Foto sekadar hiasan Bakal Isteri Gaji Lebih Tinggi Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama sis miss K. Sis berumur 30an dan merupakan seorang doktor dan masih single.
Sis seperti biasa merupakan stok stok yang tipikal makcik pakcik kampung gelarkan andartu tapi sis sedikit pun tidak kisah dengan status itu tapi tidak bagi orang sekeliling.
ARTIKEL MENARIK:“Krn bkn anak isteri pertama”. Atas ‘dosa’ ibu, kami jd mngsa. Smpai mati nenek tak pndang wajah aku
Sis pelik kerana terlalu ramai mata mata yang memandang sis dengan pandangan kasihan. Kalau balik ke kampung berjumpa sanak saudara mesti ramai orang sekeliling yang bertubi tubi tanya sis bila nak kahwin??
Jarang sekali orang sekeliling tanya sis sihat tak? Bagaimana pekerjaan? Hahaha ni tidak, sokmo tanya bila sis nak kahwin? Nampak air muka mak ayah sis berubah jadi sedih bila orang tanya soalan begitu.
Kawan kawan sekeliling semua perli sis sebab sis tak kahwin lagi dan yang paling menyedihkan selalu sangat dengar ayat ni dari kawan sekerja lelaki,
‘Kau tu dah lah doktor, pasal kau rasa gaji kau tinggi sebab tu kau jual mahal, konfem tak laku bila meningkat usia’. Ya Allah tergamak mereka mengeluarkan kata kata nista macam tu.
Sis akui mula mula masuk medical school dan housemanship (doktor pelatih) memang sis sangat sangat busy sampaikan tak terlintas langsung nak mendirikan rumah tangga, sebab macam mana nak kahwin uruskan suami anak anak jikalau diri sendiri pon terkulai kepenatan bekerja?
Sis tahu sis tak mampu waktu itu untuk menjaga sesiapa sebab sis tidak mahu aniaya anak orang kalau dapat isteri yang busy macam sis.
Tapi bila umur dah menganjak usia, masa lebih banyak terluang dan kerjaya sudah lebih fleksibel, jodoh pula tidak kunjung tiba.
Sebenarnya sis bersyukur dengan aturan hidup sis. Dapat jaga mak ayah lagi, dapat tolong adik beradik, sanak saudara yang kesusahan.
Tapi tipulah kalau sis cakap sis tiada keinginan untuk ada family sendiri. Sis ada berusaha kenal dengan beberapa orang melalui orang tengah, tapi banyak yang menolak sis sebab sis adalah seorang doktor.
Inferior dengan bakal isteri sendiri yang mungkin bergaji lebih besar, dan mungkin tidak mahukan seorang isteri yang busy, Wallahualam.
Tapi kebanyakan menolak tanpa sempat jumpa pon. Apabila mendengar status doktor je semua lari dari awal perkenalan.
Jujurla sis bukanlah tiada rupa, sis boleh katakan yang sis average look dan ada manis di situ. Tapi semua terus lari bila dengar status doktor.
Sebenarnya sis tidak pernah memilih kerjaya pon, as long as bakal suami ada pekerjaan yang tetap dan stabil. Tak kisah jika gaji lebih rendah daripada sis.
Cukupla kalau gaji bakal suami tu mampu bayar loan sendiri dan mampu belanja barang dapur setiap bulan sebab sis percaya keberkatan rumah tangga tu lebih bermakna kalau apa yang isteri dan anak anak makan tu datang dari poket suami.
Dan yang paling penting tentulah sis nak suami yang boleh cope dengan jadual sis yang padat sebagai seorang doktor. Yang boleh bertolak ansur menjaga anak dan menolong sis untuk sama sama buat kerja rumah nanti.
Banyak pahala seorang suami jikalau dapat menolong isterinya dan redha meminjamkan isterinya untuk berbakti kepada masyarakat. Ciri ciri bakal suami dari sudut agama sis malas nak ungkap sebab nanti tak habis pula.
Tapi tulah sayang, susah sis nak jumpa lelaki yang betul betul ikhlas terima sis dengan background kerjaya sis.
So berbalik kepada tajuk di atas, sis sumpah jujur nak tahu, masih ade lagi ke lelaki yang tidak kisah gaji isteri lagi tinggi?
Masih ada lagi ke lelaki yang sama sama sanggup tolong jaga anak anak dan sama sama buat kerja rumah jikalau si isteri busy berkhidmat pada masyarakat?
Reaksi Warganet
Nur Hela –
Saya nasihat kan awak cari yang sekufu. Sekufu ni bukan dari segi harta saja tapi pemikiran juga penting. Dapat jenis yang jumud tak bagi bini jalankan fardhu kifayah kat masyarakat nanti, naya.
InsyaAllah ada jodoh yang baik baik. Populasi lelaki lebih ramai dekat Malaysia sekarang ni tau. Cuma perlu hati hati memilih takut terpijak ekor biawak.
Nik Nur Aishah –
Cari je la sama sama doktor, kat tempat kerja kan ramai boleh ngorat, haha.
Kerja rumah apa semua, kalau dua dua busy benda tu boleh outsource cari orang gaji, takde masalah.
Kalau rumahtangga ni, nak tak nak, salah seorang kena mengalah jaga keluarga. Satu lagi pilihan, cari yang perangai bagus dan boleh take of of family, tak kisah gaji rendah as long as dia boleh contribute in non-monetary way.
Saya tengok kebanyakan perempuan yang berjaya dalam kerjaya, sama ada mereka single ataupun kalau berkahwin, suami mereka sangat supportive.
Norlaila Mohd Din –
Macam sama nasib kita 20 tahun lepas. Dengar je jawatan, ramai terdiam dan hilang huhuhu. Tapi acik tak berhenti doa dan usaha.
Salah satu usaha acik, pi solat dan doa dekat banyak masjid. Pernah turun bas semata mata nak berhenti dekat sebuah masjid ni nak solat dan doa dekat situ.
Lepas tu pi library cari buku mandi bunga ustadz harun din. Tak sempat nak practice, jodoh sampai, syukur..
Yang penting usaha, doa dan tawakal. Benda baik kena usaha bukan tunggu sahaja. Usaha lagi….
Hafiz Aiman –
Sehingga hari ini saya tak tahu berapa gaji isteri saya sebagai 0bstetrician & Gynec0logists.
Sebab saya pilih dirinya jadi isteri saya supaya dia dapat fahami kenapa dalam hidup saya perlu menjaga anak saudara autistik. Dimana datang dari ibu bapa yang sibuk bekerja di hospital.
Masa isteri saya kenal saya dulu hanya sebagai penjaga anak pakar perubatan dan dalam masa yang sama bekerja sebagai petani modern.
Saya pilih isteri saya ini dan bawa masuk dalam hidup saya. Umpama sambil menyelam sambil minum air.
Dalam lapangan hidup saya ramai lelaki yang supportive seperti suami kepada Midwife, Mo O&G dan Pakar O&G.
Maka jawapan untuk perenggan bawah sekali ya masih wujud. Saya usia 30an dan isteri saya usia 40an.
Zuria Mahmud –
Pandangan saya masalah dalam kes ni ialah faktor usia Dan budaya kita. Lelaki Dan perempuan biasa biasa dalam usia 24-26 dah mula Cari jodoh.
Manakala yg cita cita tinggi , professional, mungkin tunggu lewat sedikit sehingga hujung 28 atau cecah 3Oan. Ini kerana banyak lagi proses Pendidikan yang perlu mereka lalui sebelum establish.
Ada sesetengah doktor wanita ambil risiko kawin awal, Bina keluarga, Dan agak sakit bila nak sambung belajar. Itulah fitrah wanita Dan kenyataan hidup.
Berbeza dengan lelaki, fitrahnya lain. Selalunya kalau tengah belajar buat masters atau pHd memang mak Akan carikan isteri untuk Jaga anak lelakinya.
Budaya tradisi Kita Pula lihat bila nak Cari isteri, elok yang muda Dari suami. Mana nak Cari isteri professional yang established matang tapi Masih muda. Kebanyakan wanita yg nak fokus kerjaya dulu Akan kerja sampai hujung hujung seperti 28 atau cecah 30an.
Peluang yang terbaik untuk TT ialah jika ada calon lelaki yang baik akhlak Dan keluarga nya juga mempunyai mentaliti dapat menerima menantu perempuan yang lebih berusia. Tak mudah ditemui, tetapi In sya Allah Ada.
Saya pun kahwin agak lewat pada usia usia 28, Dan suami 26. Alhamdulilah. Berdoalah agar ditemui lelaki budiman walaupun muda sedikit. Dan Dari keluarga yang baik baik. In sya Allah.
Sumber – Miss K (Bukan nama sebenar) via IIUMC via
إرسال تعليق