5 Sebab Kenapa AS Tidak Mahu Hantar Tentera Ke Ukraine

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pun sudah menetapkan negara ini tidak akan menghantar pasukan tentera ke Ukraine.

5 Sebab Kenapa AS Tidak Mahu Hantar Tentera Ke Ukraine



Berikut merupakan beberapa faktor mengapa keputusan itu dibuat oleh kerajaan pentadbiran Biden.

ARTIKEL MENARIK:(VIDEO) “Tak Boleh Bayang Apa Dia Rasa” – Tular Video Bapa Di Ukraine Ucap Selamat Tinggal Pada Anak Bikin Sebak


1) Tiada kepentingan negara

Ukraine bukan dalam lingkungan negara jiran AS. Negara itu tidak terletak di sempadan AS atau mempunyai mana-mana pangkalan tentera negara ini.

Selain itu, Ukraine juga tidak mempunyai simpanan minyak, malah bukan rakan dagang utama Washington.

2) Biden tidak lakukan campur tangan tentera

Biden sebelum ini menyokong tindakan ketenteraan AS untuk membantu konflik etnik di Balkan pada 1990-an, selain mengundi untuk negara ini melancarkan perang di Iraq pada 2003.

Namun, sejak itu, Biden dilihat semakin berhati-hati menggunakan kuasa berkaitan ketenteraan.

Presiden AS itu membantah bekas Presiden Barack Obama menyerang Libya dan pertambahan anggota tentera di Afghanistan.

Pada tahun lalu, Biden mempertahankan keputusannya untuk menarik balik semua anggota tentera di Afgahnistan, biarpun diselubungi pelbagai kritikan.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menyatakan Biden lebih berminat untuk menyelesaikan masalah berkaitan perubahan iklin, pencegahan wabak penyakit global dan bersaing dengan China berbanding melakukan campur tangan ketenteraan.

3) Rakyat AS tidak mahu peperangan lagi

Satu kaji selidik yang dilakukan oleh AP-NORC baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat negara ini bersetuju AS perlu memainkan peranan kecil dalam krisis Ukraine-Rusia, atau jangan masuk campur langsung.

4) Bahaya konfrontasi kuasa besar

Biden enggan mencetuskan satu lagi perang dunia apabila berlaku pertembungan antara tentera Rusia dan AS di Ukraine dan beliau sedar akan akibatnya.

“Hal itu (hantar tentera) bukanlah seperti kita berurusan dengan organisasi pengganas.


“Kita berdepan dengan satu daripada kusa tentera terbesar di dunia dan situasi ini sangat sukar, malah keadaan luar kawal boleh berlaku bila-bila masa,” kata Biden.

5) Tiada tanggungjawan perjanjian

Ukraine bukan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), maka AS tidak perlu ‘bersusah-payah’ untuk melindungi Ukraine. – BBC


 Rusia larang pesawat Britain di ruang udaranya

MOSCOW – Pengawal selia penerbangan awam Rusia memaklumkan bahawa syarikat-syarikat penerbangan Britain telah dilarang daripada mendarat di lapangan terbang Rusia termasuk melintasi ruang udaranya, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Rusia berkata, langkah sedemikian adalah sebagai tindak balas terhadap keputusan ‘tidak mesra’ pihak berkuasa penerbangan Britain.

Semalam, Britain telah melarang syarikat penerbangan nasional Rusia, Aeroflot daripada mendarat di negaranya.

Langkah berkenaan dilaksanakan berikutan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

“Saya fikir itu adalah tindak balas mereka terhadap kami semalam yang melarang Aeroflot daripada menggunakan ruang udara dan mendarat di Britain. Itulah tindak balas mereka,’’ Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace memberitahu stesen televisyen ITV.


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم