Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 30, dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 selain mengalami tekanan darah rendah, sejak Selasa lalu.
Uyaina memaklumkan suaminya yang juga penyanyi Raja Syahiran, 29, turut dijangkiti virus itu tetapi cuma menjalani kuarantin di rumah.
ARTIKEL MENARIK:Lepas Kena Sound “Kesian Dia Kurang Popular” Dgn Kak KM , Ini Reaksi Tenang Liza Hanim
“Syahiran boleh kuarantin di rumah tapi saya kena tahan di wad sebab tekanan darah rendah dan badan lemah. Pertama kali berjauhan dengan suami.
“Lain orang mungkin rasa berbeza-beza bila dijangkiti Covid-19 ini. Ada orang mungkin gejalanya ringan. Badan saya rasa sakit sangat-sangat terutama ketika hari kedua dan ketiga,” katanya tanpa memaklumkan hospital tempat dia dirawat.
Menurut Uyaina, pergerakannya juga terhad akibat kesakitan yang dialaminya. Dia tidak menafikan timbul kebimbangan jika kesakitan itu menyerang organ dalam badan.
“Nak jalan pergi tandas pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil.
“Paling bahaya sebab ia kacau organ dalaman kita. Itupun kami dah ambil vaksin. Bayangkan orang yang tak ambil vaksin langsung? Yang anti vaksin?
“Tak tahulah macam mana bermasalah badan mereka. Saya berkongsi foto ini untuk ingatan diri sendiri bagaimana syukurnya sewaktu masa sihat,” katanya.
Uyaina turut memohon orang ramai agar berusaha untuk menjaga keselamatan serta hargai kesihatan diri. Katanya, nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan.
“Kita kena jaga baik-baik. Kekal selamat semua. Saya doakan anda tak kena Covid-19 terutama orang-orang tua dan kanak-kanak sebab tak tahu bagaimana badan mereka nak terima,” katanya.
Uyaina turut meminta doa ramai agar dia dan suaminya diberikan kesembuhan segera.
Kredit -
إرسال تعليق