Dakwa wujud fakta tak betul, ini tindakan ‘bijak’ Ali Puteh selepas keputusan kemenangan Nor Hidayah

BARU saja menarik nafas lega setelah menang kes saman fitnah, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali terpaksa kembali ke mahkamah sedikit masa lagi.

Dakwa wujud fakta tak betul, ini tindakan ‘bijak’ Ali Puteh selepas keputusan kemenangan Nor Hidayah


Ia susulan adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh bercadang untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat yang berpihak kepadanya.

ARTIKEL MENARIK:'Hang pun jangan kacau orang tak vaksin, depan pun ada hak' - Rita Rudaini bidas kenyataan Menteri Kesihatan yang minta golongan antivaks jangan kacau orang nak vaksin


Menurut Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, dia mendapati wujud beberapa fakta yang tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

“Alhamdulillah selesai di Mahkamah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti.




Hidayah menang kes saman terhadap Ali Puteh.

“Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan,” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan membuat keputusan yang berpihak kepada Nor Hidayah dan memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah, 31, memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan

Sementara itu ditanya tentang keyakinannya untuk mencabar keputusan berkenaan di peringkat yang lebih tinggi, Ali Puteh berkata dia sekadar mahu menggunakan saluran perundangan yang ada.

loading...


“Saya ada ruang untuk merayu sebab ada beberapa fakta yang tak betul. Jadi saya akan kongsikan di Mahkamah Tinggi nanti.

“Apa pun keputusan hari ini saya okey saja, saya akur. Saya tak marah atau nak mengamuk… saya hormati keputusan mahkamah,” katanya.

WhatsApp Image 2022-02-18 at 1.28.17 PM

Ali diperintah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Hidayah.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan kecaman netizen selepas kalah dalam kes saman fitnah ini, Ali Puteh berkata dia sudah menjangkakannya.

“Saya dah bersedia… menang pun kita kena (kecam), kalah pun kita kena. Jadi saya tiada masalah dengan netizen.

“Sebab kita tahu apa yang berlaku. Kalau saya share di media sosial, ia akan jadi masalah di Mahkmah Tinggi nanti,” katanya.

Balu Abam Bocey lega keputusan mahkamah berpihak padanya

Balu kepada arwah pelawak popular, Abam Bocey, Nor Hidayah Mohammad Ali, 33, melahirkan rasa lega apabila keputusan mahkamah berpihak kepadanya. Kemenangan itu adalah menerusi saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap adik Allahyarham Abam iaitu Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dua tahun lalu. Ketika diminta mengulas mengenai keputusan mahkamah hari ini, Hidayah dalam genang air mata meluahkan rasa syukur




Kredit -
Trending Sangat



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post