Dalam pada itu, pasangan itu baru-baru ini dilihat semakin bahagia dan kedua-duanya mengaku banyak mendekatkan diri dengan belajar ilmu keagamaan.
Bella juga dilihat setia menemani Aliff sepanjang pertandingan Gegar Vaganza 8 (GV8_) yang mana Aliff kembali menjadi perhatian ramai selepas mendapat markah tertinggi untuk dua persembahannya seterusnya menempah tempat di konsert akhir GV8
Tak tahu apa kebaikan saya buat – Aliff Aziz
Pernah terpalit pelbagai kontr0versi dan terleka dengan nikmat dunia, pelakon Aliff Aziz tidak menyangka masih berpeluang untuk mengubah haluan ke jalan Allah pada usia 30-an.
Jelasnya, dia sendiri tidak perasan sama ada pernah membuat kebaikan dalam hidup sehingga urusan penghijrahannya seakan-akan terbuka luas.
“Yakin bahawa semua perkara hanya dengan kehendak Allah. Saya tiada kelebihan, saya hanya hamba lemah yang mahu guna kehidupan Allah bagi untuk ikut yang saya mahukan.
“Selama 30 tahun hidup, macam-macam yang saya buat. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui dan saya tidak tahu apa kebaikan yang saya pernah buat hingga Allah bagi jalan.
“Saya yakin semuanya dalam pengetahuan Allah,” katanya menerusi sesi perbincangan langsung menerusi Facebook dan Instagram Live saluran Nurflix, baru-baru ini.
Menerusi diskusi bertajuk Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi kendalian Anas Tahir tersebut, Aliff menjadi antara tetamu jemputan yang bersama dua panel lain iaitu Mohd. Gunawan Che Abdul Aziz dan penerbit, Farihin Abdul Fatah.
Terdahulu, pendedahan suami kepada penyanyi, Bella Astillah itu mengundang kejutan apabila menyertai jemaah tabligh selepas melihat hantaran yang dimuat naik Faizal Ismail (FBI).
Akui bintang kelahiran Singapura itu lagi, dia berharap terus istiqamah dan bersyukur dipertemukan dengan ramai insan baik yang langsung tidak mengungkit sejarah lampaunya.
“Waktu itu tengok video laporan daripada Faizal Ismail dan saya rasa mahu kenal jemaah tabligh. Ada jemaah hubungi saya dan terangkan mahu bawa saya keluar untuk tiga hari.
“Saya rasai pelbagai perasaan yang tak dapat saya terangkan. Suasana dan orang di sana (ahli jemaah lain) tiada ‘judgement’, semua sama tidak kira keturunan, pangkat dan darjat.
“Semua hamba Allah belajar untuk dekatkan diri dengan-Nya. Semoga saya terus istiqamah,” tambah pemilik nama penuh Mohamad Aliff Aziz itu.
Mengulas kecaman dalam media sosial, Aliff menyatakan lebih selesa enggan ambil pusing memandangkan lumrah manusia yang tetap dipandang serong walaupun cuba berubah ke arah kebaikan.
“Saya fikir walau macam mana pun kita cuba jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong.
“Tiada orang yang sempurna. Kalau kita rasa berada di landasan untuk jadi orang yang sempurna, itu memang mustahil.
“Justeru, saya cari hikmah, saya alih perhatian. Pasti ada orang yang berdoa untuk saya. Selalunya macam mana jahat pun bila kita belajar jadi baik, ada orang yang akan kata (kita). Tapi yang penting biarlah Allah tahu siapa kita,” katanya.
Dia juga mengakui sukar mengawal situasi dalam media sosial atau memuaskan hati semua pihak, sebaliknya lebih selesa mengambil sikap bertenang.
“Kenapa nak seksa diri saya untuk memuaskan hati semua orang. Paling penting diri kita sendiri, keluarga dan Allah tahu niat kita,” luah penyanyi Sayang Sayang itu.
Menerusi perkahwinan dengan Bella, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun.
Sebelum ini nama Aliff memang sinonim terpalit dengan isu panas termasuk kecurangan dan beberapa kes lain yang turut melibatkan pihak berkuasa.
ALIFF bersyukur kerana dipertemukan dengan orang yang baik-baik sewaktu melakukan penghijrahan.
sumber: kosmo via
إرسال تعليق