Pelawak Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Hidayah selaku plaintif terhadap Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.
ARTIKEL MENARIK:Dakwa wujud fakta tak betul, ini tindakan ‘bijak’ Ali Puteh selepas keputusan kemenangan Nor Hidayah
Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah Abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.
Ali berkata, dia bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.
“Saya akur dengan keputusan yang ditetapkan hakim. Cuma, saya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi sebab ada beberapa fakta yang tidak betul.
“Buat masa ini saya tidak boleh berkongsi apakah fakta yang dimaksudkan kerana bimbang akan mengganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti.
“Keputusan hari ini kalau kita tengok berpihak kepada dia, tapi saya masih diberi 14 hari untuk membuat rayuan dan insha-Allah saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.
“Apa yang ditetapkan hari ini saya sangat okey dan tiada langsung rasa nak marah atau mengamuk sebab saya menghormati keputusan mahkamah,” katanya.
Menurut Ali, biarpun reda dengan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya namun, sedikit sebanyak ia menerbitkan rasa sedih kerana selama dua tahun ini dia berjuang untuk mempertahankan maruah keluarga.
“Rasa sedih itu pasti ada sebab kalau nak bawa Abam dan mak ke sini mereka sudah tiada. Jadi, orang hanya tertumpu kepada saya seorang yang masih ada. Kalau arwah mak dan Abam ada lagi, perkara seperti ini tidak akan terjadi.
“Cuma, saya nak betulkan beberapa fakta yang mana masyarakat atau netizen yang menghentam dan mengatakan saya yang menyaman Hidayah adalah tidak betul.
“Sebenarnya yang memulakan saman bukan saya. Kalau diikutkan dari awal, saman ini bermula 15 hari selepas arwah Abam meninggal dunia dan saya dituntut ganti rugi am sebanyak RM900,000 masa itu.
“Jadi saya perlu berdepan dengan kes itu kerana sudah menerima notis untuk ke mahkamah. Dalam keadaan arwah yang baru meninggal dunia saya terpaksa cari peguam dan rasa perlu balas sebab masyarakat rata-rata ingat saya yang menyaman terlebih dulu,” katanya.
Pada Mei 2020, Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.
Selepas prosiding selesai, Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.
Dalam prosiding hari ini, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.
Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Aliff Syukri Rasa Syukur
Terdahulu Ali Puteh telah mengamuk terhadap kakak iparnya dan juga Aliff Syukri. Ini adalah kisah penuh dan kronoligi penuh bagaimana hal ini boleh berlaku.
Semuanya bermula apabila Aliff Syukri telah datang ke rumah ibu bapa Hidayah iaitu isteri kepada Abam. Rupanya Hidayah dah tidak tinggal lagi di rumah arwah Abam dan tinggal di rumah ibu bapa kandungnya. Hidayah telah membawa anak mereka, Hamzah.
Aliff Syukri telah interview Hidayah dan bertanya keadaan terkini balu kepada Abam itu setelah pemergian Abam. Hidayah telah mendedahkan bahawa semua peninggalan Abam telah diuruskan oleh pihak keluarga Abam (adik beradik Abam).
Ini antara intipati temubual itu yang menjadi viral:
Aliff Syukri: “Sebelum ini Hidayah dah jadi suri rumah dan sekrang apa rancangan selepas ini?”
Hidayah: “Lepas ini, saya akan uruskan perniagaan bapa saya”
Pembantu Aliff: “Saya dgr kereta akak dah kena tarik, bagaimana akak nak uruskan perniagaan itu? Boleh akak cerita sikit?”
Hidayah: “Hari itu saya mahu bawak anak saya pergi klinik sebab dia macam demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tidak bagi”
Aliff Syukri: “Khabarnya arwah suami (Abam) seorang yang selalu sedekah, bagaimana pula dari segi harta wasiat?”
Hidayah: “Saya tidak tahu sebab belah sana yang uruskan, sekarang saya tiada apa-apa. Saya cuma pikir nak besar kan anak saya ini sahaja”
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Post a Comment