Seperti yang kita sedia maklum, ikan jerung merupakan ikan pemangsa yang sangat digeruni oleh manusia dan juga hidupan laut.
Namun seperti dalam sistem rantai makanan, ikan jerung juga akan menjadi mangsa buat hidupan lain yang menganggapnya sebagai makanan.Para Nelayan Terperanjat, Ikan Jerung Ditelan Ikan Gergasi Dalam Sesaat Sahaja Di Depan Mata Mereka – sajagempak.com
ARTIKEL MENARIK:Gempa Bumi 6.2 Skala Ritcher Goncang Utara Sumatera, Gegaran Dirasai Di Semenanjung
Di Forida, Amerika Syarikat, satu perkara yang luar biasa disaksikan oleh sekumpulan nelayan yang terkejut besar apabila melihat seekor jerung bersaiz lebih kurang tiga kaki ditelan hidup-hidup oleh seekor ikan kerapu besar.
Momen luar biasa itu sempat dirakamkan oleh mereka dan menurut ketua kumpulan mereka yang dikenali sebagai John Brossard, pada ketika itu mereka sedang memancing jerung di perairan tersebut.Para Nelayan Terperanjat, Ikan Jerung Ditelan Ikan Gergasi Dalam Sesaat Sahaja Di Depan Mata Mereka
Kemudiannya mereka perasan ada tiga bayang gelap yang besar (ikan) berenang di bawah jerung yang ditangkap mereka.
Tanda diduga, tiba-tiba sahaja seekor daripada ikan besar itu muncul ke permukaan dan menelan jerung tersebut dan menyebabkan tali pemancing mereka putus dengan serta merta.Para Nelayan Terperanjat, Ikan Jerung Ditelan Ikan Gergasi Dalam Sesaat Sahaja Di Depan Mata Mereka – sajagempak.com
“Kami sedang memancing, tiba-tiba ternampak dua atau tiga kerapu gergasi berenang di bawah bot, menunggu tangkapan kami,” kata John seperti dipetik portal tersebut.Para Nelayan Terperanjat, Ikan Jerung Ditelan Ikan Gergasi Dalam Sesaat Sahaja Di Depan Mata Mereka – sajagempak.com
“Kami sangat terkejut. Ia makan ikan jerung, bawanya ke dalam dan putuskan tali. Kami gunakan tali berkapasiti 50 paun tapi tidak cukup,” kata John.
VIDEO:
Tambah John Brossard lagi, dia dia percaya ikan kerapu gergasi tersebut mempunyai besar sekurang-kurangnya 500 paun iaitu lebih kurang 226 kg.
kredit: https://sajagempak.com/ via
Post a Comment