“Terus campak phone” Neelofa cerita detik cem4s masa gemp4 bumi melanda

Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter telah berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada pukul 9.39 pagi tadi turut dirasai penduduk di beberapa buah negeri antaranya Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Terus campak phone” Neelofa cerita detik cem4s masa gemp4 bumi melanda



Selebriti terkenal Noor Neelofa berkongsi pengalaman dia merasai gegaran pada pukul 9.40 pagi. Cerita detik cemas, Neelofa, 33, menyatakan ketika kejadian dia berada di bilik anak lelakinya, Muhammad Bilal sedang merakam foto.

ARTIKEL MENARIK:‘Keluarga di Kelantan pun tiada gambar Bilal’ Ibu Neelofa mula buka mulut

Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, pada mulanya beranggapan gegaran yang dirasai itu berpunca dia kurang tidur kerana menjaga Bilal.

Tengah dok beria ambik gambar ni, tiba-tiba rasa bilik baby goyang. Ingatkan sebab tak cukup tidur.

Campak telefon bimbit




loading...


Namun, timbul perasaan takut selepas gegaran kedua berlaku membuatkan bekas hos MeleTOP terus keluar mencari suami tercinta, Haris Ismail atau PU Riz.

Kali kedua rasa, terus campak phone keluar cari pak ustaz.

Usahawan terkenal itu berkongsi di Instagram Stories miliknya beserta gambar Bilal yang diambil ketika kejadian.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengesahkan gempa bumi itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Ia berlaku pada 0.2 darjah utara dan 100.0 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km). Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Sumber: Instagram @neelofa via Oh Bulan viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post